Thursday, June 16, 2011

SUBSIDI NELAYAN INI REALITINYA PART 1

Gomo ingin berkongsikan beberapa Fakta yang perlu kita ketahui mengenai Keperluan Penarikan Subsidi Minyak kepada nelayan Laut Dalam ini.

PERTAMA
Sebelum ini Nelayan Laut dalam memperolehi Subsidi sekitar RM24 ribu setiap kali turun ke laut berbanding Nelayan pesisir pantai yang hanya mendapat subsidi sekitar RM4 Ribu.

KEDUA
Nelayan Laut Dalam berjumlah 1019 buah Kapal berbanding Nelayan Pesisir pantai yang berjumlah 40 Ribu buah.

KETIGA
Daripada jumlah 1019 Buah Kapal Nelayan Laut Dalam yang keluar dengan di bekalkan subsidi Minyak RM24 ribu setiap kali turun ke laut mereka hanya membawa pulangan Ikan sekitar 5 Tan sehingga 10 Tan sahaja. Hanya beberapa buah Kapal yang tidak sampai 5 kapal sahaja yang membawa pulangan 40 Tan.

KE EMPAT
Nelayan Laut Dalam memperolehi Inisiatif tambahan dengan pembinaan Kompleks Laut Dalam yang menelan Kos sekitar RM200 Juta berbanding Nelayan pesisir pantai yang hanya perlu membina Jeti pelabuhan yang berharga sekitar 36 Juta.

KE LIMA
Boleh di katakan hampir semua Nelayan Laut Dalam menjual subsidi Minyak yang di bekalkan sewaktu berada di peraiaran dan turut menjual Ikan kepada nelayan negara lain. Ini terbukti apabila ramai di kalangan nelayan laut dalam hanya membawa pulang Ikan Kembung berbanding tangkapan yang sepatutnya.

Kelima lima di atas merupakan FAKTA yang TEPAT Gomo perolehi dari kenyataan Dato Seri Noh Omar malah turut di sertakan Gambar gambar aktiviti Penjualan Minyak yang berlaku di perairan dan Radar yang mengesan Kapal Laut Dalam keluar dari lingkungan bagi menjual Ikan kepada Nelayan negara luar.


Aktiviti penjualan Minyak Subsidi kepada Nelayan negara Luar






Radar menunjukkan Kapal Laut Dalam Yang Keluar dari Grid di Tetapkan


Dengan bukti dan segala Fakta tepat ini sememangnya adalah satu kemestian buat Kerajaan Malaysia yang di tadbir BN untuk menarik subsidi minyak yang di bekalkan kepada Nelayan Laut Dalam.

Jumlah Subsidi RM24 Ribu adalah tinggi sama sekali bagi sebuah Kapal Laut Dalam sedangkan hasil tangkapan yang mereka bawa pulang hanya sekitar RM5 hingga 10 Tan sahaja. Keuntungan Kapal Laut Dalam ini sebenarnya hanya menjual minyak kepada kapal luar negara.

Kerajaan bertindak tepat dengan mengekalkan Subsidi kepada 40 ribu Nelayan Pesisir pantai yang sememangnya perlu mendapatkan subsidi kerana hasil tangkapan yang di tangkap mereka akan di bawa pulang ke Darat dan tidak di jual ke negara Luar.

Untuk makluman juga Kerajaan tetap memberikan imbuhan kepada Nelayan Laut dalam yang berjaya membawa pulang hasil tangkapan dengan memberikan 10 sen hingga 20 sen bagi setiap tangkapan Ikan yang berjaya di raih. Jika tangkapan sebanyak 40 Tan maka mereka sudah boleh menanggung harga minyak yang di beli.

Ini pilihan terbaik dari kerajaan Malaysia bagi menggalakkan Nelayan Laut Dalam Zon C2 membawa pulang lebih tangkapan ke Malaysia dan menggelakkan Nelayan ini menjual Minyak dan Ikan kepada negara luar.

Gomo harap penjelasan ini dapat memberi maanfaat kepada Rakyat Malaysia yang mungkin di Momokkan oleh Pakatan Pembangkang dengan penarikkan balik Subsidi minyak Nelayan Laut Dalam Zon C2.

No comments: