Tuesday, November 27, 2012

PAU 2012-JANGAN TAKUT TEGUR PEMIMPIN


PAU 2012 Sudah pastinya menjadi medan terakhir Najib untuk bertemu Jentera Parti di peringkat akar umbi sebelum PRU13..

Ruang dan peluang ini WAJIB digunakan sebaik mungkin sama ada Pimpinan Parti atau ahli UMNO di peringkat bawahan..Jangan rasa malu dan segan atau takut menegur pemimpin jika ada yang membuat silap.. Ini masanya,ini ruangnya,cakap apa sahaja sebelum kita menuding jari pada orang lain..

Perhimpunan Orang Melayu terbesar di Malaysia bermula hari ini perlu memastikan orang melayu atau bukan melayu diluar sana dapat manfaat walaupun sedikit.UMNO diperhatikan oleh "rakyat" dan ahli mereka sendiri dalam PAU2012 ini..

Aku cukup tertarik Bila masa-masa nak PAU keluar lah senarai dari Lembaga Displin mereka yang diambil tindakan dan amaran..Satu je nak kasi peringat, Jangan fikir ahli Biasa dan akar umbi yang akan sabotaj parti, apa pimpinan peringkat bahagian tidak sabotaj parti?Apa pimpinan Bahagian "kebal" dari lembaga Displin?apakah pemimpin UMNO yang besar2 "kebal" dari lembaga displin? pergolakan perlantikan menteri besar dibeberapa negeri dahulu apakah tidak melanggar disiplin parti? Lembaga Displin kena keluarkan satu perkeliling,Sabotaj dari segi mana yang membolehkan ahli itu di ambil tindakan atau amaran??kita kena tahu kalau UMNO betul-betul nak kan ketelusan..

UMNO belum cukup Telus..Dan buat apa kita nak "terbuka" sangat?
Pertahankan apa yang ada,gunakan apa yang ada selagi kita punyai hak sebagai kerajaan yang memerintah...
Apakah UMNO/BN yakin Jika PR menang PRU13, Dasar keterbukaan ini akan diteruskan oleh Anwar???

Apakah wujud lagi ayat"Cah Keting" dalam UMNO (Golongan Profesional)?
Atau dah tiada lagi golongan profesional  mahu sertai UMNO?
Ayuh PAU2012 ini sama-sama kita bermuhasabah diri...

No comments: