Tuesday, April 9, 2013

KENAPA PENGGANAS SULU DITANAM DI PITAS??


Tindakan pihak berwajib menguburkan sebahagian daripada bangkai Pengganas Sulu yang terkorban di Lahad Datu di kawasan perkuburan di Kg.Bawang, Pitas menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat Pitas.

Salah seorang yang menyatakan rasa terkejut ialah Paluyan Marutin, seorang pemimpin kaum Kimaragang dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri semasa era PBS dan awal pemerintahan BN di N.3 Pitas.
Sebagai seorang yang mengetahui tentang adat budaya kaum peribumi di Sabah, Paluyan menimbulkan beberapa persoalan ekoran tindakan ini. Perkara utama ialah, apakah asas utama dari segi perundangan, eksekutif mahupun adat budaya yang membolehkan pengganas tersebut dikuburkan di Pitas?

Kita sedia maklum bahawa kriteria seseorang dikuburkan di sesuatu kawasan perkuburan kampung ialah di mana orang tersebut adalah penduduk asal di kampung tersebut. Lantas Paluyan menimbulkan keraguan apakah pengganas tersebut memang benar memiliki Mykad yang beralamat di kampung berkenaan?

Kalau pengganas tersebut tidak memiliki Mykad, apakah asas dan kriteria lain yang membolehkan di kubur di kawasan tersebut? Apakah wujud mana-mana asas perundangan dalam negara mahupun konvensyen perang antarabangsa yang perlu dipatuhi?

Paling penting, Paluyan mempersoalkan tentang Sogit. Adat tidak pernah terhapus dan amat mengecewakan kerana pihak berwajib membelakang adat yang menjadi amalan tradisi semua kaum pribumi di Pitas.

Dalam isu ini, beliau menambah bahawa Sogit mesti dibuat bukan sahaja untuk penduduk kampung berkenaan malah kepada semua rakyat di Pitas; apatah lagi tanggapan buruk bahawa rakyat Pitas adalah sebahagian daripada Pengganas Sulu?

Isu lain yang timbul ialah soal tuntutan di kalangan waris para pengganas tersebut. Oleh kerana kuburan merupakan salah satu bukti tuntutan tanah adat melalui Ordinan Tanah 68, rakyat bimbang bahawa pada suatu masa kelak akan timbul tuntutan hak di kalangan waris para pengganas ekoran kewujudan kuburan tersebut.

Sesungguhnya peristiwa ini amat malang dan tragis bagi rakyat Pitas. Paluyan berkata bahawa selagi pihak berwajib tidak tampil memberikan penjelasan maka selagi itu rakyat dalam persoalan dan membuat pelbagai andaian.

Oleh : MASIAU MAKLIN (Sabahkini)

9 comments:

Anonymous said...

Apakah ada sebarang peruntukan perundangan yg membolehkan mayat2 itu dipertanggungjawabkan kembali kepada kerajaan Philipina kalau xde waris mereka yg menuntut?

Anonymous said...

apakah ada sebarang peruntukan perundangan yg membolehkan mayat2 itu dikembalikan kepada kerajaan Filipina jika tidak ada waris2 yg menuntut mayat2 tersebut?

Anonymous said...

apa yg kau merepek ni? apa pulak kaitan dgn IC ni? Dah mayat pengganas tu mereput, pihak berkuasa perlu tanam la, kat mana pun atas prerogative pihak berkuasa.
Tak boleh ke anda bfikir secara rasional?

Anonymous said...

walaupun perlu ditanam sepatutnya pihak berwajip perlu tanya kepada ketua kampung dan warga kampung..jgn la main tanam....lagipun kenapa perlu ditanam di serata sabah...di keningau,di ranau,dan skrg di pitas..kenapa tidak tanam di kpg tanduo,tjg labian,semporna...kenapa perlu di tanah org pribumi sabah...

Anonymous said...

Mayat org Islam wajib disempurnakan. Berdosa bg pihak yang hidup biar mereput. Sbb itulah kerajaan kebumikan dulu. Jangan ikut nafsu bila beri kenyataan.. pakailah ilmu!

Anonymous said...

memang tak patut,apa yg diperkatakan dengan tanah adat tu memang benar.waris mereka boleh buat tuntutan berdasarkan kubur.ini bukan merepek.

Anonymous said...

Ye lah bah...orang sabah caranya campak ke laut saja bah. Ye tak bah?
Bah ngang. Macam lah kerajaan SENGAJA nak menganiaya orang SABAH yang special ni.

Sanggam Malaya said...

mayat itu sudah mereput, tanah kubur tanah orang ramai, kalau tak bagi tanam baik tanam orang yang tak bagi tanam. kalau tanam kat kg tanduo nanti ianya akan dijadikan sebagai simboliksi penganas2 tu,,, dah macam makam pulak nanti
rasa eden la

Anonymous said...

Itu tanah kerajaan..