Sunday, May 8, 2011

KDN HANYA MAMPU MEMANDANG


BESUT 7 Mei – Kementerian Dalam Negeri memandang serius pendedahan mengenai pihak tertentu yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau turut terkejut dan sedih dengan pendedahan terbabit kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan antara kaum khususnya penganut Kristian di negara ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menasihatkan pihak-pihak yang menganjurkan majlis pertemuan itu supaya jangan sekali-kali mempolitikkan sebarang isu berkaitan agama.

“Saya sedih, kerana ada pihak pembangkang yang mempolitikkan agama lain dan mahu menimbulkan kemarahan kalangan penganut Kristian. Sebelum ini tak ada langsung,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), di sini hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang semalam yang antara lain membawa agenda menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Perkara itu didedahkan dalam dua laman blog iaitu bigdog di http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Beliau berkata, pihak polis perlu menyiasat perkara berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya jika apa yang didakwa benar-benar berlaku.

‘‘Ia kerana pergerakan seumpama itu adalah bersifat hasutan dan boleh meletakkan seluruh negara dalam bahaya,’’ katanya.

Hishammuddin turut menegaskan, semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

‘‘Oleh itu, mana-mana pihak sama sekali tidak boleh mempertikaikan perkara ini,’’ tegasnya.

Beliau memberi jaminan pihaknya akan memantau perkara tersebut dari aspek keselamatan bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini.

Jelasnya, perbincangan serta rundingan akan diadakan secara diplomasi dan berhemah, tanpa menggunakan kekerasan kerana pendekatan sebegitu mampu menangani masalah tersebut dengan berkesan.

“Apa yang penting, yang salah tetap salah dan yang lebih penting adalah soal keselamatan. Kita akan pantau bersandarkan keselamatan tanpa pilih bulu, tak kira warna kulit dan apa agama yang dianuti,” ujarnya. UTUSAN


Sudah sampai masanya TUN Mahathir dilantik menjadi Penasihat Khas Kepada Kementerian Dalam Negeri(KDN)

2 comments:

wavedancer said...

hishamudin akan bertindak spt berikut:
1. panggil bigdog dan marahku kebalai polis untuk diambil keterangan
2. caj mereka kerana berbohong sebab tiada bukti pihak kristian berkomplot untuk menukar agama rasmi.
3. tiada bukti sbb jeff ooi nafi kejadian.
4. bagi amaran keras kepada semua pihak terutama bloggers

Anonymous said...

KDN macam lesu saja menangani isu ini, tidak seperti masa Dr Mahathir dulu. Ini menyebabkan mereka2 ini naik lemak dan menganggap kerajaan tiada kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mereka. Amaran saja tidak cukup, mereka ini telah berani mencabar secara terang-terangan kerana ada melayu haprak yang menyokong mereka. Jadi KDN kena pantas membentes anasir-anasir ini yang lambat laun akan memudaratkan keselamatan negara. Kita tidak hairan pun Kristian ini nak dijadikan agama resmi kerana ianya hampir mustahil, tapi cara isu dibangkitkan ini yang akan membakar emosi rakyat berlainan agama yang akan bercuriga satu sama lain, sekiranya terjadi adalah susah untuk memadamkan semula, seperti mana emosi kaum cina yang telah dibakar untuk membenci kerajaan sekarang ini. ingat jangan sampai nasi dah jadi bubur baru nak bertindak.