Monday, April 16, 2012

PENGACARA MELODI MAHU BUNUH DIRI???



SEPERTI tidak percaya dengan berita yang baru sahaja sampai ke pengetahuan kami mengenai seorang pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Serdang akibat meminum peluntur pakaian petang semalam.

Dia yang dimasukkan ke wad kecemasan sebelum itu telah pun dipindahkan ke wad pesakit luar selepas keadaanya dikatakan sudah stabil.

Menurut satu sumber yang dipercayai, pengacara tersebut telah meminum peluntur akibat tekanan daripada masalah yang berlaku pada dirinya.

Dia yang dimasukkan wad pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan tindakan akal pendek yang dilakukannya dan cuba untuk menyembunyikan identitinya daripada diketahui ramai.

Pengacara tersebut juga sempat meminta maaf kepada peminatnya dan juga pengikutnya di laman Twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.

-cinemaonline

3 comments:

Anonymous said...

cari ler kerja lain dek.....

Anonymous said...

Sedihnye. Bru tau ada yg bodo kat Melodi. Apa2pun propaganza terbaekk :D

Anonymous said...

Dunia glamour ni penuh dengan kepalsuan, rekaan, kepura-puraan.

Carilah ketenangan yang nyata di jalan Allah s.w.t.