Tuesday, May 17, 2011

LUAHAN HATI SEORANG MURABBI


Dibawah ini Komen Seorang Guru
tentang apa yang diumumkan oleh PM sempena hari guru semalam..
Jom Kita Nilai..
Aku seorang guru.Sebenarnya aku amat tidak berpuashatidengan pengumuman yg dibuat kelmarin.
Mengapa perlu dinaikkan pangkat DG48 ke DG52./ apakah tidak cukup lg dengan jawatan dan gaji
yg mereka terima?Bagaimanakah perasaan guru2 biasa yg lain dan begitu juga kakitangan yang berkhidmat
dgn kementerian pelajaran? Apakah mereka juga tidak berhak menerima ganjaran yg sama?
Kenapa guru2 biasa dikenakan syarat untuk kenaikkan manakala mereka yg DG48 pengetua
mendapat keistimewaan yg teramat sangat?aku amat menyokong sekiranya DG32 dinaikkan ke DG34
itupun mcm tak ikhlas sj bunyinya. Apakah istimewanya golongan profesional ini?
Apakah tak cukup lg dengan gaji,elaun dan elaun dr pembekal yg mereka terima?
kasihan guru2 biasa dan kakitangan bawahan yg bertungkus lumus menaikkan pendidikan pelajar dan
pengetua2DG48 ini hanya mengaut keuntungan sj drpd hasil guru. Guru2 biasa dan guru2 besar
selama ini hanya menjadi bahan ujikaji samada oleh pengetua terrutamanya oleh PPD daerah masing2.
Ada diantara guru2 besar dan guru2 biasa yg diugut oleh PPD daerah masing2 dgn pelbagai ugutan dan
arahan pertukaran yg tidak melalui KPM atau JPN.Bagaimana nasib mereka.
Adakah PPd seperti ini pernah dipantau oleh pihak KPM. Mereka hanya bermegah dgn pangkat,kuasa dan
kemewahan sementara guru2 biasa&guru besar menjadi mangsa.
Pengetua2 yg setaraf dgn kebanyakkan PPD tidak disentuh,mungkin disebabkan perangai dan
cara hidup mewah mereka sama...% dari suplier. Lihat guru2 dan kakitangan dibawah.
jangan biarkan mereka menjadi manGsa keadaan dan kezaliman DG48 dan seangkatan dgnnya.wassallam

6 comments:

anselmo said...

Saya bkn warga pendidik tetapi mempunyai tamn dikalangan guru- keluhan mereka spt berikut : Pengetua menjadikan guru guru biasa demi mendapatkan kecemerlangan peribadi,mendapat anugerah peribadi, mendapat kenaikan pangkat peribadi, kemewahan peribadi dengan sokongan dan dokongan pegawai-pegawai pendidikan daerah. Guru-guru biasa dibebani dgn pelbagai tugasan,kerja tambahan, kerja luar kelas, dalam kelas, pentadbiran, keceriaan, displin dan pelbagai tugasan yg membolehkan pengetua diangkat namanya menjadi pengetua cemerlang dan terhebat. Gred pengetua kan dinaikan berdasarkan jerih payah dan tekanan yg diberi kepada guru biasa. Di pihak guru biasa utk naik gred bukan mudah, dari kerani sekolah yg biasanya dikasihi pengetua hinggalah pengetua sendiri tidak berminat menyokong atau mendedahkan peluang kenaikan pangkat guru bawahan.Jabatan pendidikan pula buat buta tentang fenomena ini, sebab pengetua ada kepentingan samada berkaitan perbekalan mahupun kontrak, sama sama jaga punggung. Utk makluman KPM dan Jabatan Pendidikan adalah agensi yg banyak melakukan korupsi bermula dari KSU hingga Pengarah Negeri, PPD hinggalah Pengetua. Tolong jangan nafikan, ini bukan rahsia lagi, tapi utk menangkap mereka bukan mudah. Kesannya guru guru berkerja dalam keadaan tertekan, benci dan meluat dgn pengetua yg memerah tenaga guru utk kepentingan peribadi,kurang bermotivasi.Akhirnya guru guru membenci kerajaan BN. Guru guru menuduh kerajaan BN tidak membela mereka. Hal sebenarnya adalah pelaksana dasar dari KSU hingga Pengetua mementingkan diri sendir dan menjadikan dasar yg baik oleh BN diselewangkan demi matlamat peribadi. Mangsanya adalah guru-guru dan yg lebih jadi mangsa adalah UMNO dan BN.

Pr. said...

Daripada pemerhatian saya, luahan hati ini berkemnugkinan adalah luahan hati seorang guru yang baru setahun jagung dalam karier perguruan, maybe berumur lingkungan 20-35 tahun.

Mereka ini mungkin tak memahami kerja guru sepenuhnya. Ibubapa saya adalah seorang guru berpangkat DG54. Saya tak puas hati apabila dikatakan yang Guru berpangkat tinggi ini hanya "mengaut keuntungan" drpd guru2 bawahan.

Mereka tak tahu betapa teruknya guru2 berpangakat tinggi ini bekerja, siang malam. Jangan lupa, semasa guru-guru lain bercuti bersama keluarga, guru2 ini tetap bekerja, disekolah. Kadang-kadang, masa untuk bersama keluarga pun tak ada.

Jadi nasihat saya kepada "guru tersebut", kalau tak tahan bekerja sebagai guru yang dituduh gaji tak mencukupi, keluarlah daripada karier perguruan, kerja sendiri lagi bagus. Ramai lagi anak2 muda yang ingin mengisi tempat anda.

p/s: kepada pemilik blog, boleh bagi link asal, dimana anda jumpa pernyataan ini?

Anonymous said...

pengumuman najib tentang kenaikan pangkat guru kelmarin akan merosakkan lagi pengaruh beliau.Mmg bukan sesuatu yang silat menaikkan gred pegawai atasan yang beretepuk tangan semasa di Kuching.Golongan DG32 begiti kecewa. Apa yang ditunggu tak kunjung tiba. Dari segi politik UMNO pulak , golongan 32 nilah yang bertungkuslumus dalam parti. Yang pasti najib memang silap besar. Pengaruh guru untuk nya semakin malap.Tindakan kelmarin bukan je tidak tepat tapi terlalu tidak tepat. Apa yang golongan atasan buat. mereka mengajar ke ? mereka hanya mengarah je. Bukan hanya politik najib tapi pendididkan juga semakain akan merudum. Akan jadi TAK IKHLAS dalam kerje.

Anonymous said...

pengumuman najib tentang kenaikan pangkat guru kelmarin akan merosakkan lagi pengaruh beliau.Mmg bukan sesuatu yang silat menaikkan gred pegawai atasan yang beretepuk tangan semasa di Kuching.Golongan DG32 begiti kecewa. Apa yang ditunggu tak kunjung tiba. Dari segi politik UMNO pulak , golongan 32 nilah yang bertungkuslumus dalam parti. Yang pasti najib memang silap besar. Pengaruh guru untuk nya semakin malap.Tindakan kelmarin bukan je tidak tepat tapi terlalu tidak tepat. Apa yang golongan atasan buat. mereka mengajar ke ? mereka hanya mengarah je. Bukan hanya politik najib tapi pendididkan juga semakain akan merudum. Akan jadi TAK IKHLAS dalam kerje.

KERIS PUTERA said...

kepada PR.. Komen ni dihantar, dan saya paste di posting saya.. tiada di mana-mana link..
harap

Anak watan said...

haha... kenapa tidak di beri sama rata... barulah semua tersenyum panjang...tidaklah ada yang terasa hati... saya sependapat dengan saudara ANSELMO...kenapa saya berkata begitu!!...kerana sebahagian dari hidup saya berkait rapat dengan kehidupan guru walau pun saya bukan guru... luahan dan rintihan +++ keriangan & kedukaan saya selami setiap hari...apa yang diperkatakan oleh saudara ANSELMO adalah benar dan betul 100%..