Sunday, May 13, 2012

ISU TINTED GELAP-SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT


Kebanyakkan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta. Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.

Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.

• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?

• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?

• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?

• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP  boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.

• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?

• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.

• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.

• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?

Justeru itu kami ingin bertanya : APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP,.? Jika BOLEH : alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna. Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi..Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan. Mengenai cermin gelap pula,. alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka. Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam. Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.


P/S--Haramkan sahaja Penjualan Tinted diMalaysia kalau JPJ tak nak tukar akta

13 comments:

Anonymous said...

Saya amat bersetuju supaya akta yang berkait dgn cermin gelap ini dipinda supaya lebih 'mesra rakyat'.
Seperti yg dimaklumi semua, di Malaysia ini terdapat dua (2) jenis cermin gelap..
1: Cermin Gelap@"Dark Glass" seperti yg siap pasang dari kilang yang sememangnya menepati piawaian keselamatan "World Standard"

2: Filem gelap yang pelbagai ketelusan cahaya.

Kenderaan saya iaitu MPV telah dipecahkan cermin kerana 'penyangak' dapat melihat apa yang tersimpan dalam kenderaan saya. Akibatnya saya kerugian:
a. Barang yg hilang itu
b. Terpaksa membeli cermin baru dan upah memasang cermin tsb.
c. Masa yang banyak terbuang:
i. Membuat laporan kpd pihak polis.
ii. Mencari alat ganti
iii. Mencari mekanik dan menunggu mereka memasang alat ganti..
Adakah 'kerugian' ini boleh dituntut? Jika ya, bagaimana?

cheng said...

JABATAN PENYANGAK JALAN
SKRG NO CERMIN GELAP DIBENAR TAKDA PENYAMUN??
SKG TAKDA CERMIN GELAP PERCENTAGE CERMIN KRETE KENA PECAH SBB 'TERTINGGAL' BRG BERHARGA DLM KRETE KERAP TERJADI , ADAKH KADAR JENAYAH INI MENURUN OR MENINGKAT ??
ADA SATU 'KEJADIA BARU2 INI KAMI MENGHADIRI MJLIS KAWIN BNYAK KRETA PENGANYAK LIHAT SETIP KRETE YG DI PARKING ADA MEMBER TERTINGGAL
LAPTOP KRETE MPV KENE PECAH YES DIA ADA 'ALARM'TAPI OTAK PEMECAH CERMIN KRETA TAK SEBONGOK OTAK JPJ
BILA KOMPANG DIPULUN DENGAN KUAT DAN BINGAT DIA PUN HENTAK CERMIN
BUNYI TAK DENGAR----KERJA BERES
LU KETUA PENGARAH JPJ TOLONG JWP PEGAWAI BAWAH TAK STANDARD HELLO JPJ DIRECTOR ANSWER MY QUESTION
PM BOLIH JWP TELPON MINUM KOPI DI WARUNG LU SAPA ????
MASA BERLAGAK UDAH LAMA BERLALU
TAPI OTAK PEMECHAHKETA TAK

Anonymous said...

saya bersetuju tetapi bukan dengan sebab2 yang dinyatakan di atas. Saya bersetuju kerana ianya juga boleh memberi pendapatan tambahan kepada negara yakni dengan kutipan fee secara tahunan sepertimana cukai jalan bagi mereka yang mahu menggunakan cermin gelap:)

Anonymous said...

Lagi satu Kenapa lori tunda yang dok tunda kereta kemalangfan banyak yg cermin gelap hari hari masuk balai boleh pulak

Anonymous said...

Setuju sangat dengan anda semua. Kereta MPV dah pun dibeli dengan cermin gelap. Sekarang jpj cakap tak dibenarkan. Jadi siapakah yg akan menanggung kos utk menukar cermin gelap kepada cermin yg diluluskan? Kalau jpj bagi tukar free seperti memasang tali pinggang keledar penumpang di belakang dulu, maka saya setuju utk menukar cermin. Wahai jpj tolonglah sedat kosnya tidak murah.
Satu lagi perkara, silalah jelaskan kepada semua kenapa org2 VIP ni mendapat pengecualian dan boleh tint kereta segelap gelap malam?? Adakah itu adil?

fendy said...

saya juga bersetuju.. jika semata2 bercermin gelap bg mengelakkan kemalanga.. bagaimana pula dgn cermin yg terang. dalam keadaan panas matahari sekarang adalah sangat menyilaukan mata setiap pemandu dan ini menyebabkan mengantuk. harap jpj dapat mengkaji semula perkara ini. ini kerana cuaca kita di malaysia mmg tidak sesuai utk kereta yg bercermin terang. sekian.

Anonymous said...

assalamualikum
saya x menyebelah mana2
ini demi kebenaran
walaupun aku bukan angota JPJ
walaupun aku geram kena saman
tetapi.......

jangan lah korang menghentam JPJ buta2 je
bukan mereka yang menentukan undang2
tetapi undang2 didalam negara ini di tentukan oleh dewan parliment dan dewan undangan negeri
JPJ hanya pelaksanan undang2
dan bukan penentu undang2
kaji dulu bab sistem politik demokrasi berparliment negara dahulu
sebelum menghentam JPJ

semua ni iklas supaya semua faham jelas tentang demokrasi negara kita
sekian wassalam.......

Anonymous said...

Apa susah korang report kat Najib lah, melalui facebook dia.
Insyaallah beres.

Anonymous said...

Aku pun setuju, hr tu hampir2 keta aku kena pecah ngan penyangak sbb hp tertinggal dlm keta. Nasib baik la cermin keta aku tu gelap so dia tak nampak dgn sekali tinjau kalau tidak alamat pecah la cermin keta civic baru aku tu nangis..

Anonymous said...

salam.. apakata kita guna facebook utk kempen mende ni?? kalo dah ramai sgt yg sokong kt leh foward kat najib.. yg penting sblm pr13 ni la.. yg best geng2 polis n jpj yg ramai cermin gelap ni.. apa susah2 bkn kena saman pon, kalo ke pon leh settle.

Anonymous said...

Mintak Dato'Najib buang aja Pengarah JPJ yg goblok tu.

Mohd Shahril said...

baru tadi saya juga kena tentang isu cermin gelap.pada hal sebelum memasang tinted saya sendiri meminta tukang kedai itu memasang tinted yg lbh cerah tetapi msh lg dikatakan gelap.saya juga setuju knp org atasan serta vvip tidak diambil tindakkan yg sama.jpj harus mengkaji semula akta yg sedia ada yg lapuk.

Abd Raz said...

Kereta tonto bersepah-sepah di jalan siap boleh ikut JPJ lagi x pulak kena/masuk inspection. Double Standard betul3....