Monday, November 21, 2011

Tuduhan Malaysiakini dan Rafizi berasas..hanya sekor sahaja lembu


FITNAH NO.1 DS Najib dan TS Muhyiddin berbohong menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta dan bukannya RM250 juta. Dana pinjaman RM250 juta ditempatkan didalam Akaun Pinjaman Khas (Special Loan Account) oleh MOF. NFC memperolehi dana RM181 juta pada tahun 2009 setelah diluluskan pengeluarannya oleh MOF. Baki pinjaman RM69 juta hanya boleh dikeluarkan setelah NFC mampu memberikan justifikasi (justification) dan pengesahan serta perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.

FITNAH NO.2 Penyelewengan harga seekor lembu NFC RM4,481.00 cukup mahal berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500.00 hingga RM2,700.00 Prinsip pengurusan akaun menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX - Operating Expenditure) dalam harga seekor lembu termasuk perbelanjaan perjalanan dan utiliti dalam menentukan harga jualan lembu. Sama juga seperti prinsip unit kos, semakin tinggi kuantiti yang dikeluarkan ... semakin rendah unit kos sesuatu barangan dijual. NFC baru beroperasi dalam tempoh 3 tahun (kontrak operasi sehingga 30 tahun) masih lagi belum mencapai 'break even point' dan pengeluaran lembu masih ditahap rendah. Pada peringkat awal ini, harga seekor lembu NFC adalah lebih mahal berbanding dengan lembu tempatan. Namun perbandingan dengan lembu tempatan kurang tepat berdasarkan lembu dari ladang ternakan NFC lebih berat 70 - 100 peratus dari lembu tempatan.

FITNAH NO.3 Hanya rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran bagi NFC dan menidakkan hak-hak pembeli berdaftar. Kesemua 70 pembeli berdaftar dengan RFC sebenarnya menerima diskaun RM2.9 juta, bukan hanya Restoran Meatworks.

FITNAH NO.4 Kerajaan melupuskan pinjaman kepada NFC berikutan ketidakcekapan pengurusan dan kerugian RM7 juta hingga RM11 juta pada tahun 2009. Perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan NFC masih berada dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dilakukan dalam tempoh tertentu. Kontrak operasi sehingga 30 tahun membolehkan NFC menganggarkan (projected) keuntungan bakal dicatat pada tahun 2015.

FITNAH NO.5 NFC salurkan dana pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC untuk dikaitkan dengan Shahrizat Abdul Jalil. NMLC diwujudkan bagi operasi impot lembu, penyembelihan dan pemprosesan. RFC diwujudkan bagi operasi pengedaran dan peruncitan. Tidak berlaku ketirisan dana kerana saluran dana pinjaman hanya dilakukan atas nama NMLC dan RFC dan bukannya atas nama individu.

FITNAH NO.6 Penyelewengan dan pembaziran dana pinjaman atas pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta oleh NFC. Lembaga pengarah NFC bersetuju dengan pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta atas dasar pelaburan jangka pendek (short term investment). Pulangan (ROI - Return On Investment) dari pelaburan hartanah memberikan keuntungan tahunan 12.9 peratus (RM2.76 juta) beserta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama menjangkau RM360,000. Keuntungan yang bakal dijana dalam setahun RM3.12 juta. Manakala ROI dari simpanan tetap (fixed deposit accounts) hanya menghasilkan keuntungan pada kadar 2.75 peratus (RM379,500) sahaja dalam setahun.

FITNAH NO.7 Kronisme dan nepotisme NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu. NFC hanya mendapat pinjaman (soft loan) bukan geran dengan jaminan pinjaman perlu dibayar kembali seperti mana-mana pinjaman bank komersial yang lain. Selain dari itu, NFC mempunyai tanggungjawab sosial (corporate responsibility) mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini tanpa menitikberatkan soal menguntungkan.

FITNAH NO.8 Pembaziran dan penyelewengan perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 dimana hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481. Perbelanjaan perjalanan NFC untuk bertemu perunding dan urusniaga pembelian lembu melibatkan sekitar 0.3 peratus daripada RM250 juta (bersamaan RM750,000) lebih kecil berbanding dengan nilai projek.

FITNAH NO.9 Rafizi Ramli mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan. NFC tidak wujud pada tahun 2006. Dakwaan Rafizi Ramli lebih bersifat peribadi dan serangan terhadap Menteri.


Diatas ada 9 fitnah yang kp amik dari blog papagomo
Kepada rafizi dan Mkini berhentilah dari terus membohong dan menipu rakyat
dakwaan kononya NFC gagal,NFC Ada sekor sahaja lembu, semuanya adalah tidak berasas...

Kepada Rafizi dan BARUA Melayu dalam Mkini,buatlah surat permohonan untuk ke
ladang NFC...Datang elok-elok,jangan terpekik terlolong macam orang pendek akal..
kalau datang elok2 KP percaya NFC akan benarkan Rombongan Rafizi dan Barua Melayu dalm Mkini
masuk ke tapak NFC...

KP bukan apa..Tengok dulu berapa banyak lembu yang ada
tengok dulu,teknologi sistem yang sedia ada
tengok dulu macam mana projek tu...
macam-macam ada didalam...
Rafizi tengok dulu ye...jangan berlagak hebat sangat..ada orang lebih hebat dari kau...
hebat-hebat kau rafizi akhirnya kena sontot dengan anwar...
Kesian Bini kau,dapat laki yang dah takde teruna...

No comments: