Wednesday, November 28, 2012

JADIKAN #PAU2012 LEBIH BERMAKNA BUAT PEMUDA DAN PUTERI

 Khairy Jamaluddin
Rosnah Rashid Shirlin

Hari ini Pemuda&Puteri Mengambil Tempat dalam mesyuarat Perwakilan di PWTC..
Aku mengharapkan perwakilan dan pimpinan sayap penting UMNO ini dapat mengutarakan dan membahaskan usul atau isu yang lebih bernas dan mempunyai asas yang kukuh.

Satu sahaja peringatan,Jangan jadikan Pentas Berucap sebagai pentas penceramah
Pemuda dan Puteri Kena Fokus dan tahu akan beza antara Ceramah atau membahas usul..
kita berkampung di PWTC bukan nak dengar tentang keburukan DAP-PKR-PAS..

Biarlah tugas men"balun" Parti Pembangkang diserahkan kepada mereka yang dikhaskan..
Aku mengharapkan Perhimpunan Perwakilan Pemuda&Puteri lebih mengutarakan atau membahaskan isu tentang survival Agama/Bangsa/Parti...Soal Keburukan Parti Pembangkang tidak perlu kita canang sehingga ke Pentas yang tak sepatutnya..

Ini Perhimpunan Besar Umat Melayu..Kita Perlu Fokus Tujuan dan Asal Perhimpunan ini..
Inilah Masanya,Jangan kita malu nak sebut Tentang Melayu di dalam Perhimpunan Kali ini, jangan kita malu mempertahankan kesucian Agama Islam dan jangan kita malu mempertahankan Parti Keramat ini..

Pemuda&Puteri kena buat Transformasi..Tidak perlu terjerit-jerit untuk meyampaikan hasrat dalam ucapan..
kita berhimpun sesama ahli parti,jika ditoreh darah yang keluar pasti UMNO.. Jadi gunakanlah ruang yang disediakan setahun sekali ini dalam menyampaikan usul dan isu yang membolehkan rakyat khususnya golongan muda ini kembali yakin dan pasti bahawa hanya UMNO sahajalah yang mampu mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air ini..

*Aku Merindui Zaman Pemuda/Puteri yang lebih Marhaen dan bukannya Elit seperti sekaran
Dengarkan lagu ini Khas Buat Pemuda dan Puteri

No comments: