Saturday, December 18, 2010

GAPS SELAR SIKAP MP PEMBANGKANG



Kenyataan Media
Parlimen diliwat – Rakyat makin meluat

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen pakatan rakyat yang telah “meliwat” Parlimen semalam.

Sejarah telah mencatatkan 16 Dec 2010 sebagai peristiwa hitam Parlimen Malaysia. Persidangan Parlimen bagaikan telah dihadiri oleh “haiwan-haiwan yang baru dilepaskan dari Zoo Rakyat”.

Soal menggantung Ahli Yang Berhormat dari sidang Parlimen @ Dun adalah perkara lumrah dan biasa yang berlaku di sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dinegara ini.

Malahan semua Ketua pembangkang di Dun Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan pernah digantung.

Pada May 20 2009 Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (BN) digantung menghadiri Persidangan DUN selama setahun. Kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun juga telah digantung.

Tuduhan keatasnya adalah mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar, mengutuk integriti jawatankuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).

Selain Dr Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) pula digantung selama enam bulan.

Kemudahan elaun mereka selama enam bulan juga digantung. Tuduhan keatas mereka pula adalah kerana kenyataan akhbar menuduh SELCAT sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan alat politik.

Perbuatan Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia serta 3 orang Ahli Parlimen lain yang menganggap diri mereka lebih perkasa dari undang-undang dan peraturan Parlimen sekadar membuktikan sikap buruk mereka yang memilih menjadi manusia yang tidak bertamaddun.

Melacurkan Parlimen dengan Demontrasi dalam Parlimen pula adalah manifestasi sebenar perangai pembangkang yang suka mengadu domba dan cuba menyeleweng pemikiran rakyat yang sudah semakin celik fikiran dengan tipudaya permainan pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab.

Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
17 Dec 2010

No comments: