Tuesday, November 29, 2011

PAU 2011: GUNAKAN PLATFORM INI SEBAIKNYA


Perhimpunan Agung UMNO bermula petang ini dengan Taklimat dari Presiden
kepada semua Perwakilan...
Kepada yang sedang bertolak ke Kuala Lumpur,Selamat datang...
Selamat datang kepada Semua Perwakilan
YB-YB DUN....
YB YB PARLIMEN
KETUA-KETUA BAHAGIAN
PENYELARAS-PENYELARAS BN
Selamat datang ke Perhimpunan Agung UMNO 2011..

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini
bukanlah satu perhimpunan biasa-biasa sebelum ini
PAU kali ini amat berbeda dengan PAU yang sebelum ini
kerana jika dilihat pada tahun ini
kita akan mengetehui Bila PRU13 hanya melalui ucapan Pergulungan YAB Presiden pada hari sabtu Nanti...Ucapan YAB Presiden boleh dihayati dan sekali gus
kita boleh mengagak dan menilai bilakah PRU13...
Jadi Penting untuk kita hayati dan manfaat ruang sepenuhnya sebagai
seorang perwakilan yang bertanggungjawab...

Kalau datang sebagai perwakilan tetapi setiap masa lepak di Riverside
baik tak yah datang
kalau datang sebagai perwakilan tetapi lepak di The Mall
baik tak yah jadi perwakilan
Kalau datang sebagai perwakilan tetapi lepak kat Seri Pacific
Lebih baik duduk depan TV tgk live...
Kepada Perwakilan Duduk,dan dengar betul-betul..
masa balik kawasan manfaatkanlah ia....

Kepada semua wakil jurucakap Perhubungan Negeri
biarlah isu yang dibawa dan diutarakan lebih berhemah
biarlah perkara yang dibawa itu betul2 memberi manfaat kepada
agama bangsa dan negara..
Kurangkan Merapu,gunakanlah masa 15 Minit itu sebaik mungkin

Kepada wanita,puteri dan pemuda
ucapan tu biarlah lantang dan tegas...
bukanya menjerit-jerit seperti sebelum ini...

Kepada Pemuda,YB Rembau Datuk KJ
golongan muda harapkan sesuatu pada PAU kali ini...
kami nak tgk hasil Makmal Pemuda yang dilancarkan tempoh hari
berjaya atau tidak...
dan sejauh mana YB KJ berjaya satukan pemuda-pemuda hari ini
yang telah berpecah kepada 3 kumpulan...

Kepada MT,Exco Wanita,puteri dan Pemuda
PAU kali ini bukan nak cari kekuatan dan pengaruh
PAU kali ini fokusnya PRU13 bukan Pemilihan UMNO
Tolong lah..Setting niat anda
hadir di PAU 2011 kerana PRU13 atau Pemilihan UMNO...
Kalau ada niat nak cari pengaruh dan kekuatan
untuk langgar orang itu,langgar orang ini pada pemilihan akan datang
harap lupakanlah,buang jauh2 niat itu...
Ini bukan masanya lagi...

Buatlah kerja-kerja untuk PRU13
bukan kerja merepek-repek untuk Pemilihan....
Sekali lagi buat Perwakilan UMNO pada PAU2011
Gunakan Platform ini sebaik mungkin!!!
Mungkin ini PAU terakhir kita di PWTC
"kalau" BN tewas PRU13...Nauzubillah....

No comments: