Wednesday, October 10, 2012

SISTEM AES-KITA DIBODOHKAN DENGAN ALASAN UNDANG-UNDANG

Sejak dari awal sistem saman yang diswastakan dikenali sebagai AES diragukan dari perbagai segi. Syarikat yang dilantik sebagai operator sudah pasti mengejar jumlah saman yang tinggi untuk memperoleh komisyen yang tinggi kerana jumlah komisyen dan nilai peratusan meningkat berdasarkan jumlah saman yang dikutip

Saman sudah jadi bahan perdagangan yang mengkayakan ‘kroni’ yang memperolehi hak mengendalikan saman tersebut, tanpa memikirkan tekanan hidup yang dilalui rakyat.

Adalah bodoh jika kita menyokong pemasangan sistem AES ini benar untuk kebaikan rakyat, tidak nampakkah kita apa akibatnya jika saman mahu diperdagangkan.

Dalam undang-undang negara ini,kesalahanlalu lintas diguna untuk mengaut keuntungan. semua kesalahan kecil sekali pun budaya saman itu sudah jadi biasa, sehingga kesalahan kecik boleh dilepaskan dengan nasihat atau amaran pun disaman juga.

Sepatutnya usaha mendidik pemandu supaya memandu lebih cermat perlu diberi keutamaan, bukan menyaman demi mengorek duit yang ada pada saku rakyat.

Sebagai contoh sistem ini memang mahu mengaut untung semata-mata, ada sesetengah kawasan yang dipasang AES ini khabarnya menetapkan had kelajuan maksima ialah 90km/h, apakah teknologi jalanraya kita ini masih mengguna teknologi tahun 70-an dimana kelajuan 90km/h itu sudah dikira sangat laju.

Sudah banyak Kereta boleh memecut sehingga lebih 200km/h, malah teknologi pengendalian kenderaan, dan keselamatan telah jauh meningkat, apakah logik had laju itu ditetapkan sehingga 90 km/h saja.

Malaysia ini negara yang pelik, sudahlah jalanraya kebanyakkan dibina dengan menggunakan wang cukai yang dikutip dari rakyat ( jangan lupa setiap kali ke restoram makanna segera atau isi topup anda telah membayar cukai ), kita dimomokkan itu "jasa" kerajaan pula. sudah la begitu, kita terpaksa bayar cukai jalan yang tinggi, kemudian kita akan lebih kerap kene saman kerana sistem AES ini.

Kita beri kerajaan wang untuk bina jalan, mereka balas dengan saman kita?. atas undang-undang yang mereka tulis sendiri.

Kita rakyat tidak sama macam kroni menteri atau anak menteri yang pakai kereta mewah jenama terhebat, mereka boleh memecut sesuka hati kerana nilai RM300 itu sangat sedikit, sedangkan bagi rakyat itu ada sesetengahnya RM300 itu setengah bulan gaji mereka.

Tidak kah kita ini diperbodohkan?

Selamatkan wang anda, jangan diberikan kepada kroni atas kebijaksanaan mereka kaut untung.

5 comments:

Man driver said...

sebahagian pandangan ini adalah betul,.Sekiranya syarikat yg menjalankan ini mendapat untung melalui jumlah saman yg dikutip, kemungkinan mereka utk mengekploitasi sistem ini tetap ujud. Berhubung kelajuan, walau macamana canggih sistem perlindungan yg dipasang pada sesuatu kenderaan itu, ia belum mencukupi sb sekiranya kenderaan itu dipandu dgn laju, kemalangan mudah berlaku,sehingga melibatkan kematian. semakin laju kenderaan itu kita pandu, sedikit shj kesilapan boleh membunuh pemandu atau pengguna jalan raya yg lain.

Anonymous said...

Memandu terlalu laju iaitu melebihi 160kmj mungkin boleh menyebabkan kemalangan tetapi jika sekitar 110kmj-125kmj tidak menjadi sebarang masalah jika kenderaan berkuasa 1,800cc-3,500cc. Pemandu masih boleh mengawal dengan baik.
Kebiasaannya kemalangan di lebuhraya berpunca dari sikap pemandu yang secara tiba-tiba menukar lorong dari kiri ke kanan (memotong kenderaan berat spt lori/bas) TANPA memberi lampu isyarat.. Keadaan sebegini menyebabkan pemandu di lorong kanan TERPAKSA membrek secara tiba-tiba juga!
Apa yang akan berlaku jika terdapat beberapa buah kenderaan di lorong kanan/laju?

Siapa kah penyebab kemalangan tersebut?

Saranan kpd pengendali AES,
saman boleh dikeluarkan jika pemandu melebihi 30kmj pada sesuatu lokasi sasaran.
Contoh: Bagi kawasan 110kmj- saman akan mula dikeluarkan jika pemandu melebihi 131kmj
Bagi kawasan 90kmj- saman akan bermula pada 121kmj

satu lagi..

Jabatan Pengangkutan Jalan berhasrat hendak MENDIDIK bukan MENGHUKUM:-
Adalah lebih baik jika jalur cat seperti yang pernah saya lalui di Lebuhraya Utara Selatan dari Terowong Menora ke R & R Sungai Perak.. secara otomatis pemandu akan memperlahankan kenderaan.
Kaedah ini jauh lebih murah daripada AES kerana AES perlu:
a. Pemantauan
b. Penyelenggaraan
c. Ujian Kalibrasi/Calibration
Kos yang terbabit pasti sangat tinggi berbanding dengan MENGECAT JALAN!

Polis duduk balai sahaja, tak perlu buat rondaan. Setiap tahun gaji disemak dan dinaikkan. Tak perlu kerja kuat.....

Anonymous said...

Celaka punya blog..bukan nk support undang2 rupanya sama mcm puak haram BERSHIT.. bila kena batang hidung pakat lawan.. AES ni menampakkan hati perut sebenar puak2 bloggers MUDA dr BN.. khianat dan pentingkan diri! lahanat puak ni! mentang2 masing2 keta besar.. lagak sombong!
kalau syarikat tu yg buat konsesi xbetul.. betulkan yg tu je lah.. apehal nk komen pasal kelajuan.

Punye bangang skrg ni kenderaan kt Msia dh cecah 21.4 juta, semenanjung dgn sabah sarawak bukan makin besar mcm USA ke China ke.. tetiba kerajaan kena tunaikan hajat rempit2 haram sial ni dgn alasan2 bodoh!