Saturday, May 14, 2011

110 ekar atau 750 ekar??Khalid Berbohong


Isu Kampung Kerandang semakin Panas
Pagi Semalam KP berpeluang ke Sana
untuk melihat Regim Khalid memusnahkan hasil tanaman orang kampung..
Kehadiran YB Ahli Parlimen Kamalanathan
Memberi sedikit Nafas kepada Penduduk..
Dia merayu kepada Pengarah perhutanan untuk
menangguhkan kerja-kerja memusnahkan
hasil masil penduduk Kg Sg Kerandang..
Termasuk mengingatkan mereka
semalam adalah 13 Mei dan hari jumaat
jadi amatlah tidak molek jika Penguatkuasa melakukan
Proses memusnahkan hasil tanaman pada Penghulu Segala hari..

Salah Memang Tetap salah
KP Akui Penduduk Kampung Sungai Kerandang
memang salah dalam hal ni..
Kebodohan jelas terpancar bila alasan
diberikan kerajaan negeri mereka mahu memusnahkan Tanaman
dan akan menanam semula pokok Lain...
Penduduk kampung bukan buat tanah rizab simpanan itu
sebagai lombong bijih timah atau mengondolkan
kawasan itu,akan tetapi penduduk menanam dikawasan itu
dengan Kelapa sawit dan pisang...
Apa salahnya dengan mengunakan sedikit belas kasihan
dan timbang rasa Kerajaan negeri membenarkan
mereka terus tinggal disitu...Kawasan itu sentiasa hijau
dan sememangnya ditanam dengan pokok-pokok
jadi tidak ada masalah pun sebenarnya..
Cuma bila kerajaan negeri Busuk hati dan busuk perut
orang kampung menjadi mangsanya...

Apa pun semalam Pengarah Perhutanan Bagi
jaminan hanya 110 Ekar akan diusik..
KP nak tanya balik 110 ekar atau 750 ekar??
Sama-sama kita saksikan...

No comments: