Friday, June 17, 2011

SUBSIDI NELAYAN INI REALITINYA PART 2


Bukan sekali ataupun dua kali Chua Soi Lek Presiden MCA cuba menjadi jaguh kaum Cina tetapi sudah berkali kali beliau memperjuangkan Nasib kaum Cina. Itu lah pemimpin Barisan Nasional yang sememangnya berkeupayaan dalam membela nasib bangsa mereka.

Namun sejak kebelakangkan ini Chua Soi Lek di lihat cuba menunggah arus dengan membelakangkan barisan komponen BN dan di lihat cuba menandingi DAP dengan membawa isu yang tidak relevan dan hanya mementingkan segelintir Kaum Cina sahaja.

Isu terbaru adalah berkaitan penarikan Balik Subsidi Minyak kepada Nelayan Laut Dalam C2 yang di umumkan kerajaan baru baru ini. Pakatan Pembangkang memainkan isu ini sehingga menghasut rakyat bahawa penarikan balik subsidi akan menyebabkan kenaikan harga ikan di pasaran dan membebankan pengguna.

Chua Soi Lek kemudiannya senada dengan pakatan pembangkang dan membela nelayan Laut dalam C2 ini yang boleh di katakan semuanya adalah Tauke Tauke Besar Cina. Minyak subsidi yang di bekalkan kerajaan setiap kali nelayan laut dalam keluar adalah sebanyak RM24 Ribu bagi sebuah kapal namun hasil pulangan ikan ke darat amat mendukacitakan.

Untuk makluman Chua Soi Lek berada di dalam Meeting Economic Counsil (EC) sewaktu pembentangkan mengenai penarikan Subsidi minyak ini di buat dan sepanjang meeting Chua Soi Lek yang mewakili kaum Cina TIDAK langsung MEMBANTAH ataupun Membuat apa apa ulasan berhubung pekara ini. Namun apabila kerajaan melaksanakan oenarikan subsidi Minyak ini Chua Soi Lek terus membela tauke besar Nelayan Laut Dalam walhalkan sewaktu di dalam Economic Council beliau tidak membangkitkan isu ini.

Dan sewaktu mesyuarat Kabinet juga Chua Soi Lek sekali lagi berdiam diri dan tidak membangkitkan apa apa ketidak puashatian berhubung penarikan subsidi Minyak. Mengapa Chua Soi Lek tidak menyatakan hal tersebut di dalam Mesyuarat Kabinet? Mengapa diam?
Economic Council EC Chua Soi Lek Berdiam Diri
Mesyuarat Kabinet Chua Soi Lek Berdiam Diri

Tindakan Chua Soi Lek yang kemudiannya melalui jalan belakang dengan membela Nelayan Laut Dalam C2 yang di monopoli oleh tauke Tauke Cina jelas menunjukkan beliau tidak menghormati keputusan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Ini membuktikan Chua Soi Lek memang tidak patut menjadi pemimpin MCA Komponen BN sendiri jika terus bersikap menikam kerajaan dari belakang.

Chua Soi Lek seharusnya sedar tindakan kerajaan dalam penarikan balik Subsidi minyak kepada Nelayan laut Dalam adalah satu tindakan yang tepat bagi memberikan tampungan subsidi yang sepatutnya buat rakyat Malaysia.

Apa guna Chua Soi lek menjaga Tauke Tauke Besar Cina Nelayan laut dalam jika kaum Cina yang di bawah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari Pemimpin Cina?

Chua Soi Lek juga patut sedar dan Gomo yakin beliau mengetahui bahawa Tauke Tauke Cina Nelayan Laut Dalam ini menjual minyak subsidi kepada Nelayan Vietnam,Filipina, Indonesia dan Thailand. Bukti ada dan di tunjukkan di dalam Economic Council dan Chua Soi Lek tahu kebenarannya.

Dari jumlah 1019 buah Boat Nelayan Laut Dalam bukan semuanya di miliki oleh warganegara Malaysia. Gomo nak beri makluman kepada rakyat Malaysia Kapal Kapal Nelayan laut dalam C2 ini di penuhi dengan Crew Crew bukan warganegara Malaysia sebaliknya adalah dari negara luar.Malah Kapal Kapal yang di daftarkan di Malaysia tetapi di sewakan kepada Nelayan Vietnam yang di miliki oleh tauke tauke Cina.

Ini lah Chua Soi Lek yang PENAKUT dalam menyatakan pekara yang sepatutnya. Beliau tahu kebenaran namun demi membela beberapa Ekor Pengkhianat Negara maka Chua Soi cuba menjadi jaguh yang tak bermoral.

Gomo nak minta anda semua untuk membaca semula penjelasan berhubung penarikan Subsidi Minyak Nelayan Laut Dalam C2 .

1 comment:

Anonymous said...

Ini lah yang kita maksudkan "duri dalam daging", musang berbulu ayam" dan gunting dalam lipatan. Maka sudah seharusnya kerajaan yang dipimpin oleh DSN dapat membuat penilaian yang tepat dalam membuat pemilihan calun PRU 13 ini nanti, atau perlu panggil untuk memberi penjelasan. Kenapa beliau kalah dalam PRU 12? jawapannya ialah mejeroti orang melayu tidak dapat menerima perlakuan dalam video itu, sebab itu sokongan orang melayu kepada calun MCA itu merosot, sebaliknya orang cina tidak berapa kesah sangat dengan peristiwa itu, walaupun sikap gentelmennya meletakkan jawatan tetapi pada hakikatnya telah berjaya menyandang semula kedudukan paling penting dalam parti.

WARGA SEBELUM MERDEKA