Tuesday, March 26, 2013

KHAIRY PALING LAYAK GANTI MOHD HASSAN ?



Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, disebut-sebut bakal menggantikan Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru selepas pilihan raya umum ke 13 ini. Nama Khairy disebut setelah Mohammad Hasan dijangka di bawa ke Parlimen oleh Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dalam pembentukan kabinet baru beliau selepas pilihan raya umum akan datang.

Mohammad Hasan dan Khairy datang dari kawasan Parlimen yang sama iaitu Rembau, di mana Mohammad Hasan merupakan Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Khairy adalah Ahli Parlimen Rembau. Cakap-cakap penukaran kerusi antara Khairy dan Mohammad Hasan kian kencang sekarang ini. Walaupun ramai penganalisis politik meramalkan Mohammad Hasan bakal ke Parlimen namun nama Khairy bukanlah calon popular untuk menjadi Menteri Besar.

Selain usia yang muda, Khairy bukanlah nama besar dalam politik Negeri Sembilan. Namun kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan satu batu loncatan yang kukuh sekiranya Mohd Najib ingin memberi nafas baru kepada politik Negeri Sembilan.

Malahan ada pemerhati politik yang menganggap terdapat “deal” antara Mohd Najib dan Pak Lah semasa peralihan kuasa lalu untuk menjadikan Khairy sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan atau Menteri Pusat dalam penggal akan datang. Namun perkara ini tidak pernah disahkan oleh sesiapa pun dalam “circle” Mohd Najib mahu pun Pak Lah.

Halangan terbesar untuk meletakkan Khairy sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan tentulah datang dari “warlords” politik negeri sembilan yang sebahagiannya merasa ditindas atau teraniaya ketika Pak Lah berkuasa lalu.

Malahan Mohd Najib juga perlu mengambil kira pandangan tokoh-tokoh veteran UMNO termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad jika benar beliau mahu melantik Khairy sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Selain Khairy, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor merupakan calon popular untuk dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru. Sungguhpun Shaziman dianggap kem Khairy suatu ketika dahulu, namun beliau kini berjaya mengelak kontroversi yang boleh menjejaskan reputasinya. Shaziman berjaya mengelak radar politik popular tetapi berupaya melaksanakan beberapa agenda Mohd Najib dalam isu Tol.

Esok (Selasa 26 Mac, 2013) merupakan hari akhir DUN Negeri Sembilan. Sama ada ia terbubar secara otomatik atau dibubarkan, Mohd Najib tidak mempunyai banyak masa untuk menentukan siapa bakal Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru.

8 comments:

Anonymous said...

Tak setuju...nanti sindrom ten percent menular di NS pulal

Orang Sebarangan said...

Razak Mansor dari DUN Pertang adalah antara calon yang layak jadi MB (bukan paling layak tapi antara yang terlayak).

Anonymous said...

Khairy paling layak ganti KDN Hishamudin

Anonymous said...

pada pendapat sayalah kan, KJ memang ada bakat...cuma KJ kena amalkan sikap merendah diri..jangan gopoh..jangan gelojoh..ambil iktibar apa yang berlaku di sekeliling..insyallah jauh KJ boleh pergi...

Anonymous said...

pada pendapat sayalah kan..KJ memang ada potensi dan berbakat..tapi jika KJ boleh amalkan sikap merendah diri, tidak gopoh dan gelojoh jauh KJ boleh pergi...

Anonymous said...

Butuhlah hoi, Kalu dia lah nak jadi monteri bosar, mampus den pangkah PAS, tak ingat lagi ke pru 12 sapo buat halll, kalau botollah BN ambil dio jadi montoti bosar, bodohlah BN nie

Anonymous said...

Sebab nama khairy dan perangai macam dia la aku benci umno. jgn buat silly mistake najib.

Anonymous said...

shaziman abu mansor lebih layak. takda kontroversi dan kerja pun ok