Tuesday, May 17, 2011

KEMENTERIAN PELAJARAN HANYA JAGA KEBAJIKAN PENGETUA???


Ini lagi kisah sempena hari guru..
KP akan bagi ruang seluas-luasnya kepada guru untuk
luahkan perasaan disini...

Saya bkn warga pendidik tetapi mempunyai teman dikalangan guru- keluhan mereka spt berikut : Pengetua menjadikan guru guru biasa demi mendapatkan kecemerlangan peribadi,mendapat anugerah peribadi, mendapat kenaikan pangkat peribadi, kemewahan peribadi dengan sokongan dan dokongan pegawai-pegawai pendidikan daerah. Guru-guru biasa dibebani dgn pelbagai tugasan,kerja tambahan, kerja luar kelas, dalam kelas, pentadbiran, keceriaan, displin dan pelbagai tugasan yg membolehkan pengetua diangkat namanya menjadi pengetua cemerlang dan terhebat. Gred pengetua kan dinaikan berdasarkan jerih payah dan tekanan yg diberi kepada guru biasa. Di pihak guru biasa utk naik gred bukan mudah, dari kerani sekolah yg biasanya dikasihi pengetua hinggalah pengetua sendiri tidak berminat menyokong atau mendedahkan peluang kenaikan pangkat guru bawahan.Jabatan pendidikan pula buat buta tentang fenomena ini, sebab pengetua ada kepentingan samada berkaitan perbekalan mahupun kontrak, sama sama jaga punggung. Utk makluman KPM dan Jabatan Pendidikan adalah agensi yg banyak melakukan korupsi bermula dari KSU hingga Pengarah Negeri, PPD hinggalah Pengetua. Tolong jangan nafikan, ini bukan rahsia lagi, tapi utk menangkap mereka bukan mudah. Kesannya guru guru berkerja dalam keadaan tertekan, benci dan meluat dgn pengetua yg memerah tenaga guru utk kepentingan peribadi,kurang bermotivasi.Akhirnya guru guru membenci kerajaan BN. Guru guru menuduh kerajaan BN tidak membela mereka. Hal sebenarnya adalah pelaksana dasar dari KSU hingga Pengetua mementingkan diri sendir dan menjadikan dasar yg baik oleh BN diselewengkan demi matlamat peribadi. Mangsanya adalah guru-guru dan yg lebih jadi mangsa adalah UMNO dan BN.

19 comments:

Anonymous said...

itu bab guru, bagaimana pula bebanan yg terpaksa di tanggung oleh para pensyarah? kementerian pengajian tinggi hanya jaga kebajikan pensyarah pensyarah fakulti tertentu je...contohnya fakulti perubatan, farmasi....apahal ngan pensyarah pensyarah fakulti lain....apakah kami tidak menyumbang kepada generasi profesional di negara ini??
doktor tak akan jadi doktor, lawyer tak akan jadi lawyer, engineer tak akan jadi engineer,architect tak akan jadi architect etc kalau tak di bimbing dan di asuh oleh pensyarah...mana peranan menteri KPT dlm hal kebajikan pensyarah????

KERIS PUTERA said...

anonymous: boleh bagi nama samaran dan ipta mana?

Anonymous said...

Saya tak setuju dengan pendapat berikut. Lepas polis dituduh kejam dsbnya, sekarang pengetua pulak?

Kita kena ingat, untuk sampai ke puncak sesuatu oprganisasi, kita mesti bekerja keras dulu sbg org bawahan.

Kedua2 ibubapa saya adalah guru. Saya ingat lagi sewaktu saya masih lagi kecil, mereka juga berkerja keras, sampaikan kadang2, saya terpaksa tinggal di rumah kelaurga yang lain, semata2 mereka perlu menghadiri kursus untuk beberapa hari.

Memang sudah lumrah hidup org2 baru dikerah habis2an. Bukan setakat guru, malah karier2 lain pun macam tu jugak. Contohnya, doktor, sewaktu tempoh houseman mereka, mereka akan dikerah habis2an oleh doktor2 senior. Tapi belum pernah lagi kedengaran di akhbar2 @ facebook @ blog ada doktor mengadu masalah ini.

Nasihat saya, kalau tidak tahan, berhenti sajalah drpd menjadi guru, ramai lagi orang yang mahu mengisi kekosongan itu.

KERIS PUTERA said...

Kita boleh berbeda pendapat..
KP akan buka ruang seluas-luasnya..

Anonymous said...

Pengetua tak pernah ada di sekolah,GPK hanya buat arahan boleh dapat imbuhan gred.
Sebenarnya guru-guru yang dapat berdasarkan prestasi.
Minta KPM buat penilaian pengetua dan GPK daripada guru-guru dan pelajar barulah boleh buat penilaian.
Guru2 teranyaia.
PRU 13 akan menentukannya.

YB Raz said...

alaaa benda ni bukan rahsia lagi..akupun walaupun bukan guru tapi tahu masalah ni..nak pulak dapat pengetua gila kuasa..dah macam diktator jadinya sekolah tu..

lagi satu bukan guru je dapat masalah, pelajarpun sama kena badi..

aku dulu masa form 5 dapat pengetua baru..cukup celaka bila dia secara suka hati mak bapak je paksa budak melayu form 5 gugurkan subjek geografi dan paksa ambik subjek add mate..masa tu addmate bukan subjek wajib.

gila apa form 4 x belajar addmate, tiba tiba form 5 dipaksa belajar addmate..nak kejar subjek form 4 dan form 5 lagi..dah lah nak spm..

last last semua pelajar melayu gagal subjek addmate dalam spm..semuanya sebab pengetua gila kuasa ni...

aku sampai sekarang walaupun dah 10 tahun berlalu tapi masih berdendam dengan pengetua ni.

Anonymous said...

Saya seorang guru. saya sangat bersetuju dgn artikel ini. Pihak lain yg tidak tahu situasi kami dgn mudah bkata "jika tak tahan jadi guru, berhenti sajalah", tanpa mahu menyelami situasi dgn sebaiknya. Betapa kami guru2 biasa kini merasakan bahawa objektif pendidikan di peringkat sekolah hari ini telah tersasar jauh. Misi kerajaan memang baik, tapi pelaksanaan di sekolah harus diperhatikan. Betapa di sekolah hari ini hebat jugak politiknya. Dokumentasi cukup hebat tapi saya berani kata hampir keseluruhan penuh dgn penipuan. Bohong semata! Sudahnya kami guru seolah diajar untuk berbohong. Sedih di hati Allah sahaja yang tahu. Kesannya, anak2 bangsa juga yg menjadi mangsa. Salam.

Anonymous said...

Guru2 yang tak puas hati tak payah tunggu PRU 13, 14 , 15 dan 16 kalu hidup lagi. Berenti la woi jgn makan gaji buta..faham ka perkataan amanah dan ikhlas..cari buku belajar bukan duk kantin komplen saja. Makin ramai jadi pengetua makin banyak la peluang kenaikan pangkat. Kerja sikit nak jadi bos ptui kahak

Bakal Guru said...

ni lawak antarabangsa... guru banyak kerja n bnyak beban??? gila ka woi.. bersepah guru yg dok g buat tuisyen la, g buat bisness la dan g buat kerja luar. tugasan dorang sbgai guru di sekolah, di abaikan dan buat mcm xikhlas jer.. terima la hakikat, guru skrg bnyak lengang kaki. kerja makan gaji buta.hnya guru2 yg sude berkhidmat 20 tahun ke atas , br boleh diklasifikasikan guru yg sebenarnyer.. ni baru 2 tahun jadi guru, dah minta tukar tempat kerja.. ape citer...

wb16250 said...

salam. samada sedar atau tidak dah berbagai bagai usaha telah kerajaan lakukan untuk kebajikan guru. hanya guru yang tak tau bersyukur saja yang suka bangkitkan masalah..saya tak mau komen mengenai para pensyarah sebab bidang saya hanya disekolah rendah. rasanya gaji yang diberi sudah berbaloi dengan hasil kerja guru. saya sememangnya amat bersyukur kerana telah ditawarkan untuk menyambung ijazah secara percuma di usm. bukan sedikit guru yang ditawarkan malah kalau tak silap lebih kurang 30,000 orang. bayangkan jumlah yang besar telah diberi. so cikgu cikgu..baik berhenti mengomen di blog, facebook, twitter n etc...muhasabah lah diri..tanya diri sendiri..apa yang telah kita sumbang pada negara???

Anonymous said...

bagi org2 luar sana yg mengatakan kerja guru tu senang, mkn gaji buta, sy cabar anda untuk jadi guru.. x perlu lama, 2, 3 bulan cukup la.. smp bdak2 amik exam dan nak lg advanture.. ajar kelas akhir yg bdak2nya x tau membaca tp lagaknya mengalahkan professor.. pastu baru terjemahkan makna "amanah dan ikhlas" tu... bkan sng nak me"manusia"kan manusia ni.. be in the situation n baru la leh komen cgu2 byk komplen atau tdak... so, ada bran? mtk la jd GSTT dulu klu nk try...

Anonymous said...

Saya amatbersetuju dgn KP.

Bg mereka yg menafikannya kemungkinan besar makbapak dia org itu pengetua atau PPD untuk menyembunyikan fakta yg sebenar.

Bagi warga peendidik kelas bawahan terutama guru2 lama yg dan terbantut utk melanjutkan pelajaran mereka ini biasanya akan menjadi mangsa sindiran dan penganiayaan oleh PPD daerah masing2.

Lihat apa yg berlaku di PPD daerah ******.Apakah penindasan yg mrk dah buat terutama terhadap guru2 dipendalaman.

Bagaimana mereka di anak tirikan dan dijadikan bahan 'resuffle' oleh seorang PPD yg kononnya berkuasa.

Di sabah,datang lihat cara hidup PPD, pengetua dan sebilangan kecil GB yg berkehidupan mewah.

Dari mana asal kemewahan ini?

Tanyalah pembekal2 atau 'suplyer'.Siasat hal ini.Pegawai2 KPM dan JPN pasti tahu atau sengaja buat2 tak tahu.

Mereka megah dgn pangkat dan kuasa sedangkan rakyat dan guru serta kerani2 mengetahui semuanya.

Sudah2lah.Jgn membazirkan duit rakyat dgn membiarkan mrk ini menjadi anggota2 pentadbiran yg akan merosakkan institiusi pendidikan negara.

Jgn terlalu di beri muka pd Pengetua dan PPD yg sebegini.

ada yg sanggup melobi untuk jd pengetua dan PPD sehingga kalau nak dikira dr segi umur dan seniority mrk masih mentah.

KPM tolong tengok data Pengetua dan PPD yg kamu lantik.Ini baru adil.

Adea kalangan guru2 senior yg tidak berpuashati dgn hal begini.

siapa yg sebenar2nya layak org itulah dilantik bukannya sembarangan lantikan.Pangkat dan kuasa bknnya warisan attau dikroni2kan.

Sia2 sj kita mempunyai sistemdata yang canggih tapi tidak digunakan.

Jgn tutup mata kalau ini kelibatkan nafsu politik.

1 Malaysia.
Rakyat di dahulukan
Pencapaian diutamakan

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Artikel yang tuan siarkan telah turut terpanggil untuk saya turut sama menulis ke blog tuan untuk kita sama berkongsi perasaan dan pengalaman.

Saya salah seorang guru lama lepasan Maktab Perguruan dalam kursus PPAK AM.Tinggal 2 tahun lagi jadi ayam pencen.

Pada awalnya peluang kenaikan pangkat mengikut senioriti perkhidmatan. Maka tunggu punya tunggu dapat peluang tawaran datang dengan bersyarat. Jika memohon jawatan pangkat mana-mana PK(Penolong Kanan)maka elaun Etems atau BISP 10%dari gaji akan di potong cuma elaun RM60.00 dibayar.

Bila ditanya kenapa elaun terpaksa dipotong sedangkan matapelajaran Sains untuk melayakkan mendapat BISP(Pngajaran Matemati /Sains-Etems)tetap diajar kepada murid.

Jawapan yang diberi jika mana-mana guru biasa memohon jawatan PK di sekolah rendah yang tidak ada opsyen semasa kursus di Maktab dan bukan convert maka elaun BISP AKAN DITARIK atas alasan dah dapat elaun RM60.00 sedangkan sebelum ini mereka tetap dibayar 10% elaun Etemns

Bukan setakat tu sahaja kena pula tukar sekolah lain yang jauh dari sekolah asal.Kadang-kadang ke kawasan hulu .Sebab tu ramai guru yang tak minta naik pangkat buat apa menyusah dengan beban tugas elaun BISP pula di potong.

Satu perkara yang paling aneh dan tak masuk akal dalam Jabatan Pelajaran bila naik pangkat tapi elaun dipotong. Mana ada dalam dunia ni jabatan seperti itu. Bagus juga kalau Anuar jadi PM nak bagi elaun kat guru....saya sokong tu berbanding dengan dasar yang ada sekarang... kalau tak percaya tanya guru-guru yang terlibat menyesal tak sudah bila terima jawatan PK....

Anonymous said...

pada pendapat aku yang kerja bukan cikgu, aku paham, diorang nak kerja sikit je, kalau nak banding kerja diorang kerja 8 - 1:30 ada masa kerja lebih sikit, kerja 5 hari seminggu, ada masa cuti panjang. kalau ada krusus pun bukan lama sangat.

Cuba banding dengan orang lain kerja 8 - 4, tu tak masuk macam aku kerja swasta kerja 9 - 6, 6 hari bekerja, hari cuti pun kerja sebab cuti wajib 10 hari je 1 tahun. takde lah nak kecoh sangat. tapi aku rasa diorang kurang bersyukur.

sapa-sapa cikgu yang nak tukar suka sama suka dengan kerja aku?

Anonymous said...

saya setuju...orang yang tak tau kerja guru tak yah la suruh orang berhenti jadi cikgu...saya bukan guru tapi pensyarah universiti..di universiti pun apa kurangnya..para pensyarah dah macam cikgu sekolah...kena ambik tahu pasal pendaftaran pelajar, kalau student tak daftar tapi masuk kelas....pensyarah jugak yg salah. ni belum masuk bab terpaksa bekejar ke padang hanya kerana nak uruskan student punya sukan...pada hal suma nya dah besar-besar dah boleh beranak binipun..tapi kena layan macam budak sekolah tadika...agaknya ni lah sebab graduan tak dapat kerje ramai sebab dah masuk unibersitipun tak reti nak berdikari...

Anonymous said...

saya pun berpendapat perlu guru bawahan ini sepatutnya yang lebih kerajaan baqi 'sesuatu'.Ada guru yang dah luah perasaan asyik org atas je dapat habuan. Org bwh gigit jari je..kalo begini ler saya rasa perit kerajaan nti masa pru ke 13. Nak back up kerajaan pun tak boleh..tiada modal..asyik kena hentam ngan pembkang dan ort atas pagar le je nmpaknya

Anonymous said...

Ramai GB dan Pengetua...gunting dlm lipatan,bawak bendera HAMPAS..kerajaan tak ambik pot pun.

Anonymous said...

asas pendidikan tu dari sekolah rendah. itu menteri kena faham betul2. namun apa yg jelas hasil dari pendidikan menengah yang lebih dinampakkan. tak heran, rmai bekas2 pelajar lebih menghargai guru2 mreka di sekolah menengah berbanding guru2 sekolah rendah mereka dulu. ini jelas, orang2 besarpun jarang yang menghargai sekolah ASAS mereka tetapi lebih kepada pendidikan menengah dan tinggi mereka. jadi tak hairan lah jika muhyidin yassin mempunyai pandangan yang sama terhadap guru2 seklah rendah.

pssssst.... masa mula2 dia pegang menteri pelajaran ada juga dgr suara2 sumbang kata muhyidin tak berapa layan golongan guru diploma /maktab (kebnykannnya di seklah rendah) dia lebih suka layan guru2 degree jer (rata2 di sekolah menengah)...

KERIS PUTERA said...

KP tak rasa semua cikgu berlenggang kaki..mungkin yang dimaksudkan salah seorang pengkomen di artikel ini ialah kes yang terpencil..
Kita Boleh berbeza pendapat
nyatakan pendapat anda..