Tuesday, April 9, 2013

PAS Kedah Buli Universti Utara Malaysia



Tindakan Kerajaan negeri Kedah menaikkan cukai tanah UUM dari RM150 ribu kepada RM1.5 juta setahun sangat mengejutkan banyak pihak termasuk penyokong mereka.
Isu cukai tanah Universiti Utara Malaysia yang timbul sekitar 2011 kini semakin memakan kerajaan negeri Kedah apabila universiti itu kini terpaksa membayar RM1.5 juta kepada Pejabat Tanah dan Galian Kedah.

Azizan dengan lantang berkata kerajaan Kedah hanya meminta bayaran seperti biasa kerana rebet cukai tanah UUM daripada tahun 2006 hingga 2008 sudah tamat. Seperti biasa, Umno dipersalahkan kerana menuduh kerajaan Kedah menaikkan cukai tanah 10kali ganda.

Ustaz Azizan membidas pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan yang tidak tepat kepada media.

Wahai Ustaz Azizan, UUM telah menghantar rayuan permohonannya buat kali KEENAM pada 19 April 2011 setelah 5 rayuannya sebelum ini semuanya hang tolak, 2kali pada tahun 2009 dan 3kali pada tahun 2010. Ini hang kata tidak pernah bekerjasama? ENAM kali buat RAYUAN ustazz oiii.

Ternyata janji mereka untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian Tinggi adalah satu pembohongan semata-mata. Sah pendidikan percuma yang dilaungkan pembangkang selama ini hanya gimik untuk menarik undi pilihan raya nanti. Pasti mereka akan mengatakan kerajaan Malaysia akan mengalami kerugian berbillion ringgit jika meneruskan janji pendidikan percuma.

Akibat kegagalan merancang pembangunan dan terlalu bergantung kepada sumber sedia ada dan alam sekitar, Kedah di bawah Pas jelas terdesak untuk mencari wang untuk membiayai pentadbiran negeri.

No comments: