Monday, June 20, 2011

KJ BALUN TUN M LAGI..

KJ Mahu LID Cetusan Dr. Mahathir Dihentikan!

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mahu Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kira-kira 16 tahun dulu dihentikan penganjurannya.

Beliau turut ‘menyindir’ Dr. Mahathir dengan mengulang kembali ungkapan ‘dah lama dah’ yang pernah diucapkan bekas Perdana Menteri itu sewaktu mengumumkan persaraannya dulu

” Dah lama dah… patut berhenti dialog cam ni,” katanya yang dipetik dari laman Tweeter beliau di sini hari ini

LID dicetuskan oleh Dr. Mahathir sejak 1995 bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara Afrika yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kemiskinan dan masalah negara yang pernah dijajah.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mengkritik kehadiran Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe ke negara ini bagi menghadiri persidangan tersebut.

” Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia?,” katanya dalam laman yang sama.

Mugabe tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini untuk menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi Kesembilan (LID) di Putrajaya.

Pemimpin berusia 87 tahun itu adalah antara pemimpin yang sentiasa menghadiri forum LID.

Pemimpin-pemimpin atau wakil pemimpin dari 16 negara akan menghadiri LID kali ini yang dihoskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan merupakan kali pertama diadakan di luar Langkawi. - mynewshub.my

KJ KJ..Udahlah-udahlah
kang bantai ada balaci hang sibuk promote hang ulul amri la itulah ini lah..
Orang lain boleh Usik,tapi Tun M janganlah
baik KJ pergi belajar silat ke,kuntau ke untuk hadapi BERSIH 9julai ini
Agak-agak KJ turun Bersih nanti dari mana???
Helikopter??
Hercules??
Stedylah KJ woiiiiiii

5 comments:

Anonymous said...

Sudah lahhh, tunjuk dulu jasa kita sebelum nak kondem jasa orang lain...

Anonymous said...

Dia ada cadangan nak buat dialog lain yang setarafkah? Kalau ada, umumkan. Kalau tak ada, jangan jadi macam tin kosong.

za_ahmad said...

KJ jangan cakap banyak lah. Pergi tengok Pak Mentua dia, dah bangun tidor ke belum!! Ciss jgn nak jadi anwar berahim, tak habis2 nak dendam kat Tun M. Klu tak pasal Tun M, anwar dah lama amik alih Malaysia ni. Kenapa? KJ terkilan ke??

Anonymous said...

Dia ada dialog yang setaraf LID kah? Kalau ada, segera umumkan. Kalau tak ada, jangan jadi macam tin kosong. Bunyi kuat, isi tiada.

ajai62 said...

Assalam Bro

Budak baru nak kering hingus ni tahu apa? Cakap macam bagus tapi hampas.. Biasalah orang hidup tak pernah susah... Tak kerja pun berduit...hehehee . Sudah2lah kau tu satu apa jasa pun tak ada lagi pada rakyat Malaysia... Punah-ranah adalah masa pak mentua kau jadi PM tidor...