Wednesday, January 2, 2013

KENAPA KRISTIAN MALAYSIA MALU NAK GUNA JESUS CHRIST?


PELIK juga penulis dengan kumpulan radikal Kristian di Semenanjung Malaysia ini yang secara tiba-tiba malu nak menggunakan nama Jesus-Christ sebagai ganti nama tuhan mereka, sehinggakan nama Allah SWT. yang eksklusif untuk orang Islam ini juga nak digunakannya.

Konon sebab Kristian di Sarawak dan Sabah sudah lama gunakannya, maka depa di Semenanjung ini pun nak guna jugak.

Walhal di Sabah & Sarawak itu nama Allah sudah diguna bagi menggantikan nama Jesus-Christ sejak beratus tahu dulu kerana negeri itu bersempadan dengan Kalimantan yang juga sebahagian dari Indonesia yang kita tahu bebas menggunakan nama Allah di Gereja penganut Kristian.

Maksud penulis, situasinya berbeza kenapa disana boleh guna, disini tidak boleh.

Lagipun, dari segi Universal pun, nama ganti bagi menggambarkan tuhan orang Kristian ini ada macam-macam, apa pun namanya tapi bukan Allah SWT.  Jadi yang Kristian di Semenanjung ini sibuk-sibuk nak guna nama Allah itu juga kenapa?

Nampak sangat sebab nak ambil peluang dari perpecahan orang Islam sekarang untuk timbulkan keadaan tidak selamat dalam negara.

Justifikasi penulis berkata begitu sebab selama ini (sebelum PRU 2008), perkara ini tidak pernah disentuh sehingga ke magnitud sebegini - dibawa ke Mahkamah dan sebagainya.

Tidak ada sesiapa yang berani, tapi bila puak ini tengok orang Melayu/Islam berpecah, cepat-cepat mereka ambil peluang dengan menjadikan undang-undang sebagai alasan.

Penulis rasa, kerajaan Malaysia perlu merujuk  perkara ini kepada pihak Vatican City bagi mendapat rujukan asas sebenar kenapa nama Allah swt ini berkeras sangat nak digunakan segelintir puak Kristian di negara Malaysia yang majoriti rakyatnya terdiri dari orang Islam, selain Islam juga menjadi agama rasmi.

Perlu juga dimasukkan, sensitiviti rakyat negara ini yang tidak boleh bertoleransi dengan cubaan tidak bertanggungjawab sedemikian ketika mendapatkan rujukan tersebut.

Semoga selepas itu, dengan nasihat dari pihak Vatican, puak-puak radikal Kristian yang didalangi parti politik tertentu ini akan berhenti menjolok sarang tebuan.

Takut-takut tak tahan sengat nanti.

Sumber-SGB

1 comment:

Anonymous said...

Kalau kamu orang Islam cuba fikir baik-baik ye. Sebenarnya bukan isu mereka malu utk gunakan nama Jesus tetapi Gereja Keristian semenjak dulu lagi mmg mengakui Tuhan mereka yg tak bernama tu ada anak namanya Jesus. Tak percaya tanyelah mana-mana paderi yg kau orang kenal.

Bila LGE mintak Kerajaan merestui pengunaannya bererti Tuhan yg tak bernama itu yg kini dikenali sebagai Allah dah ada anak pulak ? Apa macam tuan-tuan semua boleh bertenang ke ? Tak takut ke dgn dosa syirik ?

Aku tak tahu macamana Nik Aziz yg pengikut PAS gelar tok guru itu boleh bersetuju dulu? Bila bab utk menafikan dia kirim Tuan Man pulak utk jadi juru cakap. Apakah dia tak kisah menganggap Allah kini ada anak setarap dgn manusia dan haiwan?

Tak mengapa ke? Sbb nye yg penting sekali orang Keristian suka dan mahu menyokong parti PAS nanti begitu ke? Apa dia tak tahu ke Allah sudah keluarkan amaran berikut lebih 1400 tahun dulu sebelum kita semua dilahirkan di dunia ini?

Surah Mariam ayat
19:89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
19:90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap
19:91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
19:92 Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.

Mana lagi besar agak-agak tuan-tuan semua? Kerajaan BN ke, Nik Aziz PAS ke, Anwar Ibrahim PKR ke, Lim Guan Eng DAP, Karpal Singh DAP ke atau Gereja katolik Malaysia ke zat Allah sendiri?

Kalau anda rasa Allah memang Maha Besar patut ke kita kena tunduk dgn permintaan gila mereka supaya pihak Gereja Katolik bolih guna kalimah Allah utk bible bahasa Melayu mereka? Fikir-fikir lah baik-baik sebelum membuat kesilapan yg besar ye. Sbb sebarang sokongan yg anda berikan kepada PAS PKR DAP bererti anda memberi sokongan pada pihak gereja katolik yg akan menyatakan bahawa Allah pun boleh ada anak sekarang. Nauzubillah himinzalik !!!

Jangan kata tuan-tuan semua tidak ada orang yg memberi peringatan ye ?!!!