Thursday, March 28, 2013

Jamalul Kiram Tidak Mampu Biayai Operasi Di Lahad Datu



Presiden Filipina, Benigno Aquino berkata, terdapat tanda-tanda yang jelas wujudnya konspirasi dalam tindakan Jamalul Kiram III dan para pengikutnya menggunakan kekerasan dalam tuntutanmereka ke atas Sabah.

Presiden itu berkata, beliau tidak buta kepada tanda-tanda yang menunjukkan konspirasi dalam ketegangan berterusan itu.
Aquino kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau telah menerima laporan perisikan dan pihak berkuasa negaranya sedang memantau “orang berkepentingan” dalam isu Sabah.

Aquino berkata, semua individu yang bersetuju dengan tindakan Jamalul Kiram dilihat mengulangi baris-baris kata yang sama berulang kali.

Beliau juga menyatakan bahawa Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu.

Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah.

Aquino menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiayai operasi seperti itu.

Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.

“Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi,” katanya.

Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.

Aquino menambah, beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata rundingan dengan kumpulan Jamalul Kiram tidak mungkin akan diadakan selepas kematian komando polis Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Aquino memberitahu, Jamalul Kiram, salah satu daripada pihak yang menuntut Kesultaan Sulu, bahawa adalah tidak munasabah untuk meminta kefahaman “apabila anda meletakan pistol di kepala saya”.

No comments: