Monday, March 18, 2013

NASIHAT KEPADA BEKAS PEGAWAI TENTERA



KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin tentera perlu menyimpan rahsia negara walaupun tidak lagi berada dalam perkhidmatan, menurut dua persatuan bekas tentera pada Ahad.

Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) dan Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor hari ini kesal dengan tindakan beberapa bekas pegawai tertinggi tentera yang mengkritik kerajaan serta pasukan tentera secara terbuka baru-baru ini.

Presiden Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor, Mohd Shahni Ismail berkata selepas bersara, bekas tentera seharusnya sentiasa mendukung kedaulatan negara seperti mana ketika masih dalam perkhidmatan.

"Apa yang kita tengok mereka (bekas jeneral) ini membelakangkan kerajaan, sedangkan semasa berkhidmat mereka telah melafazkan sumpah taat setia dalam menyimpan rahsia negara yang mana tidak boleh dibocorkan sehingga hujung nyawa sekali pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama persatuan itu, di sini, Ahad.

Beliau berkata sepatutnya bekas-bekas jeneral ini membantu negara dalam memberi nasihat dan pandangan bagaimana hendak mengatasi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah daripada menpersoalkan tindakan kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Presiden PVTM Mohd Ali Baharom berharap kerajaan tidak bertolak ansur danmengambil tindakan guaman terhadap mereka yang didapati cuba mengkucar-kacirkan negara. -BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

ape ade hal?demi kelangsungan politik..ingin tercalon sbgai wakil utk pilihanraya,abg nuar nengok dia kata boleh dipergunakan..elok la mangsa menyerah sendiri..jd balaci la lpas nie

jasmine aiman said...

Human change,,,people change,,,zmn berubah,,,org cmni mmg x pk pjg,,,huh

jasmine aiman said...

Selfishhhhhhh!!!!!!!!!!!!

intan shaheera@ieyra said...

aku syor kan agar duit pencen kerajaan yang dia dapat tu serahkan kat badan kebajikan.....biar xmerasa beliau2 tu

Anonymous said...

dorang ni xsedar sedang diperalat dan dlm masa yg sama melepaskan protes kepada kerajaan yg mana xboleh diluah ketika dlm perkhidmatan ... klu diamati ucapannya bukan ada isi pun .. nak duduk dlm platform kerajaan mungkin xada ruang .. baru nak berjinak dalam politik .. mana tau ada parti yang terdesak nak cari calon .. dpt jadi YB ..hehe