Sunday, December 23, 2012

KHIR TOYO SMASH KHALID GAGAP



1. Cukai Taksiran Hartanah atau lebih dikenali sebagai cukai pintu merupakan salah satu sumber kewangan utama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pengutipan cukai ini penting bagi membolehkan PBT melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada penduduk setempat terutamanya dari segi penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam, kawasan rekreasi dan jalan-jalan yang berada di bawahnya.

2. Jika tidak silap saya pada 2007, banyak PBT di Selangor telah melakukan penilaian semula ke atas nilai hartanah komersial dan kediaman. Hasil dari penilaian tersebut cukai taksiran telah meningkat antara 5-10 peratus (%). 

3. Ini menyebabkan kerajaan Selangor ketika itu dikritik hebat oleh pembangkang ketika itu. Parti-parti di bawah Pakatan berlumba-lumba menyerang kerajaan negeri dan menyatakan kutipan cukai naik tetapi fasiliti tidak terurus.

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

kalau kat Kedah slogan MB dia ialah "Saya tak tau" tetapi di Selangor pula "Ini bukan bidang tugas kerajaan negeri"? hehehehe

Nasibla korang anak-anak Selangor. Aku nak beli tanah kat N9 laaa camni.

Baca "Bila lelaki berkain batik" di Tendang Terajang.