Wednesday, October 5, 2011

AHLI KAFIR PAS,SUDAH MULA KECIWA

KOTA BHARU 4 Okt. — Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw, mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah Pas tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.

"Pas perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin Pas bahawa parti itu tidak perlu berunding dengan pemimpin bukan Islam termasuk DHPP dalam usaha melaksanakan hukum hudud.

Pang Chaw berkata, sebagai satu sayap parti, penglibatan DHPP dalam perkara itu penting demi survival politik dan harus dilihat di peringkat nasional dan bukan negeri semata-mata.

Beliau berkata, Pas perlu menghentikan isu itu ketika ini kerana ia tidak boleh membantu menarik sokongan rakyat bukan Islam.

"Sebab itu terdapat banyak suara sumbang kedengaran termasuk dari rakan parti pakatan pembangkang, terutama DAP, yang mempersoalkan usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan,” katanya. — Bernama

No comments: