Wednesday, March 20, 2013

KUATKAN SEMANGAT UNTUK BACA ARTIKEL INI


Artikel ni admin alih bahasa dr artikel terbitan NST..temuramah dgn anggota VAT69 yg terselamat semasa serangan di Semporna dulu.serius..masa menulis...rasa mual..sakit perut..pilu dan sayu..fans nilaikan sendiri...

2 org anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013

Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah.

beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.

Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya. Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.

mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam

" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”

" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.
Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi.

" Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali.
" Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi dr mereka ketika mereka ditetak," pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak kedengaran.

Tembakan kembali bergema, kali ini dr segenap arah. *Musa, yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2 butir peluru yg memecahkan tingkap. Kurang dr seminit selepas tembakan pertama kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dgn lebih tekanan.

Pengganas2 itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu sebelum itu. Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri

Dari di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya yg gugur dalam rumah yg malap itu. Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: " kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dr ingatan saya, ianya adalah pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”.

" Saya melihat seorg dr saudara saya, yg telah ditembak dan sudah nazak, ketika salah seorg pengganas itu menghentak barongnya ke leher rakan saya itu. Dia kemudian ditembak di mulut ," kata Musa , suaranya bergetar.
Pada saat inilah Inspektor Mohd Hasnal, yg sedang melutut di atas laluan itu selepas tertembak, diserang pangganas dengan barong mereka.

Walaupun dia tidak dapat membalas, Hasnal melindungi tubuhnya dengan lengannya. Pada ketika itu, jari dan lengan bawahnya sudah hampir putus. Penyerangnya jugta sempat menetaknya di kepala dan belakang badan

*Ahmad, dari kedudukannya, melihat keselurah perkara yg berlaku, dan menembak ke arah penyerang Hasnal dengan senjatanya. Jarinya tidak henti menarik picu, kelonsong kososng berhamburan keluar tanpa henti. Dia juga sempat membunuh seorg lagi pengganas. Ahmad menghabiskan satu kelopak peluru ke atas penyerang Hasnal sebelum pengganas itu jatuh ke dalam bot di bawah rumah itu. Polis kemudian menemui tangkal pd pergelangan tangan pengganas itu. Dia dan pengganas2 yg lain tidak memakai sebarang body armour atau perlindungan ballistik.

pd ketika itu, Hasnal bangaun dan mencari perlindungan. Nasibnya baik, dia memilih laluan yg menuju ke rumah dimana Ahmad berada. Melihatnya semakin hampir, Ahmad mengengsot ke laluan sempit itu dan menolak Hasnal ke dalam rumah dimana Musa berada.

Superintendent Ibrahim Lebar, yg telah ditembak beberapa meter dr situ, berada beberapa langkah di belakang Hasnal. Walaubagaimanapun, dia terserempak dengan seorg pengganas yg kebetulan melalui laluan itu. Pengganas itu menembak ke arahnya dan menyerangnya dengan sebilah barong.
Ahmad, yg terdengar tembakan itu dr dalam rumah, menembak ke arah pengganas itu yg sempat melarikan diri. Ibrahim meninggal dunia di laluan itu.

Melihat kekejaman pengganas2 Suluk itu, Ahmad bertekad menyelamatkan jenazah pegawainya itu. Dia mengheret Ibrahim ke dalam rumah.

Malam semakin sepi.

24 jam seterusnya adalah ibarat neraka bagi Musa dan anggota2 lain yg terperangkap di dalam rumah itu. Meski tembakan sudah berhenti, mereka terperangkap dalam kepungan dinding yg menjadi tempat perlindungan mereka itu. Mereka tidak pasti siapa yg boleh mereka percayai.

dengan satu tangan di senjata yg diacu ke arah 4 org suspek tersebut, sambil sebelah lagi cuba menahan darah yg mengalir dr luka Hasnal, mata Musa berlari di sekeliling rumah itu. Dia tidak tahu dari arah mana pengganas akan masuk dan menyerangnya. Mereka boleh masuk dari dapur atau tingkap terbuka yg dihadapnya. Dia berdoa agar pasukan penyelamat akan sampai segera.

"saya terpaksa kencing dalam seluar dan di atas sekeping kain, kerana kalau pengganas2 itu terdengar bunyi air menitik, matilah kami masa tu. Sesekali saya akan kejutkan Hasnal utk pastikan dia masih hidup."

Musa telah menjumpai sebuah bekas yg mengandungi air yg digunakan oleh penghuni rumah itu utk menadah air hujan. Ianaya penuh dgn entah apa sampah dan juga tahi cicak. “Saya minum air tu dan bagi sedikit pd Hasnal. Air tu juga saya gunakan utk membasuh darah di mukanya”.

Katanya, bateri handphonennya dah lama mati dan dia terpaksa membuka bateri telefon Hasnal kerana dia tidak pasti bagaimana nak mematikannya. Dia tidak mahu pengganas2 itu menjejaki mereka. Keempat2 suspek itu sudah diperiksa sebelum serang hendap itu dan telefon bimbit mereka dirampas.

Operasi Penyelamatan

Bunyi laluan berkayu yg berkeriut itu pada pukul 5 pagi mengejutkan Musa yg keletihan.

Ia diikuti bunyi tapak kaki yg berat. Dia mengintai dr celah retakan dan melihat sebilangan anggota komando VAT 69 berpakaian penuh memenuhi tempat itu. Dia menagmbil jaket pantulan cahaya yg telah disembunyikannya dan meletakkannya di tingkap, utk menunjukkan kedudukannya kpd penyelamat2 itu.
Terdahulu, sebelum misis itu, keseluruhan pasukan telah bersetuju dgn isyarat2 tertentu yg akan digunakan bg memastikan komunikasi yg efisien.

Seperti dipersetujui semasa briefing di ibu pejabat, sekiranya ada sesuatu yg tidak kena, Musa akan berbaring dan diam. Ini akan membantu pasukan rakan mengenalinya sebagai anggota mereka.

Para komando itu menyerbu rumah itu dan seperti prosedur, dia memberikan laopran ringkas. Mereka kemudian mengumpul dan mengambil semua senjata yg ada di situ, termasuk miliknya.

" Saya rasa mcm tahanan bila senjata saya dibawa pergi. Kemudian, mereka menjerit “Selamat!” dan berkata mereka akan pulang mendapatkan saya," katanya.

Inspektor Hasnal segera dibawa pergi oleh 2 org komando keluar dr kawasan berbahaya itu. " leganya saya bila Hasnal dibawa keluar dlm keadaan hidup”.

"Dia berjuang utk nyawanya..dan ia tidak sia2."...=WRA=

Kredit to FB The Black Daggers

48 comments:

intan shaheera@ieyra said...

menitis air mata....
sedih sgt bila melihat rakan dizalimi

AURORA AIYAEN said...

sayu dan pilu membacanya . Tak sedar airmata tak henti2 mengalir

AURORA AIYAEN said...

sayu dan pilu membacanya . Tak dapat dibayangkan situasi yang dialami oleh pasukan keselamatan kita . Tak sedar airmata mengalir tak henti-henti . Thank you kerana menjaga tanahair kita Malaysia.

Anonymous said...

Tabik hormat buat wira negara... mereka lah perwira sebenar... jangan ada pihak yang sibuk nak tentu kan jenis syahid mereka... mereka mengorbankan nyawa mereka sendiri utk kesenangan rakyat Malaysia.. semoga Allah berikan balasan kepada pengkhianat negara dan tali barut pengganas Kiram...

Anonymous said...

Salam teruskan perjuangan. Kami sentiasa mendoakan keselamatan anda dan kita semua. Kalau diberi peluang saya sanggup utk bersama-sama perajurit walaupun perjuangan saya kini mendidik anak bangsa kita.

☮ Eyena Ishak ☮ said...

panjang lebar ceritanya...wlu kabur jalan cerita tp...mesej itu sampai...bahawa keganasan tetap terjadi bagaimana org boleh kata sandiwara....berdosalah meeka pada org islam yg x islam yang memperlekehkan pengorbanan mereka ini...al fatihah buat yg terkorban.

Anonymous said...

Masyallah....bergenang air Mata bila membacanye.....betapa seksanye mereka......terlalu tinggi pengorbanan yg mereka berikan....mudah2an roh mereka Di tempatkan dikalangn mereka yg beriman.....terimakasih wahai pewira negara..krn menjaga tanah air kita

Anonymous said...

Bergenang air Mata di kelopak,takala membacanye....cukup tersiksa mereka....semoga roh mereka yg terkorban Di tmptkan di kalangan org beriman...terimakasih pewira negara krn menjaga tanah air ini.....terima kasih...terimakasih...terimakasih

Anonymous said...

maaf bertanya kepada admin... mengapa kenyataan atau cerita ini berbeza dengan keadaan video sebenar yg diposkn oleh pengganas kiram di youtube??

Anonymous said...

terima kasih kerana berjuang hingga ke titisan darah. Hanya Allah yg akan dpt membalas jasa anda semua dan wira-wira yg telah terkorban keranan ingin melindungi negara. kami di semenanjung sentiasa berdoa kepada Allah agar melindungi wira-wira agar dilindungi dr pengganas bersifat syaitan.

Anonymous said...

Semoga setiap titisan darah dan keringat pejuang kita terus menjadi penguat semangat kita rakyat MALAYSIA utk terus bersatu dan bekerjasama membela negara tercinta..

Anonymous said...

Tabiiiikkkkkkk wahai perwira2 Malaysia..Tergenang airmata sebentar membaca artikel ni..xdpt menahan kesedihan bila teringat bagaimana anggota Polis kita d bunuh dan d siksa..Ya Tuhanku, ampuni la dosa2 pembunuh2 ini..

Anonymous said...

tersedar bertapa besarnya perngorbanan anggota2 polis dalam mempertahankan kedaulatan negara dari dijajah oleh penganas2 ini..semangat yang ada pada anggota2 pasukan polis hutan ini memang saya sanjung tinggi..kebetulan arwah bapa saya bernombor 53925 juga adalah seorang anggota polis hutan dari kem ulu kinta, ipoh perak yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari raya ke 2 yg lepas...Al Fatihah buat semua wira2 negara yang telah terkorban dalam perjuangan ini...Jasa mu semua tetap akan kami kenang..

Anonymous said...

Al Fatihah wat wira2 yg terkorban...mmg xtrbalas jasa mu...wat wira2 yg masih berjuang JAGALAH DIRI dan igt Allah S.W.T...

Perjuangan yg ikhlas demi agama, bangsa dan negara insyaAllah di berkati...

Kpd anak isteri dan keluarga pejuang , bersabar dan berdoala krn doa merupakan senjata paling utuh wat kite umat Islam..

kpd rakyat Sabah khususnya di LD dan kwsn yg trbabit , bersabarla, kesusahan dan keperitan anda wlpon kami xsemua dpt menolong tapi hny doa dpt kami panjatkan semoga saudara2 di Sabah khususnya di kwsn yg trbabit selamat...

kpd pihak kjaan, buatla apasaja asalkan keamanan dan kestabilan negara dapat di pulihkn kembali....lebeh baik di bina saja 'army base camp' di kwsn terbabit...sesunggguhnya stlh lama kite hidup dlm keamanan, kejadian ini mmberi hikmah utk mnyedarkn rakyat betapa sistem keselamatan ngr amat penting utk di pertingkatkn demi kedaulatan ngr...

DAN KPD PIHAK YG SEBOK MMPRTIKAIKN DAN MMPERSENDAKAN SERANGAN PENGGANAS SULU INI...IGTLA...KEMAROK CAMANA PON THDP POLITIK, NYAWA RAKYAT TERUTAMA ANGGOTA KESELAMATAN BUKAN TARUHAN...

SGL CACIAN, PENGHINAAN SERTA TOHMAHAN LIAR YG DI LEMPARKAN PADA KJAAN MAUPON ANGGOTA KESELAMATAN, RAKYAT MELIHAT DAN ADA YG MENITIS AIRMATA KRN MELIHAT BETAPA KRN POLITIK DAN GILA 'KUASA' LAHIRNYA SIKAP 'HAIWAN' DI HATI PIHAK YG XBERTANGGUNG JWB ITU..

ikhlas dari sy

Anak Polis...

Iela Zahra said...

Ya Allah sedihnya...begitu zalim penganas....aku doakan mereka akn dpt blsan yg setimpal ats perbuatan zalim mereka...dan perwira kita selamat

Anonymous said...

kami dah baca artikal ni dari mula sabah diceroboh.dgr desas desus kat kopi shop dimana2 tersebar maklumat mengenai ada nelayan terserempak ngan bot yg dipenuhi org 2 curiga berpakaian ala askar melintas bot nelayan. nelayan tu pulak begegas balik mengadu pada pegawai yg bertugas di situ.pegawai tu tak percaya cam mana org tu boleh masuk perairan sabah.selang seminggu baru pegawai lain cuba buat periksa betul atau tidak sekali buat periksa dikawasan tu (ladang sawit) dah byk org tu berkumpul.dah terlambat pegawai tu telah diserang hendap. tak tau kes ni benar atau tak .ia dtg dari org sabah juga.harap org kita bejuang habis menghapus penganas yg tertinggal .Alfatihah buat yg terkorban.

Anonymous said...

alfatihah pada yg dah pergi,,,,

Anonymous said...

Jahanam ko pangganas kiram ...semoga pasukan keselamatan d lindungi Allah swt ..gayang dn musnahkn mereka semua tmasuk talibarut pangganas kiram

Anonymous said...

Salute u sir..

Anonymous said...

ini angkara tali barut..habis pasukan keselamatan kita...paling sedih tali barut itu berada dikalangan mereka sendiri....al fatihah...

Wana said...

Sedihnya polis Kita Diperlakukan Sedemikian ..mmg lanun Sulu benar2 tidak Berhati Perut,terlalu Tinggi nilai pengorbanan Anggota keselamatan kita..semoga Roh mereka aman disana..kami Akan Sentiasa Mendoakan Keselamatan kalian..Tabik kepada perwira negara..

Wana said...

Sedihnya polis Kita Diperlakukan Sedemikian ..mmg lanun Sulu benar2 tidak Berhati Perut,terlalu Tinggi nilai pengorbanan Anggota keselamatan kita..semoga Roh mereka aman disana..kami Akan Sentiasa Mendoakan Keselamatan kalian..Tabik kepada perwira negara..

MIA said...

Sedih Dan pilu membAca pengalaman beliau....tidak dapat di bayangkan bagai mana seksanya melihat saudara sendiri dizalimi oleh puak yang tidak berperi kemanusiaan ini...semoga beliau tabah...and buat wira Kita yang gugur...jasa Dan juga pengorbanan kalian Akan terpahat dalam sejarah Malaysia ....semoga roh mereka dicucuri rahmat. Dan ditempatkan di kalangan yang Beriman...... (TERIMA KASIH WAHAI WIRA NEGARA )

Welcome to My World said...

sedih sungguh cite diats.... aku nk bgtau org suluk ni mmg jahat t'utama yg dok kg.terapung.. aku penah buat p'usahaan rumpai laut pd 2008 d semporna tp lps 6bln dorang rampas tempt aku mcm tu je... aku dtg dia hunus dgn parang n claim aku curik hasil bumi dia... mmg celake!

Anonymous said...

Itulah sebabnya Rakyat Sabah sejak dahulu lagi tidak senang dengan kerajaan yang memberi perlindungan kepada pendatang dari kepulauan sulu ini. Rakyat Sabah sudah tahu perangai mereka walaupun mereka ini Islam. Tapi rakyat Sabah tidak boleh berbuat apa-apa jika itu sudah kehendak kerajaan.

Mereka ini bebas melepak di shopping mall, di kaki lima kedai2 untuk menjual rokok haram. Tanpa ada operasi untuk menangkap mereka dan memaksa mereka kembali ke negara mereka.

Anonymous said...

apasal takde link fb twitter blog ko ni nk share susah

Anonymous said...

Al-Fatihah, tabik hormat pada semua wira negara yang berkorban demi mempertahankan tanah air kita yang tercinta ini...Salute

Anonymous said...

terima kasih kepada pasukan keselamatan Malaysia..terima kasih tak terhingga...yang pergi saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 soleh..yang masih berjuang teruskan besabar n besemangat...tak dapat bayangkan kehidupan anda suma sepanjang operasi ini..tentu tak cukup tidur kerana langsung tak boleh leka malah tidur pun pasti tak lena...tak dapat saya bayangkan mereka yg terselamat terpaksa menunngu bantuan berjam2 dgn perut yg lapar dan langsung tak boleh leka walau sesaat,terpaksa tahan kesakitan bg yg cedera...terima kasih terima kasih terima kasih...itu sahaja saya mampu ucapkan...moga Allah sahaja balas jasa kalian semua

Dorris Julius said...

Kencing dlm seluar dgn sekeping kain...air tadahan hujan dgn segala sampah dan taik cicak
Terpaksa minum juga.....oh Tuhan begitu besarnya jasa para anggota keselamatan kita demi menjaga keamanan dan keselamatan negara..... Jasa anda akan di kenang selama2nya ...takziah kepada yang meninggal.....

Anonymous said...

YA ALLAH hanya Kau saja yg dpt membalas jasa dan pengorbanan mereka......jasa mereka x dpt dnilai dgn semua yg ada d dunia ini.....kpd semua anggota ....kematian semua anggota harus di balas...kerana mereka sgt KEJAMMMMMM

Anonymous said...

Aku tak punya apa apa utk berikan pada kamu semua, kalau aku punya harta menimbun pasti semua kepunyaan anda semua, tapi aku ada sekeping hati yg sangat menghargai anda semua dan aku punya pahala yg aku psti aku sedekahkan pada kamu semua, kamu lah wira negara...gugur kamu ada syahid...dan semangat mu berkobar di jiwa nusa!

Anonymous said...

teringat cerita bukit kepung....semoga Allah mencucuri rahmat keatas pewira2 kita yg terkorban. Amin ya Allah...

Harimau Kumbang said...

Tiada kata yang mampu mengungkap perasaan ketika membaca pengalaman perit para pejuang negara yang terpaksa melihat rakan seperjuangan di zalimi..
Kepada pengkhianat negara yang nak sangat "menjual" negara ini...moga menerima balasan yang setimpal dengan dosa khianat yang di lakukan.

Anonymous said...

Sedih dan sayu.saya bangga dengan perajurit malaysia.teruskan perjuangan anda mempertahan agama,bangsa dan negara

Anonymous said...

kejammm nyaa xdakk ya..maka islamm..cakenn sulukk..

Anonymous said...

Sekurangnya mereka sebagai manusia biasa dh buat sesuatu untuk negara Malaysia..aku sebagai manusia biasa yg sama mcm diorg tak pernah sumbangkan apa-apa lagi untuk negara ni..aku tabik pd mereka yg sanggup gadaikan nyawa demi menjaga kedaulatan negara & melindungi rakyat negara ni..takziah pada keluarga mereka & aku tabik pd yg terselamat..aku doakan hidup mereka di rahmati & dilindungi selalu..

Anonymous said...

setinggi2 hormat dan sanjungan kepda wira2 negara kita ini..memang bukan senang utk kita semua mnjdi seperti mereka..terlalu kejam mereka ini..oleh yg demikian sudah tiba masanya kerajaan kita perlu berubah kepada negara TEGAS!xde lg beri muka dan ruang utk pendatang asing xkira drimana dtgnya mereka ini,jgn gunakan lgi istilah saudara sesama islam..pendtg asing ini xubah seperti anjing..bila ditolong sudah pastinya kita digigitnya semula..kerana jumlah mereka skg ni melebihi jumlah pasukan keselamatan kita..aku doakan pasukan keselamatan kita dapt hapuskan tentra SETAN KIRAM JAHANAM tu..

Anonymous said...

sayu...jasa perwira negara akan tetap dikenang.Betapa azab yang terpaksa ditanggung ketika itu..yang telah pergi terus diseksa oleh pengganas Sulu walaupun mereka sudah tiada lagi...Laknatlah kau wahai Sulu yang tidak berperikemanusiaan !! Semoga mendapat balasan dari Tuhan. Kepada perwiraku..semoga kamu tenang disana. Amin...

Anonymous said...

betul-betul menyentuh hati...

Anonymous said...

perjuanganmu tidak sia2, pemergian mu di kenang samapi bila2, jangan bermuram durjah, penceroboh itu segera di lapah2....

Anonymous said...

Salute...Salute...Salute...

Hanya ALLAH SWT sahaja yang akan melindungi kamu PERWIRA NEGARA!!!

Al-Fatihah

Anonymous said...

Sedih dan pilu membaca artikel ini...sungguh menyayat hati dengan situasi yg di alami oleh pasukan keselamatan negara kita....semoga anggota yg tercedera parah cepat sembuh...dan diberi kesihatan yg luar biasa..Aamiin...terima kasih kpd anggota keselamatan kita..takziah kpd yg terkorban...tuhan saja yg dpt membalas jasa anggota kslmatan kita...saya sayang anggota kslamatan....i love u all...

Anonymous said...

Jahanam punya manusia moga Allah beri Alaskan pd mrk mcm bintang sial punya pengganas sedihnya ya allah.. berikan kekuatan pd pewira kami amin

Sal's blog stories said...

Al Fatihah.... dari ceriter lbh kurang mcm kisah bukit kepung... sesapa yg mempertikaikan pergorbanan wira2 negara... hantar jer mereka kat sana... soh mereka g lwn org jahat tu...sedih sgt2...

Anonymous said...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anggota dan pegawai polis yang terkorban,jasa dan pengorbanan kalian hanya allah yang akan membalasnya.

Anonymous said...

Menitis air mata....pengorbanan yg tdk mgkin mampu dibayar dgn apa skalipun. semoga mereka yg terkorban aman dipersemadian. pengorbanan dan perjuangan wira2 negara akan terpahat kukuh dlm doa dan ingatan rakyat Malaysia.

Hana Aida said...

Ya Allah menangis membaca artikel ni,,xterbalasnye pergorbanan dieorg ngan negara ni..kejam rakyat suluk ni..mmg patut darah dbayar darah..dr aper yg sy baca seksanye anggota kt dperlakukan begitu,.Ya Allah tempatkan lah mereka dsyurga mu..

Anonymous said...

sedihnya membaca artikel ini...sesungguhnya pergorbanan wira2 Lahad Datu ini tiada tandingannya.Pengalaman ngeri buat anggota keselamatan yang terselamat akan menjadi memori tragis seumur hidup. Al-Fatihah buat yang terkorban...