Sunday, March 31, 2013

Saya Hampir Disembelih


Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

“Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup,” kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.

“Kononnya kerana laporan sayalah, mereka (pengganas) dijejak dan diserang pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan 2 Mac di Kampung Simunul, Semporna hingga menyebabkan beberapa pengikutnya mati dan ditangkap,” katanya.

Menurut Ajmain, ketika itu Jeneral Musa diiringi kira-kira 50 pengikutnya yang mengarahkan dia dan penduduk lain berkumpul di satu tempat.

“Ketika itu kira-kira jam 9 pagi, saya berasa sangat takut,” katanya.

Ajmain berkata, selain diacu parang, dia juga ditempeleng beberapa kali oleh Jeneral Musa.

“Saya hanya mampu berdoa, tiba-tiba ada seorang dari mereka menghalang Jeneral Musa dari membunuh saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengganas Kiram turut membuat dua sekatan bagi menghalang penduduk Kampung Tanjung Batu keluar dari kawasan terbabit.

“Kami berjaya melepaskan diri apabila pengganas benarkan kami keluar. Ada juga berjaya keluar apabila pengganas beri wang untuk membeli barang-barang makanan,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

mcm pgganas yg myamar org awam shj ni.
tgo potongan rambut dia. dan tgok pula potongan rambut pengganas2 yg lain. lebih kurang sama patern shj kan.
tgok potongan rambut dan panjangnya pgganas dlm gambar ni http://mynewshub.my/2013/03/16/eksklusif-gambar-bot-pengganas-yang-musnah-dan-peringkat-awal-pengganas-di-lahad-datu/
dan gambar ni (rambut myt baju oren tu)http://m.ak.fbcdn.net/photos-e.ak/hphotos-ak-snc6/166758_10151499181831940_795312352_n.jpg
ada tak phk kslmtn yg pernah check tubuh dia dibalik pakaiannya, mungkin ada tatu kalimat2 tertentu atau tangkal. cuba pergi check!!

tolong check juga orang awam berbaju oren ni yg mndakwa dia juga ditahan pgganas kmdian dilepaskn http://www.sinarharian.com.my/nasional/penduduk-kg-tg-batu-lahad-datu-cemas-ditahan-7-lelaki-bersenjata-1.137543

-penjejak badai

Anonymous said...

tgok jg patern potongan rambut menteri pertahanan pngganas dan pngganas lain yg ditahan hidup2 spt,

http://4.bp.blogspot.com/-hbG2pWKaTwQ/UU6VpMVVmQI/AAAAAAAAI0M/S8Hm7vZ0nAg/s1600/549851_550529601647647_272074045_n.jpg

dan

http://3.bp.blogspot.com/-5pmEpbYYYwU/UTb2836tpqI/AAAAAAAAIj4/lH4flZnJclA/s1600/541427_568254303194023_1021221832_n.jpg

-penjejak badai

Anonymous said...

ini mesti talibarut yg takut ditangkap ni,alasan dia saja pun x logik..
saya x percaya org ni,mereka sangat bijak berlakon dan berpura pura