Sunday, March 20, 2011

JOM SELAMATKAN 13 BILION

BERA 20 Mac – Malaysia membelanjakan sejumlah RM13 bilion setiap tahun bagi mengimport keperluan makanan seperti sayur, ikan, daging, kentang, bawang serta buah-buahan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana Malaysia masih bergantung kepada negara luar untuk mendapatkan bahan makanan tersebut.

"Peruntukan besar itu boleh diselamatkan jika rakyat melaksanakan projek tanaman kontan dan pertanian di kawasan rumah atau tanah terbiar.

"Program ”Bumi Hijau” dan ”Edible Garden” misalnya yang dilaksanakan di kawasan Felda sebelum ini, dilihat mampu mengurangkan kebergantungan import bahan makanan dari luar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian peralatan pertanian Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bera kepada 66 petani dan peladang di Durian Tawar dekat sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen (MP) Bera berkata, semua pihak perlu menyokong sepenuhnya kedua-dua program dalam usaha menambah bekalan keperluan makanan negara. – Bernama

No comments: