Friday, March 29, 2013

Lebih 4,000 Rakyat Filipina Tinggalkan Sabah



KUALA LUMPUR, 29 Mac — Sejumlah 4,771 rakyat Filipina telah meninggalkan Sabah semenjak pihak berkuasa Malaysia mula mengambil tindakan tegas terhadap puak militan Sulu dan simpatisan mereka awal bulan ini, kata majlis risiko bencana Filipina hari ini.

Majlis Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan dan Pengurusan Filipina (NDRRMC) dipetik berkata oleh portal berita FilipinaInterAksyon hari ini sebagai berkata 944 keluarga meninggalkan Sabah untuk ke wilayah Basulta (Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi) di selatan Filipina sehingga semalam termasuk 2,861 orang dewasa dan 1,860 kanak-kanak.

“Angka rakyat Filipina meninggalkan Sabah dijangka akan terus bertambah kerana krisis kekal belum selesai dan di tengah-tengah tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap kedua-dua pendatang asing tanpa izin dan mereka yang disyaki menyokong kesultanan,” lapor InterAksyon hari ini.

Media Filipina telah melaporkan dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat Filipina di Sabah, termasuk pembunuhan oleh pasukan keselamatan Malaysia dikala mereka terus memburu saki-baki pengikut bersenjata “putera mahkota” Sulu Agbimuddin Kiram.

Akan tetapi masih belum ada bukti pencabulan dikeluarkan dan Putrajaya telah mengatakan dakwaan tersebut sebagai satu “penipuan”.

InterAksyon melaporkan hari ini sejumlah P10.39 juta (RM787,205) barangan makanan dan bukan makanan telah disediakan untuk rakyat Filipina yang dipindahkan, serta peruntukan P13.403 juta (RM1,015,676) untuk operasi kemanusiaan lain.

Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipina juga dilaporkan merancang untuk menubuhkan sebuah pusat pemprosesan 24/7 di Tawi-Tawi untuk menyediakan rakyat Filipina yang dipindahkan dengan campur tangan psikososial, dokumen undang-undang, latihan kemahiran dan bantuan kehidupan.

Senat Filipina telah menuntut pemerintah mereka meminta Malaysia bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia yang mungkin berlaku terhadap 800,000 masyarakat pendatang di Sabah, di tangan pihak berkuasa tempatan dalam pencarian terhadap kumpulan militan Sulu yang menuntut pemilikan terhadap negeri Borneo utara itu.

Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin (gambar) mengatakan pada Selasa lalu tindakan keras terhadap militan Sulu di Sabah telah berlarutan menjadi konflik berintensiti rendah atau low intensity conflict ibarat memburu ikan di dalam air.

Laman sesawang akhbar Filipina Manila Standard Today (MST) memetik Gazmin sebagai berkata 12 batalion tentera dan polis, atau lebih 7,000 orang sedang mencari “pewaris” Sulu Agbimuddin Kiram dan saki-baki kumpulan bersenjatanya.

Pihak berkuasa Malaysia mengatakan Agbimuddin telah meninggalkan Sabah akan tetapi rakan mereka di Filipina mengatakan mereka masih belum dapat menemuinya di republik itu.

Agbimuddin mengetuai 235 militan bersenjata ke Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari untuk mengemukakan tuntutan terhadap negeri utara Borneo itu.

Sehingga Jumaat lalu, pencerobohan telah menyebabkan kematian 63 orang militan bersenjata Sulu, menurut angka daripada pasukan keselamatan Malaysia, ia juga menyebabkan kematian lapan orang anggota polis dan dua orang tentera.

Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 5 Mac untuk menghapuskan pemberontak bersenjata Filipina selepas rundingan gagal membuahkan hasil.

Manila telah berkata mereka tidak akan menggugurkan tuntutan kesultanan tersebut terhadap Sabah, walaupun pihak berkuasa Malaysia menegaskan tuntutan itu tidak lagi sah kerana negeri tersebut telah bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963.

9 comments:

Anonymous said...

kalau dah menceroboh negara orang tu terimalah padah sendiri.yang balik tu mukin pendatang haram.aku sokong apa yang kerajaan malaysia buat.malaysia negara berdaulat.ada undang undang,

Anonymous said...

PADAN MUKA..DH ELOK2 DOK SINI,NAIK KEPALA..INGAT NI NEGARA BAPAK DIORANG..TAK BERSYUKUR LAGI,NI LA BALASANNYA..SEKARANG KAU JAGA LA SENDIRI RAKYAT KAU WAHAI KERAJAAN FILIPINA..PENDATANG FILIPINA YG LARI BALIK TU PUN AKAN CARI KIRAM..KASI BUNUH KIRAM SBB KIRAMLAH DIORANG JADI CAMTU..MAMPOS LA KAU TIRAM !!!

usin said...

tak kiralah filipina nk protes ke, nk tuntut sabah ke, malaysia wajar buat apa yg sepatutnya untuk menjaga kedaulatan setiap inci tanah negara ini. kalau perlu dibunuh, bunuh sahaja anasir yg mencuba ganggu gugat kedaulatan malaysia. utk makluman, semua negara di dunia akan ambil langkah yg sama jika kedaulatan negara diceroboh. tak percaya tanya ban ki moon...

shaifuddin said...

lebih 4000 pti balik ke filipina, 6000 kembali ke sabah dgn senjata

shaifuddin said...

lebih 4000 pti tingalkan sabah, lebih 8000 kembali semula ke sabah dengan senjata

Anonymous said...

nak mati katak datang la bawa senjata mu tu...kat laut tentera laut polis merin, Maritim ada menunggu kau lanun2 sulu...

Dye'C said...

Lain kali klu mo datang bperang di negara orang, bawa la satu juta batalion tentera..ni bawa sejemput ja orang apa kes? memang bodoh betul kiram tua tu..dah mati ka belum?

Dye'C said...

Kalau dah balik harap jangan datang lagi sampai hampir zaman..buat semak ja!

Anonymous said...

lantak pi la kat philipine depa nak protes ka apa ka...biar dia susah pulak jaga rakyat dia yang dah lama dok senang di malaysia...nak ceroboh negara orang tunjul blagak pulak..serupa haramjadah..