Wednesday, June 15, 2011

PR Berlakon mengemis..atau nak cuci duit sebenarnya???


Kenyataan Media GAPS

Arahan pkr selangor kepada semua MP dan Adun agar mengutip derma berjuta ringgit dari rakyat boleh disifatkan sebagai cubaan untuk merompak harta dan wang ringgit rakyat Selangor.

Setelah lebih 3 tahun Pkr memerintah selangor pelbagai penyelewengan kewangan berlaku. Dari defisit budget ke kerugian pelbagai anak syarikat kerajaan negeri hingga ke melesapnya jutaan ringgit wang Yayasan Selangor adalah bukti betapa " bijaknya" penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor menguruskan kekayaan negeri. Dia umpama tikus membaiki labu dan monyet mendapat cincin.

Skandal khazanah pasir selangor pula satu lagi bukti bagaimana Kumpulan Semesta Sdn Bhd digunakan sepenuhnya untuk mengenyangkan kroni-kroni Pkr manakala janji hasil pasir ratusan juta ringgit kepada pendapatan negeri merupakan janji palsu dan mimpi Menteri Besar kepada rakyat Selangor.

Dengan pelbagai penyelewengan ini, Pkr mahu memeras wang rakyat pula untuk kepentingan politik dan kuasa kroni mereka. Rakyat sudah muak dengan pelbagai skandal dan penyelewengan pemimpin Pkr.

Rakyat tidak rela wang ringgit mereka dibelanjakan untuk membayar pelacur yang memberikan khidmat seks kepada penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Rakyat mahu perubahan kepada kerajaan negeri yang bersih, amanah dan beritegriti serta berwibawa. Rakyat pasti akan menukar kerajaan negeri yang korup ini dalam pilihanraya yang akan datang.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

14 Jun 2011

1 comment:

ajai62 said...

Assalam Bro

Parti sampah apa mereka ni meminta rakyat duit untuk meneruskan cita2 mereka menawan Putrajaya? Apa kebajikan yang telah mereka beri pada rakyat untuk rakyat membantu mereka????? Siapa yang berikan duit mereka pada parti sampah ni, mereka adalah orang2 yang BODOH....