Friday, July 22, 2011

MEMANG TAK PERLU NGO DALAM SPR!!!


KUALA LUMPUR 21 Julai — Cadangan Majlis Peguam agar badan bukan kerajaan (NGO) turut dibenarkan menganggotai senarai jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini dilihat hanya akan menjatuhkan imej SPR.

Menurut beberapa penganalisis, sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan sistem pilihan raya, SPR harus bebas dari sebarang kecenderungan politik.

Agak sukar untuk melihat sama ada NGO benar-benar bebas atau mempunyai agenda tersendiri.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, sistem yang diguna pakai SPR boleh ditambah baik, tetapi dengan kemasukan wakil-wakil NGO yang mempunyai kepentingan tersembunyi, ia hanya akan mengkucar-kacir sistem pentadbiran SPR.

"Usaha penambahbaikan bukanlah bermaksud menambah jumlah ahli di dalam SPR, tapi mungkin boleh diperbaiki prosedur atau diberikan idea-idea yang segar dan logik, tidak semestinya menjadi panel SPR.

"Jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dipilih menjadi ahli panel SPR, bagaimana pula dengan hak NGO lain di Malaysia,” katanya kepada Bernama bagi mengulas cadangan Majlis Peguam supaya keahlian jawatankuasa SPR turut diperuntukkan kepada wakil NGO. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Setuju. NGO yang paling sesuai adalah PERKASA!