Thursday, March 8, 2012

TAK BOLEH TAHAN!! DILEMA NAJIB HARI INI

SBPA ada Pro n Kon

So aku pun berdebar-debar nak tahu keputusannya...
Khabar Angin kuat yang aku dengar,PM Mansuhkan SBPA...
Dari pandangan Aku...
SBPA INI PERANGAKAP PALING BESAR...
Kalau Najib Mansuh sebentar nanti..Hampir separuh kakitangan Awam gred tinggi tidak akan memberi sokongan kepada Kerajaan...
dan kalau Najib Tak Mansuh,Separuh kakitangan awam Gred Rendah juga tidak akan menyokong Kerajaan Yang sedia ada...
Najib Dalam Dilema sebenarnya...

Kalau Kekal,yang Gred Rendah naik gaji tak sampai seratus ringgit pun setahun
tetapi yang gred tingggi naik sampai 2x ganda...
Bagi Gred SBPA ini bagi Golongan Pemandu,Kenaikan mereka hanya RM8 sahaja setahun...
Ikut dari segi Kelayakan Pendidikan memang ia lihat adil dan saksama...

Akan tetapi mungkin PM boleh fikirkan yang terbaik untuk lebih 1.3 juta goverment Servant ini.
mungkin kenaikan tangga Gaji itu,tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah... ada caranya..
Dan kalau tak boleh,Najib kena kurangkan Kos Bebanan Rakyat...
Contoh yang paling Utama ialah Minyak...

Dalam suasana hari ini,Aku lihat,minyak perlu diturunkan dari sekitar paling busuk
20 sen- 30 sen..
Kalau Kerajaan Hanya umum minyak turun 10 sen ia tidak memberi kesan kepada
penurunan harga barang dinegara ini...
akan tetapi jika angkanya Besar,aku percaya,harga barang boleh diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak...

Dan kalau Najib boleh buat Silap Mata,untuk turunkan Minyak Sampai 50 sen
aku percaya tidak akan ada parti yang berani melawan BN dimana-mana kawasan pada PRU13 akan datang...Kalau ada pun,mungkin pemimpin2 tertinggi parti2 pembangkang di Negara ini...

Kalau Nak kerja Senang Pilihanraya minyak kena turun sampai 50 Sen...
Time Tu Rosmah umum Bubar Parlimen pun rakyat Tak kisah...
Percayalah....
ada berani najib???

*Kalau minyak turun 50 sen,KJ still ketua Pemuda UMNO pun Parpu tak marah lagi...hehehhehehehehehe

3 comments:

YB Raz said...

sebelum pru turun 50 sen..selepas pru naik singgit..bijak bijak hehehe..

nak minyak turun sampai 50 sen ni susah sikit..najib dah banyak habiskan duit bagi br1m, turunkan kadar tol, duit sekolah dengan baucer buku..

sbpa tu najib kenalah tegas..lebihkan kepentingan pekerja bawahan daripada bos bos yang kerjanya goyang kaki je.

Anonymous said...

apa kaitan SPBA dengan penurunan harga minyak?bagi pejawat awam mereka minta kenaikan yg munasabah saja bagi semua gred sekurang kurangnya kenaikan dari 10-15% ikut tempoh perhidmatan.........mungkin sesuai

Anonymous said...

turunkan harga ron 95 ke rm1.20 satu liter dan naikan harga ron97 ke rm 3.00....adil untuk rakyat berpendapatan rendah..dan ini akan mengurangkan import kereta mewah..proton dan produa pun dapat untung lebih.
bagi peluang NGO2 mengawasi semua pintu masuk disempadan supaya seludup barang kawalan tidak berlaku dan mengelak kejadian rasuah dikalangan kastam dan imigeresen...
contoh mudah kat pdg sanai ada 4 buah stesyen minyak sedangkan penduduknya tak ramai sangat.
kereta siam masuk dan keluar seawal 9pg hingga 6ptg...


'tukang dok perati pintu sempadan durian burung(kota putera),pdg sanai,kuala nerang,kedah'