Thursday, March 21, 2013

BELA PENGGANAS SULU - MAJLIS PEGUAM BUAT KERJA GILA?




Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah.


Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit akan mula di dakwa bermula 20 Mac 2013.


Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit.


Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri.


Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut.


Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan para pengganas.


Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada sahaja yang di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera muncul menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak asasi manusia.


Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama Islam pun mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi apa sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut sama membantu golongan pengganas, tak gitu?


Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan pengkhianat dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang terkorban tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai diperlakukan.


Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk sangat nak mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila.


Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk Presiden baru Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan terbabit, kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok jugalah keadaan sekeliling.


Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga kepada perajurit kita yang terkorban.


Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu, tapi kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan.


Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan sandaran, Majlis Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi atau terbuka, cukuplah sekadar menyerahkan tugasan 'kemanusiaan' itu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya sahaja.

24 comments:

Anonymous said...

Apa rasional Majlis Penguam nak bela pengganas!!! Ini Majlis Peguam lagila pula pengganas tahap gaban nie beb....

Anonymous said...

peguam mana yg bela plak ni?

Anonymous said...

http://en.wikipedia.org/wiki/Right_to_a_fair_trial

Anonymous said...

Majlis peguam ni dh gila cari populariti...
Kenapa mereka xbela keluarga perwira kita yg terkorban dengan menyaman sultan sulu yg xdiiktiraf tu kiram tiram...
Takut ada udang di sebalik mee jer.....

Anonymous said...

memang agak keterlaluan majlis peguam nie... memang x dapat di terima oleh semua rakyat malaysia..... dah rakyat malaysia byk terkorban... tapi ada lagi yg sanggup nak bela nasib c pengganas celaka nie... ada otak ker time buat keje hah....???? fikirkn lh kalau nasib keluarga korg di landa musibbah sedemikian... sanggupkh korg nak bela lagi org2 macam 2.... lu fikirlh sendiri... pelajaran je tinggi.. tapi otak cetek...

Anonymous said...

Siapa yg tangging kos guaman dia org tu???

Anonymous said...

Dpt bayarN tingi tu..

Anonymous said...

Mungkin sekadar untuk memenuhi prosedur. Banyak yang ditahan kerana disyaki terlibat, Proses pengadilan harus dijalankan denganadil supaya yang tidak bersalah tidak turut dihukum. Terutamanya apabila melibatkan hukuman mati. Kita tidak mahu negara kita terkena balasan Tuhan kerana menumpahkan darah orang yang tidak bersalah. Memang kita sekarang dalam keadaan sedih dan marah, namun kita tidak harus juga bertindak melulu mengikut emosi. Ikut rasa binasa. Akal waras kita harus menguasai tindakan kita. Itu yang dituntut yang Mahakuasa. Kita rakyat Malaysia adalah masyarakat yang percaya kepada Tuhan, menjunjung keadilan dan juga rasional.

Anonymous said...

bodoh kah apa nak bela yg terang2 pengganas tu kejam tak de hati perut langsung, napa Lawyer yg nak bela tu dah desperate duit ke? oh tlg lah sdr2 lah wahai Lawyer2 yg mata duitan tu, kin panas...

Anonymous said...

Siasat je...apa kaitan mereka yg nak membela ni dgn pengganas tu..kalau org luar nk membela x pe la...ni org malaysia yg membela...maka boleh disamakan dgn pengkhianat bangsa...aku dr dulu da perhati je org2 majlis peguam ni...sbg rakyat aku rasa kecewa..mereka ni badn bebas ke parti politik?

Anonymous said...

Kurang ajar.pengkhianat negara

Anonymous said...

memang bangang peguam yg nk BELA puak-puak SULU ni!!! inilah yg dikatakan hak asasi manusia konon!!! ni bukan buat kerja GILA!!! peguam-peguam yg BELA puak-puak SULU yg GILA!!!!

Anonymous said...

ada alamat dgn no talipon lahanat ni tak, bole aku bawak geng2 aku pegi pukul muka dia

Anonymous said...

Majlis peguam jangan buat kerja gila. OKT memang punya hak untuk membela diri. Tapi janganlah Majlis Peguam pula lebih sudu dari kuah. Sebelum buat keputusan, fikirlah seribu kali dengan mengambil kira pandangan dan sensitiviti masyarakat.Kes ini melibatkan maruah negara. Masyakat antarabangsa akan mengatakan betapa bodohnya Majlis Peguam ni, sanggup membela orang yang telah hampir memusnahkan negara mereka dan telah dengan ganas membunuh perwira-perwira negara.

Anonymous said...

Kerja gila...

Anonymous said...

Jadilah cari publisiti murahan dan menyakitkan hati ..

Anonymous said...

New president...publicity maa!!!

Anonymous said...

Bubarkan saja majlis peguam nihh.... INI SEMUA POYO...!!! Nakkan publisiti sama laa si mangkuk ambiga tuu...

Anonymous said...

Bubarkan saja majlis peguam nihh.... INI SEMUA POYO...!!! Nakkan publisiti sama laa si mangkuk ambiga tuu...

Anonymous said...

"HAK ASASI MANUSIA" tu kan terma ciptaan Yahudi aka dajjal...

famy said...

Kenape x biar peguam dari filipha ( peguam2 kiram) yg bela.. klu trlalu libral payah... ni smue krje ambabiga.

Anonymous said...

jadi kalau mereka menang dan pengganas bebas maka dunia akan mengatakan. "Very Stupid!!"

Anonymous said...

Mcm bodoh saja majlis peguam ni...mmg btl bgus bela nasib keluarga mangsa negara dgn menyaman c kiram...

Anonymous said...

Cina lagi yg buat hal.. =.=