Saturday, March 2, 2013

TERKINI- KRISIS LAHAD DATU

MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban telah ditunda atas sebab masalah teknikal. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:

Tarikh: 02 Mac 2013
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

3 comments:

Ahmad Albab said...

Apabila satu-satu kumpulan memasuki negara bersenjata terutama senjata berat mereka tidak datang untuk berunding. Mereka datang untuk berperang. Dalam keadaan genting seperti ini kenapa pihak kerajaan tidak memanggil veteran-veteran perang yang ada untuk memberi nasihat? Kita masih ada Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan veteran-veteran yang pernah terlibat dengan penghapusan komunis.

Kenapa mesti menghantar pasukan baru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan krisis ini?

Hishamuddin harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera jika sayangkan negara dan parti. Banyak kerosakan dilakukan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lima tahun yang lepas.

Beliau cuba menjadi hero dalam krisis ini tetapi sebenarnya gagal. Jika Xenophon yang tidak bersenjata dianggap bahaya boleh dihalau keluar dari Malaysia dan kenapa harus dibezakan dengan beratus-ratus orang dengan senjata berat yang boleh dibiarkan bertapak di Lahad Datu? Kementerian Dalam Negeri cuai menangani krisis ini dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban.

Kenapa beratus-ratus orang bersenjata berat boleh melepasi sempadan negara? Di mana pasukan keselamatan berada ketika mereka menyusup masuk? Kenapa tidak digunakan kereta kebal atau kereta perisai untuk memasuki kawasan musuh? Kerajaan perlu mengambil tindakan bijak di dalam hal ini bukannya menyalahkan pembangkang.

Kesilapan membuat keputusan oleh Menteri memalukan negara. Terdapat banyak lagi soalan-soalan sensitif yang boleh saya kemukakan namun ianya boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan akan dijadikan modal oleh pembangkang.

Jadi, kepada Hishamuddin tolonglah jadi seorang lelaki buat pertama kalinya dengan meletakkan jawatan dengan segera. Anda adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Inilah masanya jika anda ingin menjadi hero.

Anonymous said...

En Ahmad Albab. u tak tahu apa-apa suka2 nak comment mcm bagus sangat.

Pihak kerajaan tak pernah menunduh mana2 pihak atas kejadian ni.tapi u fikir lah sendiri jangan nak cari sslah orang.

Anonymous said...

Teringat peristiwa Al Maunah di mana Jeneral Zaini dilaporkan menaiki kereta perisai untuk mengadakan rundingan dengan Ketua Al Maunah di Sauk, Perak...katanya mereka bergelut dan akhirnay Amin tertumpas tanpa pertumpahan darah dan kemudian pengikut-pengikut Al Maunah yang lain terus menyerah diri...

Tapi bila krisis Lahad Datu, polis dan tentera membuat kepungan tanpa senjata berat ke???