Wednesday, September 7, 2011

PAS TAK KAN WUJUD JIKA KOMUNIS PEJUANG KEMERDEKAAN!!!

1. Ceramah Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS), Mohamad Sabu (Mat Sabu) minggu lalu di Pulau Pinang menjadi satu isu kontroversi apabila beliau mendakwa Mat Indera yang memimpin pasukan Komunis menyerang balai Polis Bukit kepong sebagai wira.

2. Beliau juga mendakwa polis-polis Melayu yang diserang oleh Mat Indera adalah alat penjajah British. Jauh lebih daripada itu Mat Sabu juga mendakwa Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman yang dianggap pejuang kemerdekaan sebenarnya pegawai British.

3. Mat Sabu juga mendakwa sejarah negara adalah pembohongan. Katanya, sejarah negara kita menganggap Tok Janggut dan Datuk Burhanuddin sebagai pengkhianat. Saya berharap Mat Sabu dapat membuktikan di mana sejarah Malaysia yang menyatakan Datuk Burhanuddin al-Helmy dan Tok Janggut sebagai pengkhianat negara. Baca lagi Disini

1 comment:

tokgaru said...

Sekadar Untuk Renungan ...

Saya terjumpa posting oleh sorang ultra kiasu yang kata "Melayu Bodoh" dalam satu blog lain.

Mulanya nak marah juga. Tapi bila fikir balik, rasanya betul juga melayu nih memang bodoh.

Tak bodoh hapah nya kalau ....

1. bila ada calon melayu, masih juga mengundi calon bukan melayu.
2. bila ada kedai atau mini market melayu, masih juga berbelanja di kedai bukan melayu.
3. bila sudah ada bengkel membaiki kenderaan yang diusahakan oleh orang melayu, masih juga menghantar kenderaan ke bengkel bukan melayu.
4. bila ada kedai makan melayu, masih juga makan di kedai bukan melayu yang status halal nya di ragui.
5. bila sudah ada produk makanan keluaran orang melayu sendiri, masih juga menggunakan produk makanan keluaran bukan melayu.
6. bila diajak bersatu untuk masa depan politik melayu tak mahu, tapi sanggup bersatu dengan pihak yang memang hendak menjatuh kerajaan yang di pimpin oleh orang melayu sendiri.
7. bila sanggup berpakat dengan dengan parti yang tak pernah bersetuju dengan negara islam dan hukum Hudud untuk menang plihanraya yang kononnya akan melaksanakan islam di negara ini jika berpeluang membentuk kerajaan.
8. bila sanggup mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan, manakala polis dan tentera yang menentang komunis di katakan pengganas.
9. bila bukan melayu yang mencapai umur 21 tahun berebut2 mendaftar sebagai pengundi, tapi orang melayu yang mencapai umur 21 tahun buat tak kisah sahaja.
10. bila tindakan pihak berkuasa agama hendak menyelamatkan umat islam daripada di murtadkan, tapi ada parti melayu yang mempertikaikan.

Tapi saya bernasib baik kerana nampak "kebodohan melayu" itu lebih awal daripada orang melayu yang lain.

Saya pasti akan marah jika ultra kiasu itu kata saya "melayu bodoh" kerana saya sudah keluar daripada kebodohan itu sejak lama dulu.