Tuesday, October 11, 2011

Zon Artis: Maaf andai seksi saya keterlaluan – Amanda Imani


ISU berpakaian seksi di kalangan artis hari ini menjadi perkara biasa, terutamanya di pentas acara rasmi. Masing-masing seperti berlumba-lumba untuk mendedahkan bahagian badan, terutamanya di kalangan artis wanita.

Biarpun mengetahui kesan jangka panjang terutama kecaman masyarakat Malaysia yang cukup sensitif bab pakaian, namun fesyen ‘terdedah’ tetap menjadi pilihan.

Selalunya, artis yang yang sedang merangkak mencipta nama menjadi mangsa.

Bila sudah dihentam teruk, barulah artis terbabit meminta maaf, esok lusa buat lagi.

Situasi yang hampir serupa terjadi kepada penyanyi c yang berani menyarung gaun terdedah bahagian belakang pada majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza di ibu kota, minggu lalu.

Pemenang Vokal Terbaik Artis Baru Wanita di Anugerah Planet Muzik 2011 ini dikecam lantaran keberaniannya memakai baju berwarna hitam berkenaan.

Apa sudah jadi ni? Hendak cepat popular sangatkah sampaikan sanggup mendedahkan bahagian badan sebegitu rupa?

“Saya minta maaf andai ada yang tidak berkenan dengan cara pemakaian saya. Ini kali pertama saya dihentam teruk sebegini,” jujur wanita berusia 19 tahun ini ketika ditemui di Bangsar, Rabu lalu.

Alasan Amanda, dia hanya memenuhi tema majlis perkahwinan itu iaitu Manhattan New York yang mahukannya kelihatan lebih elegan dan sofistikated. Kepakaran pereka pakaian Wan Huzairil merealisasikan impian Amanda Imani.

“Saya tak akan memakai sesuatu baju andai tidak yakin. Itu dah jadi prinsip hidup saya. Lagi pun, saya menghormati tema majlis,” ungkapnya.

Ditanya tentang pandangannya selepas pakaian itu siap dijahit Wan Huzairil, Amanda ada hujahan tersendiri berhubung perkara tersebut.

“Gaun itu tidak terlalu seksi sebab saya ada definisi tersendiri tentang seksi. Seksi tidak semestinya secara fizikal tetapi lebih menjurus kepada keperibadian seseorang menguruskan kehidupan,” jelasnya.

Mengajukan persoalan sama ada penyanyi lagu Selamilah Cinta bersedia untuk menerima cemuhan masyarakat dengan idealogi seksinya, wanita ini terdiam seketika.

“Sebelum ini pun ada yang mempertikaikan cara pemakaian saya di umum. Tapi saya tak kisah dan terima semuanya. Kalau nak tahu, saya pernah memakai baju tertutup litup sewaktu membuat persembahan tapi orang tetap cakap saya seksi.

“Jadi, sama ada yang bertutup litup atau terdedah, saya buat kesimpulan, tak payah nak ambil hati dengan apa yang orang cakap. Asalkan saya tahu ia tidak melampau dan keterlaluan,” ujarnya.

3 comments:

Anonymous said...

tak kenal pun artis ni macam hampehhhhhhh

iban said...

Mereka mungkin ingin menarik minat datuk2 40-70 + tahun menguji libido mereka dgn membayang soalan KENT===konek engkau naik tak?

Anonymous said...

LEBIH BAIK KO TELANJANG TERUS BETINA WOI!!!

PEREMPUAN YG BERGELAR ARTIS MEMANG MURAH SEKARANG NIE...

PEJUANG HAMAS...