Sunday, December 19, 2010

NAJIB PUJI SKUAD NEGARA


KUALA LUMPUR 18 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan pasukan kebangsaan melangkah ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF sebagai isyarat sukan bola sepak di negara ini mula menunjukkan kebangkitan.

Perdana Menteri berkata, semangat yang tinggi di samping disiplin yang mantap menjadi faktor utama kepada pasukan kebangsaan berjaya mengekang serangan bertali arus skuad Vietnam.

''Kejayaan ini merupakan satu titik perubahan buat pasukan Malaysia yang mula menunjukkan kebangkitan dalam sukan bola sepak tanah air yang telah lama diharapkan oleh rakyat.

''Keputusan seri itu tidak penting kerana apa yang paling utama ialah skuad negara telah menunjukkan semangat kerjasama yang kukuh dan mereka juga menerima arahan jurulatih dengan baik untuk mengekalkan corak permainan berdisiplin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan secara langsung antara Malaysia menentang Vietnam yang ditayangkan di skrin besar di Jalan Bukit Bintang di sini, malam ini.

Pada perlawanan separuh akhir kedua itu, skuad kebangsaan berjaya mengikat pasukan tuan rumah dengan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi dan sekali gus melayakkan Malaysia ke saingan akhir menentang lawan sama ada Filipina atau Indonesia yang akan turun beraksi esok.

sumber: UTUSAN

1 comment:

armouris said...

tahniah Malaysia!! hati-hati main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak