Thursday, August 11, 2011

SAFFE SALI DIINTAI KELAB JERMAN??

Penyerang sensasi Malaysia dan kelab Pelita Jaya Indonesia, Safee Sali dikhabarkan dilamar kelab dari Bundesliga Jerman untuk beraksi disana.

Jika menjadi kenyataan satu sejarah mungkin bakal tercipta menjadi pemain kedua Malaysia yang bermain di Bundesliga Jerman. Pemain pertama Malaysia yang pernah beraksi di Bundesliga Jerman ialah Lim Teong Kim mewakili kelab Hertha Berlin.

Penyerang berbisa Pelita Jaya itu mendedahkan perkara tersebut selepas memaklumkan ada kelab liga Jerman sedia membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya. Meskipun begitu, tawaran dibuat masih lagi diperingkat awal dan Safee enggan mengulas lebih lanjut. "Tawaran ini datang tepat pada masanya. Mungkin ini adalah betul-betul tawaran yang mahukan khidmat saya. Tawaran ini mungkin datang selepas saya menyertai skuad Malaysia menentang Singapura. Saya terkejut dengan panggilan ini, walaupun belum mendapat tawaran rasmi," kata Safee.

Safee turut menambah ia mungkin wujud selepas beliau berjaya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF dan menyumbat tiga gol penting ketika perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Namun segala-galanya terletak pada pengesahan rasmi dari kelab Jerman dan kini masih belum mengetahui kelab mana yang bakal disertainya. "Saya hanya mendapat khabar dari sana tetapi saya belum mendapat pengesahan jelas. Jadi saya tidak boleh komen terlalu banyak," katanya.




2 comments:

Anonymous said...

tunggu dapat la baru komen kecoh betul r mamat nie...jgn ko pegi sane jadi budak milo dh r

mae1000 said...

Tapi rasanya pemain-pemain import Singapura lebih baik dari Salee, dari segi skill, stamina dan kerja keras mereka.