Thursday, September 22, 2011

BAPAK KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARI-LARI

JOHOR BAHARU 22 Sept. - Timbalan Ketua Polis Negara menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.

Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan anak lelaki Timbalan Presiden Pas itu yang menuduh pihak polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini adalah menghairankan dan tidak masuk akal.

"Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia (Mohamad Sabu) cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak. Kalau tiada asas untuk membuat tuduhan sedemikian, jangan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi, hari ini.

Katanya, jika Ahmad Saiful mempunyai bukti menyokong dakwaannya bahawa polis terlibat, beliau boleh membuat laporan polis atau jika enggan berbuat demikian, boleh berjumpa dengannya atau Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Khalid berkata, demikian sebagai mengulas kenyataan anak lelaki Mohamad Sabu yang menuduh polis sebagai dalang di dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini. - Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Yg tuduh anak lelaki, yg report anak perempuan Nurul HUDA..nama ini ada disebut dlm phonesex...confirm - GELUDOK

Anonymous said...

Nasib baik bapak x kencing manis...

Anonymous said...

Negara ini akan kelam kabut sampai bila bila selagi "KUTURUNAN" puak puak ini membela keluarga masing-masing. Si Anu dengan keluarganya, si Sa juga dengan keluarganya, si Kapal selam dengan keluarganya, si Lim tu pun dengan pelapis di kalangan keluarga.

Negara akan jadi tidak menentu bila mereka mereka ini juga turut berpolitik.

Tak tau lah apa nak jadi dengan Negara ku yang tercinta ini.

Semoga dijauhi oleh Allah sebarang malapetaka.

Warga Sebelum Merdeka