Friday, April 22, 2011

ISU NASI LEMAK: SOKONGAN GURU KEPADA BN BERKURANGAN


Tindakan Kurang bijak Kementerian Kesihatan Malaysia
dalam Urus Tadbir Sekolah khususnya dalam masalah pemakanan amat dikesali
Tindakan itu telah menyebabkan satu beban tugas baru buat guru-guru disekolah
Terpaksa menjaga BMI murid-murid setiap Bulan
amat membebankan guru-guru disekolah kebangsaan..

Kementerian Pelajaran lebih banyak bagi tugas yang mengarut
berbanding kebajikan para guru...
KP akui sokongan Guru kepada BN/UMNO merosot
semenjak Dato Hishamuddin Memimpin Kementerian pelajaran
banyak janji ditaburkan kepada guru-guru
tetapi perlaksanaan kepada Janji itu menemui jalan buntu...

Hari ini Guru-guru terpaksa keluar pergi ke
mesyuarat atau tugas Rasmi tanpa dibenarkan
untuk Claim...perkara ini memang membebankan...
Bulan 1 Persiapan orientasi pelajar baru
bulan 2 Merentas Desa
bulan 3 Mesyuarat PIBG(Sambut VIP )
bulan 4 Hari sukan
dan bermacam-macam lagi..
itu belum lagi guru-guru dimana
sekolah mereka menjadi tuan rumah
kepada mana-mana acara sama sukan atau akademik...

G41 jika bukan guru orang itu duduk dibilik sendiri
tetapi G41 untuk guru,mereka tiada bilik
duduk dibilik guru dalam keadaaan yang padat
dan tidak sama dengan kelebihan yang ada pada
G41 dalam bidang lain...

Kepada KKM,isu nasi lemak tak perlu diperbesarkan
kerana ianya hanya membebankan para guru....
Pemakanan yang sihat bermula dari rumah
bukan dari kantin sekolah....
Cuba tanya Timb Menteri KKM kenapa boleh besar
macam tu??adakah sebab nasi lemak??
Renung-renungkanlah...

10 comments:

Megat Alam Gempita said...

Sedih...

Akan lahir lebih banyak Cikgu Normala. Namun nak buat macamana, kekadang pegawai bawahan pun kena pressure dengan pegawai atasan demi KPI kununnya. Pegawai atasan pulak buat keputusan ikut syok sendiri dan jaga periuk nasi masing-masing, yang jadi mangsa adalah kami dan anak-anak kami.

Anonymous said...

setuju sangat... apalah bodoh sangat menteri2 sekarang????

Anonymous said...

bingai punya menteri kesihatan buat keja mcm nie.banyak org malaysia obes pasal nasi lemak ka?baik pantau dan ambil tindakan segera banyak penyakit berjangkit dimalaysia skrg,nampak mcm dah tak terkawal!

Cencaluk said...

Kementerian kesihatan dan pelajaran ni sebenarnya dah tak ada kerja nak buat maka mereka dok merapu mengenai benda yang remeh temeh.

Masaalah obes ini bukannya bermula dari sekolah tetapi dari rumah ini kerna kebanyakkan pelajar yang mendaftar memasuki darjah 1 dah memang obes ditambah pula dengan tumpuan yang diberikan oleh ibu bapa mereka yang mana sanggup datang ke sekolah pada waktu rehat dan menghantar makanan takut anak tak cukup makan kemudiannya semua ini disalahkan kepada kantin.

Aku bukan apa sesetengah ibu bapa lebih senang menghidangkan anak-anak mereka dengan makanan segera dan ini menyebabkan anak-anak makan dalam kuantiti yang banyak cuba kita fikirkan kenapa anak-anak kita menjadi obes ini disebabkan makanan mereka tidak seimbang.

Anak-anak dihidangkan dengan nugget dan kentang goreng adakah ianya mengenyangkan dan akan bertahan lama tidak oleh itu anak-anak akan mengambil makanan lain dan diambil dalam kuantiti yang banyak dan tanpa disedari ianya menjadi kebiasaan dan menyebabkan anak-anak lebih senang memakan makanan ringan daripada makan nasi.

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA ANAK-ANAK SAYA DIAJAR UNTUK MAKAN NASI SETIAP HARI DENGAN LAUK DAN SAYUR MEREKA SEKURANG-KURANGNYA MENGAMBIL NASI DAN LAUK 2 KALI SEHARI DAN MAKANAN RINGAN ADALAH MAKANAN SAMPINGAN SAHAJA DAN MEREKA AMBIL DALAM KUANTITI YANG SEDERHANA KERANA KENYANG MAKAN NASI.

SO IBU-IBU JANGAN LE MALAS NAK MASAK DAN HIDANGKAN ANAK-ANAK DENGAN MAKANAN SEGERA SAYA PERCAYA ADA SESETENGAH IBU BAPA MENGAMBIL JALAN MUDAH UNTUK MENJIMATKAN MASA ATAUPUN MALAS MAKA FAST FOOD ADALAH JALAN PENYELESAIAN YANG AKHIRNYA MENAMBAHKAN BEBAB APABILA DIAMBIL DENGAN KERAP KERANA KESANNYA ANAK KITA AKAN MENJADI OBES.

hangkedee said...

Setakat jadi guru tipu MC sampai 21 hari semakin banyak sekarang.Kementerian sila buat kajian berapa % penyokong tegar Dapig+PAS+PKR dalam sistem pendidikan sekarang.Isu ini bukannya besar sangat kalau dari segi ilmu pengetahuan tentang kesihatan pun lemah bagaimana anak murid nak belajar.Mudah sahaja.Penuhkan otak dengan Ilmu bukan setakat ilmu kesihatan ilmu mengajar menentang kerajaan pun mereka boleh ajar.Tak percaya berapa % anak anak murid SAR sokong PAS atau BN?Pokoknya mahu belajar anak murid dapat habuan.So simple just use gauge tali tape and penimbang.Hendak seribu usaha tak hendak sejuta dalih dan alasan

Anonymous said...

kami kerja swasta kerja 8 pagi sampai 10 malam kekadang sampai 4 pagi, besok masuk balik kol 8, tak cuti sebulan, tak bleh claim kalau gi supplier.. bekoje la kite sekueknyo... takde kementerian pun nak jaga kebajikan kami.. ada persatuan pekerja swasta bising pasai mende2 cenggini cam gomen nyer?? kami bulan2 bayo cukai jugak.. korang dah la bizi ikut musim ( bukak sekolah, lepas periksa.. ) takkan mende2 cengitu pun nak biseng.. kalo dah kerja kerajaan, tak kira department apa pun, gerenti biseng kalau soh buat kerje lebeh.. kerja pun separuh hari je.. tu pun bukan 8 jam dok depan murid mengajar... ada gak waktu lapang.. anggap la satu cabaran, bukan ibubapa nak lepas tanggungjawab, eden pun pernah belajar katsekolah jepun, system depa bagus.. cuma dah cara pemikiran orang2 kita kalau masuk kerja ngan kerajaan, masa lepak banyak.. bukan nak salah kan cikgu2 tapi, bab sket2 melenting, sket2 melenting.. tak paham lah aku.

Anonymous said...

tapi pada aku kebanyakan guru untung sebab kebanyakannya kerja 8 - 1:30 lepas tu dah free buat kerja lain, lepas tu cuti tak ingat dunia(2bulan ++) kalau macam kerja lain 8 - 4, kalau swasta 9 - 6, ada yang swasta 6 hari berkerja, rasa-rasa mana yang lagi beban. rasa kerja cikgu diautomasikan (sistem maklumat) kalau nak senang lagi.

Anonymous said...

Kisah Guru tak menyokong kerajaan bukan perkara baru. Dah berlanjutan sekian lama tetapi lebih kepada golongan guru yang mula bertugas semajak dari tahun 90an. Guru-guru yang sebelum dari tahun tersebut kebanyakannya memahami falsafah pendidikan negara dari sudut yang berbeza. Berikanlah apa pun kelebihan serta kemudahan namun tetap tidak akan mengubah cara pendidikan yang berikan kepada anak-anak negara Malaysia ini. wallahualam.

usin said...

samdol memang kerja x buat research. apa jadah nasi lemak kt sekolah nk disalahkan. adakah budak2 sekolah yg obes tu memang hantu nasi lemak? mcmana dgn pemakanan diluar waktu sekolah? langsung x menyumbang utk obesiti ke? balik2 nk tambah beban kerja guru. sampai bmi pun guru kena jaga. kenapa x jadikan semua murid yg ada kt negara ni dijadikan anak angkat semua guru? senang kerja. terus buat pengesahan kt pejabat pendaftaran. mcm la guru2 sekarang ni duduk goyang kaki. utk makluman pak menteri, kerja guru tu bermula dari bukak mata waktu pg sampailah waktu nak masuk tidur. nak tambah beban supaya guru x tidur ke???

Anonymous said...

jgn ingat guru cuti banyak dok umah goyang kaki..sapa yg jaga student exam?sape yg bt pengurusan sekolah?sapa yg kena atur takwim segala bagai untuk setahun kerja?jgn laa cetek pengetahuan mengatakan guru ni cepat melenting bila beban kerja bertambah..padahal, kerja guru sekarang ,memang dah bertimbun..tak perlu laa nak bercakap guru cuti 2bulan++,(menyampah kot dengar)..sape cakap guru tak keja 7 hr seminggu? kadang2 dekat setengah tahun direct tujuh hari keja..sesedap rasa ja kata guru keja separuh hari..swasta cara swasta la, gomen cara gomen, tak perlu nak ulas itu ini kalo tak duduk di tempatnya...