Thursday, November 3, 2011

ISU PENINJU ISRAEL:KERAJAAN SELANGOR TAJA 5 JUTA???

Berikut Hansard Parlimen Dato Sri Ahmad Shabery Cheek


154

Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Boleh saya mencelah sedikit sebelum... Yang

Berhormat Menteri sudah hendak menggulung kah?

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Ya.

Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sekejap. Ini soal menggores perasaan tadi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari yang lalu Malaysiakini

memetik statement ataupun kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Ini berkenaan

dengan dakwaan Yang Berhormat Pokok Sena yang mengatakan Yang Berhormat Menteri

bertanggungjawab untuk membenarkan seorang peninju berbangsa Israel masuk ke negara ini untuk

bertanding di dalam pertandingan Muay Thai Challenger dan mereka mengatakan Yang Berhormat

Menteri telah membenarkan pemain ini masuk dan bertanggungjawab membenarkan peninju Israel ini

bolos masuk ke negara kita. Jadi ini satu perkara yang amat penting untuk diperjelaskan oleh Yang

Berhormat Menteri kerana Yang Berhormat Pokok Sena sendiri telah menuduh Yang Berhormat

secara peribadi bahawa Yang Berhormat yang bertanggungjawab membawa peninju tersebut datang

ke negara kita sedangkan kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel. Jadi saya

meminta Yang Berhormat Menteri kalau boleh ambil sedikit masa ini untuk menjelaskan betul kah

Yang Berhormat yang bertanggungjawab membawa peninju ini atau ini adalah satu lagi kenyataan

daripada Yang Berhormat Pokok Sena yang hanya bermain politik.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Betul.

Datuk Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Perlu diperjelaskan Yang Berhormat.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, walaupun ini tidak

disentuh di dalam perbahasan awal. Saya pun ada terbaca di dalam Malaysiakini yang secara begitu

kuat mengkritik saya secara peribadi yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Saya

rasa ini juga mencerminkan kawan-kawan di sebelah sanalah betapa sempit pemikiran mereka

tentang... Saya harap begitulah, mencerminkan. Apabila ada seorang ahli sukan dari Israel datang,

mengatakan bahawa kita ini adalah penyokong Israel. Ada perkara yang berbeza di sini iaitu saya

berpendapat di dalam peraturan negara kita, sememangnya kita tidak ada hubungan diplomatik

dengan Israel.

_2050

Kemasukan mereka di sini mesti melalui proses yang ketat, di mana antara kelonggaran yang

boleh diberikan sekiranya mereka datang untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak yang

tertentu, bukan kerajaan ataupun untuk acara-acara sukan. Misalnya pemain bola sepak dari Chelsea

baru-baru ini datang takkan kita kata Chelsea boleh datang tetapi Yossi Benayoun tidak boleh datang

kerana dia daripada Israel.

Dalam soal ini kita tidak mempolitikkan sukan – nanti sekejap saya izinkan. Kita mesti

membezakan antara Jews, seorang Yahudi dengan Zionis. Yang kita tentang ialah Zionisme, satu

fahaman perkauman yang mengatakan dia adalah kaum lebih baik dan boleh melakukan keganasan

pada kaum yang lain. Itu fahaman perkauman tetapi tidak semua Jews itu adalah Zionis. Kita mesti

membezakan dalam soal ini. Kita mesti clear dalam soal ini bahawa sebagai orang Islam kebanyakan

nabi-nabi Islam itu adalah berbangsa Yahudi. Sebut Nabi Harun, Nabi Musa, Nabi Isa, yang Arabnya

DR 31.10.2011

155

berapa orang sahaja. Apakah kita menganggap semua Yahudi itu adalah merupakan Zionis? Saya

rasa itu adalah satu pandangan yang salah.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan?

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Ya, sila.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya mengalu-alukan pendirian yang bahawa

kita bezakan seorang Yahudi dengan Zionis. Akan tetapi saya hendak kembali kepada isu pokok

kenapa kita mengadakan apa yang disebut boikot kepada negara dan tidak ada hubungan diplomatik

dan budaya atau military dengan Israel. Saya anggap kita – itu bukan satu dasar yang rasis. Itu satu

dasar atas solidarity terhadap negara-negara terutamanya Palestin yang ditindas oleh sebuah negara

yang telah melakukan keganasan terhadap jirannya.

Itulah sebab kita sokong, bagi mana pihak pun kita sokong pendirian kerajaan. Kita tidak

setuju supaya kita kembalikan perhubungan diplomatik, perhubungan budaya atau perniagaan

dengan Israel. Itu sama dengan pendirian kita dalam soal Afrika Selatan sehingga Afrika Selatan

mengharamkan Apartheid. Sekarang ini pengakuan Israel belum lagi terhadap orang Palestin dan

negara Palestin belum dibebaskan daripada cengkaman Israel. Saya tidak tuduh peranan Yang

Berhormat Menteri dalam perkara ini, saya tidak tahu. Akan tetapi saya mempersoalkan kenapa kita

tidak lanjutkan boikot ini supaya semua warganegara Israel sedar bukan kerana kita benci pada

mereka tetapi kita menyatakan pendirian setia kawan kita terhadap bangsa-bangsa yang ditindas

sehingga Israel menghentikan segala-segala penindasan dan keganasan terhadap negara jirannya,

baru kita benarkan warganegaranya masuk ke negara kita.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: [Bangun]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya agak itu satu perkara yang kita tegas

dan kita sokong kerajaan. [Tepuk] Kita bukan sokong kerajaan kalau kerajaan haramkan semua

orang Yahudi masuk sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat ringkaskan.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tidak payahlah panjang sangat.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Perkara ini ialah warganegara Israel yang

sepatutnya tidak masuk ke negara kita untuk apa-apa acara, baik sukan, budaya, muzik atau apa

kerana pendirian kita yang tegas untuk menunjukkan Israel adalah negara pengganas, negara yang

tidak menghormati sovereign negara lain. [Tepuk] Itulah sebab kita tetap harap kerajaan tegas dalam

pendirian ini.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Yang Berhormat Menteri. Sedikit Yang

Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya di sini beranggapan bahawa kenapa

kita agak ter‘stuck’ dalam isu ini kerana pada pandangan saya negara memilih secara pilihan 1960-an

untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel atas pilihan disebabkan dasar. Saya bersetuju

dengan Yang Berhormat Menteri tadi, we are the Abrahamic ya, Judaism, Christianity dan Islam

nabinya Nabi Ibrahim. Kita tidak boleh ambil pendekatan-pendekatan yang bagi saya lupakan sejarah

ini sehinggakan kita setuju dengan Yang Berhormat Menteri, tidak mengasingkan Zionisme dan juga

DR 31.10.2011

156

Yahudi yang tidak bersikap Zionis itu. Ini kerana kita tahu di New York setiap hari Jumaat ramai

kelompok-kelompok Yahudi yang menentang pendudukan secara haram di Palestin itu. Setiap hari

Jumaat, dia buat secara konsisten.

Apabila kita melihat itu mungkin dari segi konsistensinya itu lebih. Adakah kita mahu – kita

panggil ‘pukul borong’ semua ini? Akan tetapi Yang Berhormat Menteri di sini, saya mohon

memandangkan Yang Berhormat Menteri bernada sebegini, saya rasa ini perlu diperjelaskan

terutama sekali Kementerian Luar Negeri. Sejauh mana apa yang dikatakan Yang Berhormat Menteri

tadi, kriteria-kriteria yang lebih khusus terutama dalam urusan bersukan, dalam urusan perniagaan.

Adakah ia dibenarkan kerana kalau tidak dijelaskan ia akan memberi satu mesej yang agak kabur

dan malah saya rasa untuk Yang Berhormat Menteri mengatakan pihak pembangkang punya

pandangan itu saya kata itu tidak tepat. Itu disebabkan satu dasar yang tidak dijelaskan.

Kita tahu bahawa negara apabila diberi pendekatan Apartheid, pro-Amerika dan sebagainya

dahulu kita tahu sekarang ini kita nampak dasar yang lain di bawah Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri yang juga merupakan Yang Berhormat Pekan. Akan tetapi mungkin juga tiba masanya dasar

luar kita ini perlu dihalusi lagi seperti yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi kerana ada

keperluan-keperluan yang perlu diperjelaskan.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Terima kasih. Saya rasa jelas kalau Yang Berhormat

Pokok Sena, kalaulah betul di Malaysiakini mungkin Malaysiakini tidak betul ya. Dia kata saya yang

bertanggungjawab. Sebenarnya bukan saya yang menganjurkan. Program ini dianjurkan oleh

Persatuan Muay Thai Malaysia yang pembiayaannya, the main sponsor ialah Kerajaan Negeri

Selangor. [Dewan riuh]

Dato’Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: [Bangun]

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Saya difahamkan Kerajaan Negeri Selangor

membelanjakan, mengeluarkan peruntukan RM5 juta untuk program ini. Saya rasa termasuk kos...

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar

suara]

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: RM5 juta.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kerajaan mana, Yang Berhormat Menteri

boleh ulang balik?

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Isunya, siapa yang benarkan masuk?

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: RM5 juta, Kerajaan Negeri Selangor bagi untuk program

ini. Ini bukannya isu yang dibuat... [Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Jangan kelirukan fakta. Siapa yang

membenarkan dia masuk? [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

DR 31.10.2011

157

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Siapa yang benarkan masuk itu, yang

penting.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: RM5 juta sponsor... [Dewan riuh]

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Ini bukan isunya tetapi jangan salahkan saya. Apabila

program yang... [Dewan riuh]

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Ini bukan soal penganjuran, ini soal siapa benarkan

masuk.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Astaghfirullah hal azim. [Dewan riuh] Bagi

duit lagi Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Batu, Kerajaan Negeri Selangor. Huuuu!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat Batu, RM5 juta Yang Berhormat

Batu.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota] Yang Berhormat Menteri, jangan main politik Yang

Berhormat Menteri.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batu, duduk Yang

Berhormat. [Dewan riuh]

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Kerajaan mana yang menganjurkan – dia bertanya pada

saya, saya check dengan Kementerian Luar Negeri mengatakan dasar kita kalau dia memenuhi

syarat-syarat. Saya kata tidak ada halangan sekiranya memenuhi syarat.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: RM5 juta syaratnya untuk masuk? [Dewan

riuh]

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Bukan RM5 juta untuk masuklah.

Pertandingan lain, masuknya lain!

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Ini Kerajaan Negeri Selangor, saya tidak kata bagi dia

untuk memperkenalkan nama negara. Akan tetapi jangan salahkan saya dalam soal ini. Ini yang kata

tidak mahu ada hubungan

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: [Bangun][Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: RM5 juta Kerajaan Negeri Selangor untuk

Yahudi. Ini Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Batu kena faham. Oh! Double-standard.

Astaghfirullah hal azim. [Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Yang bagi dia masuk itu kenapa?

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Akan tetapi jangan salahkan saya dalam soal ini. Ini

daripada yang kata tidak mahu ada hubungan dengan Israel, sukan pun tidak boleh, muzik pun tidak

boleh.

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: [Menyampuk]

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Akan tetapi yang menganjurkan, keluarkan duit Kerajaan

Negeri Selangor yang banyak. Jangan salahkan saya. Tuan Yang di-Pertua saya cukuplah di situ.

[Dewan riuh]

DR 31.10.2011

158

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Bukan isu siapa anjur... [Dewan riuh]

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri

sekejap.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Apa Yang Berhormat cuba buat apa ini... [Dewan riuh]

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Yang Berhormat Menteri isunya

nasional sekuriti. [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar

suara] Allahuakbar.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima

kasih. Saya bawa ini sebab media, blogger pembangkang berhari-hari...

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, duduklah Yang

Berhormat.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Menghentam Yang Berhormat Menteri,

kononnya pro-Zionis, pro-Yahudi rupanya...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: RM5 juta.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: RM5 juta. Yang Berhormat Kinabatangan saya

hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Masalahnya Tuan Yang di-Pertua,

penganjur itu, yang dibenarkan masuk itu siapa? Janganlah mengalihkan persoalan siapa yang

benarkan masuk. Yang masuk itu yang penting tidak masuk di tidak hendak main.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tidak boleh macam ini

Yang Berhormat. Biar Yang Berhormat Menteri menjawab.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sekejap Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Dia datang dengan peruntukan yang diberi oleh Kerajaan

Negeri Selangor dan saya rasakan...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: RM5 juta.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: [Bangun]

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Isunya bukan di sini, mereka bertanya... [Dewan riuh]

Bukan Kementerian Belia dan Sukan yang menunggu di sempadan dan sebagainya tetapi jangan

tuduh... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang

Berhormat Menteri sedang menjawab Yang Berhormat.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Macam mana Yang Berhormat Kuala Kedah,

RM5 juta?

DR 31.10.2011

159

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek: Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya rasa memadai saya

ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mengambil bahagian. Kepada yang tidak

sempat menjawab itu saya akan menjawab secara lisan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat. [Dewan

riuh]

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Imigresen bawa ke Kerajaan Pusat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sudah habis?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: RM5 juta Yang Berhormat Batu.

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Imigresen siapa? [Dewan riuh] [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat cukuplah Yang

Berhormat. Yang Berhormat dari Kementerian Sumber Manusia.

_2100

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau ini macam pun saya datang kalau

ada RM5 juta.

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Imigresen, Selangor punyakah

imigresen?

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Duit RM5 jutalah...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan

sudah habis dah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sri Gading sudah

habis dah Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: RM5 juta.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dengan jawapan RM5 juta daripada

Kerajaan Selangor itu habislah jawapan... [Ketawa] Terima kasihlah penjelasan itu menyenangkan

kami semua.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Akan tetapi yang pasti Menteri yang

tolong... [Ketawa]

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: RM5 juta hendak baiki lif pangsapuri Selangor

pun RM1.6 million sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Malulah.

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Sudah, sudah duduklah.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: RM1.6 juta sahaja belanja untuk pangsapuri isu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Belud sudah

habislah.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau ini macam Tuan Yang di-Pertua,

saya baliklah. Kerajaan Selangor tidak boleh pakailah. Dia bagi...

DR 31.10.2011

160

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat,

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: RM78 juta.


No comments: