Monday, April 29, 2013

KITA DAH BAGI CUKUP PELUANG,TAPI MEREKA GAGAL!!!



PKR di Selangor, DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan dan Kedah sudah diberi peluang yang cukup untuk membuktikan kebolehan mereka mentadbir negeri-negeri yang dimenangi mereka pada 2008.

Pada waktu itu slogan sama dimainkan setiap kali “Beri Peluang, Kalau Gagal, Tukar Kerajaan Semula”, macam itulah.

Sekarang ini bila dah dibagi peluang memerintah selama 5 tahun, semua negeri-negeri tersebut gagal membawa perubahan yang begitu deras digebangkan pada 2008. Cakap macam-macam, janji macam-macam tapi, haram satu pun yang berjaya dilaksanakan dengan begitu sempurna sekali.

Sebaliknya sengsara yang dapat, sampah tak berkutip, longkang tersumbat dan macam-macam masalah lain.

Rasuah dan penyelewengan, 2 isu utama yang menjadi alasan dahulu kenapa BN perlu ditukar, masih lagi berlaku di negeri-negeri yang mereka perintah sekarang. Kronisme berleluasa malah lebih teruk lagi terutama di Selangor yang mengambil alih operasi pungutan sampai dari kontraktor yang dilantik sebelum ini untuk diserahkan kepada kroni-kroni mereka.

Tidak ada perubahan yang mendadak boleh dilihat di negeri-negeri ini, cuma bila dah dihujung-hujung pemerintahan ini, barulah DAP di Pulau Pinang nak mengumumkan projek terowong bawah laut dan 3 lebuhraya bernilai berbilion-billion ringgit yang diserahkan kepada sebuah syarikat RM 2.

Pulak tu, terowong bawah laut tersebut ada tol – berlawanan dengan polisi Pakatan haram ini yang kononnya menolak tol!!

Selepas semua itu, peliknya, mereka masih memasang impian untuk berkuasa lagi!! Lawak tak lawak. Sesekali penulis terfikir juga, bodoh jenis apa macam ini? Kegagalan merata, masih tak malu minta rakyat supaya diberi peluang berkuasa semula?

Dulu kata, kalau gagal, ubah kerajaan, sekarang Pakatan dah jelas gagal mentadbir seperti mana yang dia janji dulu, kenapa masih nak berkuasa lagi?

Tambah menarik, bila janji lama tak bertunai, janji-janji baru pulak ditabur. Kedah dan Kelantan, 2 negeri paling corot itu pun ada hati tabur juga – cuma beza janji lama yang diberi nafas baru.

Ini semua untuk rakyat menilai semula sokongan terhadap puak-puak ini semua dulu. Kesilapan dulu tu biarkanlah berlalu, jangan kita ulangi lagi dalam kempen pilihanraya akan datang

2 comments:

Anonymous said...

xpa.. penyokong tegar mereka kata, da pasang niat pun da cukup murni jasa PR... UMNO janji ditepati bagi mereka cukup hina.. almaklumlah UMNO kan macam SYAITOOONNN... PR kan sekarang ada PAS... syurga menanti tuee.....

Anonymous said...

semua percuma bangkrap ler nty cpt..dh senang nk senang lagi..manusia mudah lupa..x gitu..