Thursday, January 17, 2013

Pemilihan Majlis Belia Malaysia 2012: Jangan Seret Pejabat Perdana Menteri



Pertubuhan belia terbesar di negara ini, Majlis Belia Malaysia, akan mengadakan Mesyuarat Agung mereka pada hujung minggu ini. Sejak beberapa minggu lalu beberapa telah berlaku kempen dan pembentukan pasukan (chai) untuk menentang kepimpinan sedia ada. Sebagai pemerhati biasa pergerakan belia di negara ini saya melihat persaingan merebut jawatan dalam pertubuhan besar ini adalah satu proses biasa dalam kematangan demokrasi.

Dikhabarkan akan berlaku satu pertandingan secara besar-besaran antara dua kumpulan. Kumpulan pertama merupakan sebahagian besarnya penyandang jawatan yang diketuai oleh Presiden sekarang, Saudara Mohammed Maliki Rapiee dan Setiausaha Agung sekarang, Mohd Zaidi Aziz. Bagi kumpulan dijangka akan turut disertai saudara Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MBM. Jawatan Timbalan Presiden kosong berikutan penyandangnya, Tuan Haji Shukor Yussof telah melebihi usia 40 tahun.

Penulis melihat bahawa sepanjang dua tahun terakhir ini telah banyak perubahan dan pembaharuan dibuat oleh Maliki biarpun beliau bukanlah tokoh pemimpin yang dikenali ramai ketika mengambil alih MBM. Sepanjang dua tahun ini kepimpinan MBM sedia ada telah berjaya menyelamatkan Wisma MBM yang dirancang untuk dijual sebelum ini kerana masalah kewangan. Sebaliknya anak-anak muda ini telah menghidupkan kembali Wisma MBM dengan pembukaan kafe siber dan hostel. Ini seklaigus mewujudkan pendapatan sendiri bagi Wisma terbabit.

Selain itu, khabarnya banyak hutang-hutang lapuk MBM dengan Dewah Bandaraya Kuala Lumpur, Wisma Zhulian, Hotel dan pembekal telah distruktur semula. Beberapa saman pihak pembekal ke atas MBM sebelum ini juga telah ditarik balik dan diselesaikan secara bijaksana oleh kepimpinan sedia ada.

Namun “highlight” terbesar kepimpinan sedia ada tentulah kejayaan penganjuran Hari Belia Negara bersama Kementerian Belia dan Sukan yang telah diberi nafas baru dan mewujudkan gelombang keghairahan luar biasa sejak dua tahun kebelakangan ini.

Namun seperti kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Justeru sungguhpun kepimpinan sedia ada telah menjalankan tugas dengan cemerlang, tidak ada salahnya jika mereka juga dicabar dalam pemilihan kali ini. Ini kerana mungkin terdapat pemimpin baru yang lebih hebat visi dan kemampuannya untuk membawa gerakan belia ke satu tahap yang lebih tinggi.

Baca Lagi Disini

No comments: