Tuesday, April 3, 2012

ANTARA ANUAR MUSA DAN HARIMAU MALAYA

Esok Penentuan Jawatankuasa Displin keatas Kes Anuar Musa yang mengkritik Skuad Kendalian K.Rajagopal didalam media Terbuka..

Esok juga dijangkakan lebih 1000 penyokong "Taat Setia" Anuar Musa akan berhimpun di hadapan Wisma FAM bagi menuntut Keadilan keatas Anuar Musa...

Bagi KP, terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya...
Ini bukan Soal ada tangan ghaib mahu menjatuhkan Anuar Musa
ini soal kurang kebijaksanaan Anuar Musa...

KP heran,seorang Timb Presiden yang mempunyai Akses penuh terhadap FAM dan skuad Negara,"mengkritik" skuad negara dalam media terbuka??
Tidak bolehkah Anuar Musa memanggil Skuad Negara dan K.Rajagopal secara peribadi dan meluahkan apa yang dia rasa tanpa perlu mengunakan Media??

Apakah tindakan Anuar Musa itu berniat mahu memalukan K.Rajagopal??
Teguran YM Tuanku Presiden Sultan Ahmad Shah ada benarnya..
Anuar Musa ada banyak ruang dan cara untuk tegur Skuad Negara..
KP sendiri Kesal bila Seorang Timb Presiden mengkritik Hebat Skuad Negara dalam Media sedangkan Anuar Musa boleh guna cara lain...

Apapun,nantikan Keputusan Esok..apakah Anuar Musa akan digantung keahlian?
atau di Pecat dari FAM??

Bagi KP Skuad Negara lebih Penting dari Anuar Musa...
SELAMATKAN BOLA SEPAK NEGARA!!

3 comments:

Anonymous said...

kita dengar keputusan esok .. dah sampai masa dibuat Transformasi kepimpinan di FAM.
Dah lama dah ....

Anonymous said...

Sebenarnya kepimpinan tertinggi FAM dah diberi masa dan peluang yang terlalu lama untuk membuktikan mereka mampu membentuk satu pasukan yang mantap dan digeruni. Ternyata mereka gagal!!. Tahap mana pasukan kebangsaan Malaysia sekarang?. Sebagai pemimpin yang mempunyai sifat tawadduk dan bertanggung jawab, mereka wajib meletakkan jawatan. Begitu juga dengan jurulatih, if you cannot deliver, be bold and brave enough to resign. Don't give lame excuses. Remember, we must have a thinking coach, a set of thinking players who uses their brains and creativity because you are dealing with thinking supporters. Memberi alasan yang tidak munasabah hanya menunjukkan seseorang itu GAGAL dan tidak layak untuk memimpin. Berilah peluang dan ruang kepada pemimpin dan jurulatih yang lain untuk membuktikan kemampuan mereka. Saya percaya ramai pemimpin dan jurulatih kita di Malaysia yang layak. Cuma mereka mungkin disidelinekan.

Anonymous said...

Alahai KP nak bercakap tentang FAM kalau ibarat nak menyeberang sungai orang dah sampai keseberang, awak baru terhegeh2 nak cari pengayuh...hehehe...