Saturday, September 3, 2011

ALHAMDULILLAH KERAJAAN TANGGUNG SEPENUHNYA KOS PERSEKOLAHAN ANAK ARWAH


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menguruskan perbelanjaan anak-anak Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia akan dibuat menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu meringankan beban keluarga Noramfaizul.

"Saya difahamkan Allahyarham adalah anak lelaki tunggal serta soleh dan merupakan seorang petugas yang begitu baik sekali di Bernama, bagi pihak kerajaan saya nak maklumkan bahawa kami akan menghulurkan bantuan.

"Buat masa ini kami akan membantu persekolahan anak-anaknya iaitu akan mengambil alih perbelanjaan mereka nanti, dan pihak YKN juga akan memberi sumbangan sebanyak RM5,000 untuk persekolahan anak-anaknya,” katanya kepada pemberita ketika melawat rumah keluarga Noramfaizul di sini, hari ini. Noramfaizul meninggalkan isteri, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki — Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Kerana sesaorang yang amat world view, saorang melayu Noramfaizul
ditembak mati di medan peperangan.

Sa orang isteri jadi balu ,dan saorang kanak kanak jadi yatim.
Ibu Bapa kehilangan tempat bermanja.

Setiap Aidil Fitri bagi tahun tahun yang datang akan jadi kenangan sedih.

Dapat kah tanggungan kos ganti ayah suami dan anak ?

Missi di batalkan segera


Takziah utk keluarga allahyarham
Innalillahiwainnahilaihiraji'un...
syahid dunia sahabat kita...
AlFatihah
arjuna waspada
changkat lobak.

Cheguman said...

Itulah perjuangan dan pengorbanan adalah pasangannya. Kenapa na.dipersalahkan org lain dan kenapa nak ditamatkan misi suci?