Friday, May 6, 2011

JOM TAWAN SELANGOR!!!

SHAH ALAM 5 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh ahli UMNO termasuk pemimpin veterannya agar menguatkan iltizam untuk bangkit semula memastikan Barisan Nasional (BN) berkuasa kembali di negeri ini.

Perdana Menteri menegaskan, seluruh ahli parti keramat itu perlu bersama-sama untuk membetulkan segala kelemahan dan kezaliman kerajaan negeri sekarang.

"Jangan biarkan maruah kita tercemar dan tercalar. Kita wajib kembalikan kuasa ke tangan UMNO sebagai parti keramat.

"Kita mesti susun semula barisan, kuatkan semangat dan iltizam untuk bangkit dengan penuh semangat bagi menebus kekalahan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat - Rakyat Didahulukan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini malam ini

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia (Selangor), Datuk Abd. Samad Maharuddin.

Majlis itu dianjurkan oleh Veteran UMNO Malaysia (Selangor) dan dihadiri lebih 1,000 pemimpin dan ahli veteran UMNO Selangor.

No comments: