Wednesday, February 13, 2013

TUNJUK FUCK-KEBETULAN ATAU DISENGAJAKAN??



Semakin hari, para penyokong pakatan pembangkang dilihat semakin melampau dan kurang ajar. Demi kuasa, tingkah laku dan perbuatan mereka seolah tiada sempadan, namun ia bukanlah menghairankan kerana semenjak pilihanraya yang lalu pakatan pembangkang dilihat begitu ghairah akan kemampuan mereka untuk merampas kuasa di Putrajaya.


Terbaru, seorang lelaki berbangsa Cina yang merupakan ahli parti politik DAP dilaporkan telah menghina Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dengan menunjukkan isyarat lucah. Tertuduh yang dikenali sebagai Leong Pei Koe, 29 dikatakan telah melakukan pebuatan biadap itu ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Portal pembangkang Malaysian Insider melaporkan kononnya insiden itu terjadi ekoran perselisihan faham antara suspek dengan bapanya yang mana menyebabkannya bengang dengan bapanya lalu menunjukkan isyarat lucah itu. Portal tersebut cuba mengambarkan seolah-olah tindakan tersebut dilakukan secara tidak sengaja dan langsung tidak ada kena-mengena untuk menghina Raja Permaisuri Agong kerana berlaku secara KEBETULAN.

Namun melalui satu cerita lagi mengatakan, sejurus selepas melakukan perbuatan biadap itu, pegawai pengiring ASP Mohd Fakharudin telah mendekatinya dan memaklumkan, bahawa dia boleh di tahan di bawah seksyen 294 (A). Ekoran tidak berpuas hati dengan kenyataan pegawai polis tersebut, suspek akhirnya telah mengeluarkan kata-kata dengan mencabar agar tindakan di kenakan ke atasnya kerana negeri Pulau Pinang terletak di bawah pentadbiran DAP

Sebelum telah acap kali pimpinan pembangkang ‘membakar’ semangat penyokong mereka dengan ucapan yang berapi-api. Natijahnya telah berkali-kali Institusi Diraja ini dihina dengan pelbagai rupa. Sebagai contoh, Sultan Perak pernah dihina ekoran kejatuhan kerajaan pembangkang di Perak ekoran kekurangan sokongan di dalam Dewan Undangan Negeri.

Seterusnya Sultan Johor juga pernah dihina dengan pelbagai kata cacian dan makian oleh penyokong pakatan ekoran kenyataan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Ia ekoran dari bidaan yang dibuat oleh baginda Sultan Johor terhadap no plat WWW1.

Tidak ketinggalan Sultan Selangor juga pernah dicerca dengan pelbagai tindakan biadap hanya kerana dilihat memberikan titah yang selari dengan parti pemerintah. Sekiranya diteliti semua yang dilakukan ini bukanlah merupakan tindakan disengajakan. Namun ia adalah merupakan satu strategi dan gerakan untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan masyarakat dan secara tidak langsung menjadi institusi tersebut tidak lagi relevan.

Tidak cukup dengan itu, portal pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider juga dilihat memainkan peranan yang tersendiri terhadap gerakan ini. Sebagai contoh acapkali, mereka mengeluarkan artikel-artikel yang menjurus kepada sentimen kebencian. Tidak cukup dengan itu, pihak pengurusan portal tersebut juga tidak melakukan sebarang usaha untuk mengawal komen-komen yang diberikan oleh sesetengah pembaca melalui akaun-akaun Facebook yang boleh diragukan.

Ini kerana mereka tahu, kuasa raja-raja melalui Majlis Raja-Raja Melayu adalah merupakan benteng terakhir kepada agama Islam dan umat Melayu di negara ini. Dengan kewujudan Majlis ini, ia akan menyukarkan usaha sesetengah pihak untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Mungkin ramai yang akan bersikap optimis terhadap kenyataan ini, namun itulah hakikat yang sebenarnya. Gerakan yang dilakukan secara bersembunyi dan terselindung ini mempunyai objektif yang perlu disedari oleh masyarakat Islam dan Melayu di negara ini.

Rakyat perlu sedar, beberapa institusi Islam dan Melayu yang wujud hari ini seperti kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja adalah diperjuangkan oleh Raja Melayu kerana ketika itu parti politik Melayu belum wujud. Perkara terbabit adalah identiti dan jati diri negara yang dimaktubkan dikuatkuasakan dalam Perlembagaan dan undang-undang.

Justeru, cubaan mempertikai, apalagi cubaan menghapuskannya adalah suatu usaha jahat yang harus ditentang. Perlembagaan yang ada hari ini juga meletakkan peranan Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa tertentu berdasarkan bidang kuasa diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 38(2) dan beberapa peruntukan lain.

Selaku institusi yang bertindak sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan (Artikel 32), maka tidak wajar bagi mana-mana pihak mempersoalkan kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja, apatah lagi bersikap biadab dan tidak berakhlak terhadap baginda. Oleh yang demikian dengan ada institusi ini, maka rakyat dan negeri yang ada dalam persekutuan menikmati kestabilan, kemakmuran dan pembangunan. Raja juga adalah

lambang kedaulatan negara. Kesetiaan kepada Raja dan negara adalah sebahagian daripada konsep kedaulatan yang sudah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sumber-KLIK SINI

No comments: