Monday, October 31, 2011

Najib Bela Menteri Pondan???


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon enggan melayan dakwaan blog yang beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan yang kini disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tsu Koon berkata, beliau tidak berhasrat untuk berbuat demikian kerana ia hanya membuang masa.

"Saya tidak mahu komen kepada dakwaan sesetengah blog ini. Apa yang saya mahu katakan adalah apabila mereka menyebut nama saya dalam artikel tanpa menemuramah, itu adalah tidak beretika," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Gerakan di sini, hari ini.

Tsu Koon diminta mengulas dakwaan sebuah blog politik bahawa beliau akan bertanding melawan Guan Eng pada PRU13 walaupun beliau menafikan mengeluarkan kenyataan itu sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau juga tidak mengetahui sama ada blog yang membuat dakwaan itu adalah prokerajaan atau pembangkang.

"Adakah ia blog rasmi kerajaan atau pembangkang? Saya tidak tahu siapa pro dan siapa tidak," katanya.

Sumber-Utusan

No comments: