Thursday, April 4, 2013

KEBACULAN PR YANG BEGITU JELAS



Tatkala menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen, Pakatan Rakyatlah yang kononnya paling tidak sabar.   Berbagai-bagai spekulasi dimainkan berkenaan kenapa parlimen belum dibubar sedangkan pada penggal-penggal sebelum ini mereka juga yang marah-marah jika Perdana Menteri bertindak mempercepatkan pilihanraya.

PR menuduh Perdana Menteri sebagai takut, tidak bersedia, malah ada juga yang berimaginasi yang Perdana Menteri sengaja melambatkan pembubaran kerana ingin mencetuskan huru-hara?  Sekali dengar, tampak seolah-olah PR benar-benar sudah gila kerana terlalu sangat gilakan kuasa.  

Di masa yang sama, PR tidak pula bertindak membubarkan terlebih dahulu DUN di negeri-negeri yang diperintah mereka.  Dalam mereka gah bercakap tentang keyakinan mereka untuk menang dan bakal menawan lebih banyak negeri, mereka terus menunggu agar parlimen dibubar dahulu.

Akhirnya, apa yang ditunggu-tunggu sangat oleh PR pun berlaku pada petang tadi.

Sangka kita PR akan menerimanya sebagai ‘berita yang telah dijangka’, tetapi sebaliknya, PR menuduh pula pembubaran itu berlaku kerana hanya kerana PM menerima tekanan serta desakan dari berbagai pihak.  Hanya setelah pengumuman pembubaran dari PM, barulah PR turut mengumumkan pembubaran serentak DUN di negeri-negeri jajahan mereka.

Dengan itu, kita tidak faham bilakah agaknya tarikh yang tepat di mata PR untuk PM mengumumkan pembubaran.  Apa yang kita lihat ialah, jika awal pun salah, lambat pun salah.

Inilah yang berlaku apabila PR benar-benar ketandusan modal di saat-saat akhir.  Segala peluru, bom, termasuk bom jangka yang dipasang mereka telah pun meletup tanpa memusnahkan apa-apa.  Sehinggakan akhirnya, bila perang benar-benar akan bermula, mereka terpaksa berlawan tanpa senjata tetapi sekadar berpencak silat sumbang sambil mulut menyumpah-nyumpah rambang.

Isu kalimah Allah yang diharapkan menjadi peluru bagi menjauhkan pengundi bukan Islam dari BN ternyata memakan diri.  Isu Lahad Datu yang dijangka menjadi bom nuklear menghapuskan terus BN, telah sebaliknya menjadi pembakar semangat perpaduan, sekali gus menjana kekuatan BN.  Isu Altantuya, scorpene, SPR dan sebagainya pula telah pun selesai dengan keputusan PR kalah teruk.

Hakikatnya, PR tersalah jangka tarikh pilihanraya.   Mereka telah berkempen begitu lama selama setiap hari, setiap minit dan saat, selama empat tahun tanpa henti.  Menabur fitnah dan memainkan isu yang lemah sebegitu lama pastinya meletihkan.  Ini kerana cerita-cerita yang dimainkan perlahan-lahan berubah, ditokok tambah atau dikurangkan disana sini dalam usaha memastikan ia terus relevan.  Oleh kerana cerita tersebut berdasarkan fiksyen dan bukannya kebenaran, maka versi asal tidak lagi boleh disemak dan dipastikan.

Akhirnya strategi mengelirukan rakyat untuk meraih sokongan ini ternyata menyebabkan PR sendiri menjadi keliru lalu buntu.

Justeru, yang baculnya, yang penakutnya dan yang terdesak dan tertekannya bukanlah BN, tetapi PR sendiri.  Kerana itu mereka tidak berani membubarkan DUN negeri mereka terlebih dahulu.

Kita tahu bahawa PR masih belum mampu menyelesaikan isu calon dan kerusi.  Di sana sini kedengaran ketidakpuasan hati berkenaan sifat Anwar Ibrahim yang kuku besi, sikap Lim Guan Eng yang angkuh dan sikap Hadi Awang dan Nik Aziz yang bodoh.

Suara PAS tidak dihormati di Pulau Pinang dan Selangor.  Suara DAP tidak dihormati di Kedah.  PAS Kelantan pula sanggup mendengar suara DAP Perak sehingga ke tahap menghadiahkan tanah.   Di celah-celah itu pula, balak di Kedah sudah hampir selesai, air di Selangor sudah hampir habis, tanah Kelantan sudah banyak tergadai, yang tidak selesai tidak habis dan tidak tergadai ialah DAP Pulau Pinang yang sibuk melaksanakan projek-projek mega yang tidak perlu, dan dengan cara yang tidak telus.  

Jelaslah, PR berada dalam keadaan kecut perut untuk menghadapi pilihanraya.  Taktik pecah dan perintah dengan menghasut semangat perkauman, hanya menyebabkan bangkitnya semangat untuk bersatu yang lebih kuat di kalangan rakyat apabila BN bertindak menggiatkan penjelasan dan seruan ke arah perpaduan.

Nampaknya, malang sekali bagi PR kerana di saat gendang perang dipalu, parti mereka hanya mampu memainkan isu ‘tarikh pembubaran parlimen’ sahaja sebagai peluru!

1 comment:

Anak Lenggong said...

Wahai kaum sebangsa dan seagama ku ..buka lah minda dan gunakan akal pemikiran..cuba kaji balik:-

1. Pernahkah dulu orang kapir, memasuki dewan solat orang islam untuk berceramah maki hamun seudara seislam kalian.
2. Pernahkah dulu kaum kapir mempermainkan ayat suci alquran, didepan orang islam sendiri.
3. Kenapa rakan lama nuar lari meninggalkan beliau, dan mereka ni secara total mendedahkan nkeburukan nuar tanpa diambil sebarang tindakan oleh nuar sedangkan beliau adalah pakar dalam hal saman menyaman...jawapnnya dia takut lagi banyak pendedahan yang bakal diperdegarkan di mahkamah..
4. Kenapa nuar brahi asyik menangguhkan kes perbicaraan saman beliau secara logiknya seharusnya orang yang minta penangguhan adalah orang yang disaman bukannya orang yang menyaman.
5. Kenapa semua peguam beragama islam yang menjadi pembela nuar brahi sewaktu kes liwat kali pertama dulu tidak mau menjadi peguam membelanya bagi kes liwat kali kedua sekiranya perkara ini tidak berlaku.
6. Semua kes salah laku beliau dikatakan hasil kospirasi UMNO, sekiranya benar kenapa beliau membiarkan diri nya dipergunakan oleh UMNO.sekiranya benar ini mainan UMNO kenapa tiada video sex yang melibatkan nike ajis, kit siang, guan eng ataupun OKU karpal singh sedangkan mereka ini pun musuh UMNO.
7. bagi kedua kes liwatnuar brahi hakim menyatakan bahawa kliwat memang berlaku tetapi dia tak dipersalahkan disebabkan taknikal error...siapa yang kali pertama yang membawa kes liwat ni dengan menggelarkan nuar sebagai ANUAR ALJABURI dan siapakah yang membawa usul supaya kes liwat nuar dibincangkan didalam parlimen.

OLEHITU WAHAI KAUM SEBANGSA DAN SEAGAMA KU...GUNAKAN AKAL PEMIKIRAN UNTUK MENENTUKAN PEMERINTAH ..JANGAN TERSILAP PILIH DENGAN MEMBAWA REBAH DAN JANGAN JADI SIKITOL YANG MENYEBABKAN KITA DIHINA SERTA DIPERSALAHKAN OLEH ANAK CUCU KITA DIKEMUDIAN HARI.