Tuesday, May 17, 2011

PENGUMUMAN KELMARIN MENGECEWAKAN???


KP sempat berjumpa dan menelefon
beberapa orang guru lain-lain gred..
hampir kesemua menyatakan sedikit kekecewaan
Tentang apa yang diumumkan di kuching Tempoh hari..
Tiada satu habuan pun diumumkan untuk
mereka yang bergred DG32(Kecuali guru sek kluster)...
16 MEI Kelmarin bukanlah hari guru
tetapi 16 MEI kelmarin adalah hari untuk
Pengetua/penolong kanan seluruh Negara...
Ramai mereka yang berstatus DG32
Mengharapkan satu "hadiah" sempena hari guru tempoh hari
akan tetapi hanya mereka yang berpangkat
atau berstatus DG44 DG48 DG54 Yang menerima "hadiah" dari Kerajaan
sempena Hari guru..

Umum mengetahui,Sokongan Guru
terhadap kerajaan BN/UMNO tidaklah setebal
undi POS Polis dan tentera..
Bagi KP Golongan DG32 ini harus dijaga sebaik mungkin
kerana mereka lah perlaksana dasar
yang diumumkan kementerian Pelajaran..
Satu sekolah hanya ada 1 Pengetua dan berpuluh Guru Biasa..
Mana patut diberi perhatian lebih???
KP bukan menidakkan hadiah yang diterima DG44 DG48 DG54
akan tetapi Kementerian Pelajaran Harus Adil
dalam Hal begini...
Kalau nak bagi,bagi pada semua...
bukan hanya pada Gred Tertentu...

INGAT!! Marah mereka kita tidak nampak
kerana kita hanya akan sedar
bila keputusan PRU13 nanti...
mereka akan meluahkannya dan menterjemahkan
kekecewaan dan kemarahan mereka di Kertas Undi...

15 comments:

Anonymous said...

sudah sudah la tu, kami penjawat awam lain pun nak hidup juga, kalau semua duit kerajaan diarahkan kepada kebajikan guru apahalnya dengan kami penjawat awam lain, berpada pada lah kita semua cari makan nak sara keluarga.

Anonymous said...

Apa lagi yang tak cukup? Tugas kita suci murni mendidik anak bangsa. Kalo dah letak $$$$ sebagai pengukur, sampai bila pun hati tak akan senang. Duit ni tak pernah cukup tak kira banyak mana pun habuannya. Hari ni marah tak bagi, esok marah sbb bagi sikit. Pandai2 lah bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Balasan dariNYA itu lebih banyak dari habuan kerajaan tu kalo kita kerja dengan ikhlas.

Salam.

Cikgu Bahasa Melayu.
Song, Sarawak.

Anonymous said...

SIkit-sikit kebajikan cikgu, gaji cikgu, bonus cikgu, kemudahan cikgu. Kebajikan kakitangan awam lain yang bersengkang mata kerja 24/7, tinggal anak bini, tanggungjawab negara dan rakyat di atas bahu cemana?

Cikgu ni manja je lebih..bila tak cukup duit masuk MLM, buat tuisyen..kerja hakiki sebenar terabai

Anonymous said...

Tak dinafikan kekuatan sekolah terletak pada pengurusannya, tapii yg bertungkus lumus bergelumang dgn sekolah pagi pagi petang siang siang malam ialah guru biasa, org atas hanya tahu kata "bantu saya...letak atas meja saya sekian hari sekian bulan.." tunggang langgang cikgu biasa hingga lupa anak bini.

Anonymous said...

Kami cikgu biasa hanya boleh kata 'yes boss'

Anonymous said...

Kami cikgu biasa hanya boleh kata 'yes boss'

Anonymous said...

jgn abis kn duit kerajaan kt cikgu je....blm tentu mereka akn sokong n undi bn pn....kami pn penjawat awam...cr duit utk kerajaan lg....tp xdpt istimewa pn....agak2 la kalo ye pn nk tarik sokongan cikgu kpd bn....

Anonymous said...

sorry la tuan. guru dga32 ni dah terlalu banyak menerima imbuhan dan kelebihan. bagilah peluang kepada kelompok dg yang lain pulak. yang penting buat kerja betul-betul insyaAllah gaji berkat. Gaji banyak mana pun kalau tak berkat takkan cukup sampai bila. ingat tu. takkan lah guru dga32 nakkan segalanya tanpa perlu berbuat apa-apa sedangkan golongan guru lain yang terpaksa belajar tinggi-tinggi untuk mendapat segala kelebihan sebagai guru.

Anonymous said...

Tak payah lah dok jelous rezeki orang, apa yang kita dapat, itu rezeki kita, rezeki yang sedikit pun kalau ianya berkat, insyaallah mencukupi untuk keluarga kita, janji rezeki itu halal.

Anonymous said...

Salam dan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di mana jua anda berada,MEMANG BETOI.......KP.Pengumuman kelmarin amat.........amat.............pedih dan mengecewakan kepada golongan DGA32.Saya adalah salah seorangnya. Gaji dah sampai ke siling. Perkhidmatan masih ada lagi 4 tahun malah ada rakan saya yang masih ada 5,6 tahun lagi semuanya dah gaji mati tiada kenaikan tahunan lagi. Alih-alih pada setiap kali sambutan Hari Guru siapa yang dapat habuan? Asyik-asyik golongan DG41,44,48,52 dah lama bergaji dan berelaun besar dapat habuan.Bukan soal dengki. Apa????????golongan sokongan seperti PPBS/Diploma di Gred DGA32 tidak main peranankah untuk memartabatkan sistem pelajaran di Malaysia? Sehinggakan pihak kerajaan cuma nampak golongan DG41,44,48,52 yang layak dipelihara? Marah!!!!!!!!Oh..tidak.Saya bukan marah tapi kecewa mengenangkan nasib bersama rakan-rakan DGA32 yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak kerajaan. Yang melompat kegembiraan ialah rakan-rakan sekolah kluster DGA32 yang akan dinaikkan pangkat ke DGA34. Apalah nasib kami ye LABU..........

Anonymous said...

SAYA KURANG PASTI SAMA ADA KP FAHAM ATAU TIDAK KEADAAN YG SEBENARNYA BERLAKU.

BEGINI KP, GURU2 NONGRAD SUDAH MENERIMA HABUAN SEMASA KENAIKAN GAJI YG DIBUAT OLEH KERAJAAN KJ(KERRY JAMALUDIN) TEMPOH HARI. HINGGAKAN ADA KES GAJI NONGRAD MELANGKAUI GAJI GURU IJAZAH. PERKARA INI LAMA MENJADI BAHAN PERBINCANGAN TETAPI SETIAP RAYUAN DITOLAK OLEH PIHAK JPA. SEOLAH-OLAHNYA PIHAK JPA MALU UNTUK MENGAKU YG MEREKA TERLEPAS PANDANG PERKARA ITU BOLEH BERLAKU. KENAIKAN GAJI TERPAKAI SEHINGGA KINI.

APA YG DIUMUMKAN KELMARIN KATANYA MEMIHAK KEPADA GURU IJAZAH, TETAPI ADAKAH ORANG FAHAM BAHAWA BERAPA KERAT SANGAT GURU YG TERLIBAT DENGAN PERGERAKAN ITU DAN INI, LALUAN ITU DAN INI, YG MULUK2 BUNYINYA. JADI, TAK USAH RISAULAH RAKAN-RAKAN GURUKU SEKALIAN, TERMASUK ANON 3.40. YG SAYA FAHAM GURU2 DG32/34/48 YG TELAH GAJI MATI AKAN MENDAPAT UNTUNG SIKIT KERANA KENAIKAN TAHUNAN MEREKA AKAN HIDUP SEMULA. ADA GURU DG48 DI SEKOLAH MENENGAH YG BEBERAPA TAHUN SUDAH GAJI MATI, MANAKALA PERKHIDMATANNYA MASIH BERBAKI 8 ATAU 9 TAHUN, BAYANGKANLAH!

KALAU BOLEH SAYA KATAKAN BEGINI, NISBAH GURU YG BEROLEH GANJARAN DENGAN PENGUMUMAN KELMARIN TAK MUNGKIN LEBIH BESAR DARIPADA 1:400, BERBANDING DENGAN BILANGAN GURU DI NEGARA INI SELURUHNYA.

SELAMAT HARI GURU BUAT INSAN BERGELAR GURU, JASA KALIAN TAK MUNGKIN BOLEH DIBALAS DENGA WANG RINGGIT.

mas

Anonymous said...

Apa la hang dok merapu ni.......

Dulu staf sokongan, DG29 dan DG32 mendapat imbuhan hebat serta bayaran berganda, malah ada diantara mereka gaji DG29 dan DG32 lebih tinggi dari gaji DG41.
Adakah hang perasan?

Jangan jadi bahlol la?

Cikgu Di said...

Salam buat tuan.

Profesion perguruan adalah satu kerjaya yang mulia dan berpanjangan. Melihat dari komen-komen yang diutarakan kita perlu sedar kadang-kadang antara Jabatan perkihmatan awam lain berbeza dengan perkhidmatan keguruan.

Jadi jangan terlalu mudah membuat konklusi pendek mengenai suara rasa yang diutarakan oleh guru-guru yang benar-benar bertungkus lumus dari pagi dengan akedemiknya dan petang pula dengan Ko-kurikulum.

Manakala pula pihak PIBG meminta diadakan kelas tambahan malam atau hujung minggu bagi pelajar yang kelasnya terlibat dengan peperiksaan.Maka banyak masa yang perlu dikorbankan untuk anak didik kami.

Bagi ibubapa dan penjawat lain silalah ke mana-mana sekolah yang terdekat untuk mendapat maklumat lengkap mengenai kerja guru hari ini dengan berbagai tanggung jawab yang perlu dibereskan.

Peranan guru hari ini cukup berbeza dengan 5 tahun yang lalu. Kamu bukan menuntut hak tapi memadailah jika masyarakat dapat menilai kerja kami.

Kami bukan meminta dipuji tapi 16 Mei merupakan tarikh peringatan buat kami bahawa manusia-manusia yang berjawatan hari ini adalah lahir dari tunjuk ajar kami.

Dan kami tidak terkilan jika adanya manusia-manusia yang tak pandai berterima kasih kerana ini bukanlah acuan kami ...walahualam

Anonymous said...

AIK..32 AJE? DG 41 LAGI RENDAH GAJINYA DARIPADA 32 LAH...SEBAB TU LAH BN HAMPIR KALAH BESAR. TOLONGLAH..

Anonymous said...

sudahla tu cikgu jgan dok gaduh . di sk skrang berlonggok guru dg 41 tp x tau buat kerja . disini pengalaman main peranan bukannya segulung kertas . dg 41 sungguhpun gaji lebih sedikit teta[pi kalian kenyang dr segi elaun dan gaji mati lebih tinggi . anda juga berpeluang lompat sehingga ke 44 selepas 10 tahun berkhidmat . kebanyakan dg 41 di sk berasal dr dg 29 dan dga 32 .janganla kerana telah berjaya memperolehi ijazah , pandang x mata pada kami dr DGA 32 .kerajaan perlu teliti berkaitan bayaran EKA pada belanjawan 2012 kerana jumlah elaun ini x sesuai ngan keadaan semasa .