Sunday, April 7, 2013

8 CEDERA DALAM TEMBAKAN RAMBANG DI JOHOR



JOHOR BAHARU, 6 April (Bernama) -- Lapan orang yang sedang menikmati

makanan di sebuah restoran di Jalan Dedap, Johor Jaya, di sini cedera setelah

terkena tembakan rambang yang dilepaskan tiga lelaki bertopeng dalam kejadian

hari ini.

Ketika kejadian 1.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang duduk di sebuah meja

bulat mencuba resipi baharu yang diperkenalkan pemilik restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainudin berkata secara

tiba-tiba tiga lelaki bertopeng melepaskan tembakan daripada kereta yang mereka

naiki.

"Kejadian berlaku sangat pantas dan suspek berjaya melarikan diri sejurus

selepas melepaskan tembakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan itu, katanya satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat

kejadian tersebut dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata kesemua mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital

Sultan Ismail di sini.

-- BERNAMA

3 comments:

Kump. Pemuda, Puteri UMNO BERSARA Dari UMNO said...


Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...

BUKTI 1
BUKTI 2
BUKTI 3
BUKTI 4

Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6

Anonymous said...

jangan haraplah aku nak undi orang yang memimpin pakatan yang mengangguk2 kepala pada mayat kafir teo beng hock dan membenarkan kalimah Allah di syirikkan. aku bukan jahil agama dan akan terus menjaga aqidahku ... jangan percayakan perosak aqidah.

Anonymous said...

jangan haraplah aku nak undi orang yang memimpin pakatan yang mengangguk2 kepala pada mayat kafir teo beng hock dan membenarkan kalimah Allah di syirikkan. aku bukan jahil agama dan akan terus menjaga aqidahku ... jangan percayakan perosak aqidah.