Saturday, February 19, 2011

DUIT YAYASAN DISEBAT!!!

Berita yang sampai ke KGC hari ini mengatakan bahawa laporan audit telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Menteri Besar untuk tindakan lanjut. Sudah tentu laporan itu mempunyai rahsia besar sehinggakan Khalid Gagap tidak menunaikan janjinya kepada rakyat Selangor untuk mendedahkan laporan tersebut atau laporan itu juga boleh membuatkan kreabiliti Khalid Gagap tercalar.


Menurut sumber, Ahli Lembaga Amanah telah sebulat suara untuk memecat Ilham Marzuki atas segala kerosakkan yang telah beliau lakukan sehinggakan Yayasan Selangor mengalami kerugian melebihi 10 juta pada tahun lepas.Malangnya segala keputusan Ahli Lembaga Amanah telah ditolak bulat-bulat oleh Khalid Ibrahim. Beliau lebih suka memberi surat tunjuk sebab diatas kebebalan Ilham Marzuki dalam mentadbir Yayasan Selangor.


Apa yang lebih menarik, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan bahawa Ilham Marzuki tidak dibenar menandatangani sebarang cek berkaitan Yayasan Selangor. Terdapat lebih kurang 50 cek bernilai hampir 10 juta ringgit yang perlu ditandatangani oleh Ilham Marzuki. Adakah Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan kepada Ilham Marzuki.? Sekiranya betul, kenapa beliau masih lagi menyimpan Ilham Marzuki di dalam Yayasan Selangor.


Ilham Marzuki sebenarnya bukanlah calon yang layak dan sesuai untuk jawatan Pengurus Besar. Kelulusan beliau berlatar belakangkan bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik dan tidak sesuai langsung untuk sebuah anak syarikat yang mengutamakan bidang pendidikan di dalam teras penubuhannya.Apakah kemahiran yang ada pada beliau jika dibandingkan dengan calon pilihan Panel Temuduga iaitu Razali Tumirin ataupun Raja Razman. Beliau hanyalah seorang konsultant bebas selama 10 tahun. Kriteria utama pemilihan Pengurus Besar dibahagikan kepada 3 iaitu


1- Kelayakan profesional iaitu berkaitan dengan bidang pengurusan aset dan hal ehwal pelajar
2- Had umur sehingga 55 tahun
3- Sekurang-kurangnya kelayakan akademik adalah Ijazah Sarjana Muda.


Jika dilihat kepada kelayakan pertama yang biasanya yang terpenting, Ilham Marzuki sudah berada jauh dibelakang jika dibandingkan dengan calon lain. Apakah kriteria utama yang dibuat oleh Khalid Ibrahim sehingga beliau melantik Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar? Adakah ada campur tangan ahli keluarga dalam perkara ini? Jika ini berlaku bukan sahaja Ilham Marzuki wajib dipecat tetapi Khalid Ibrahim juga patut meletakkan jawatan atas alasan mengamalkan kronisme sehingga menjejaskan masa depan golongan muda dan pelajar di Selangor..

SUMBER Kitagempur

No comments: